Sunday, October 27, 2013

Akhirnya selesai pindah rumah

Alhamdulillah, akhirnya selesai misi pindah rumah. Dah sebulan lebih aku tak sempat nak buka blog sendiri. Selepas Raya haji baru betul-betul barang selesai pindah sepenuhnya.  Dari bulan September lagi memang bulan yang mencabar. Hari Sabtu dan Ahad pun kena out-satation sebab ada projek pejabat nak kena siapkan hujung bulan Oktober.

Rumah lama aku di naiki pencuri, nasib baik tak sempat ambik apa-apa barang. Tapi yang penting aku dan anak-anak tak ada apa-apa dan alhamdulillah masih dapat hidup lagi di bumi Allah ini.

Bulan ini nak kena siapkan biskut edible image untuk adik ipar yang akan melangsungkan perkahwinan  pertengahan bulan November nanti.  Baju seragan yang nak di pakai pada majlis tu pun belum siap jahit lagi. Oh...banyaknya perkara perlu dibuat hujung minggu. Kepada sesiapa yang nak mengorder cookies, tempahan sudah dibuka. Mohon maaf kepada yang nak menempah bulan lepas kerana terpaksa tolak tempahan.


Walaubagaimanapun, di sini saya sertakan tempahan bulan lepas yang tak sempat untuk di upload.

Tuesday, September 17, 2013

Pindah rumah

Lama dah tak tulis dalam blog sendiri. Banyak perkara perlu diuruskan dalam sebulan dua ini. Sebelum raya puasa, balik kampung awal. Alhamdulilillah, sempat jumpa arwah atuk. Beliau meninggal sehari sebelum raya. Dalam tahun ini ajer ramai keluarga meninggal dunia. Mula-mula anak eksiden, saya cuti 2 bulan. Hari anak keluar wad, adik bongsu meninggal dunia. Selang 3 bulan, 31 Jan 2013 mak mertua meninggal dunia bersamaan tarikh hari jadi anak ke 2. Sebelum puasa, atuk sedara meninggal dunia dan akhirnya sehari sebelum raya puasa, atuk pulak meninggal dunia.  Seminggu balik KL, jiran cina selang 2 buah rumah pulak mati tiba-tiba sebab batu karang dalam pankreas pecah.  KITA? belum tahu lagi bila akan dipanggil ilahi. Semua ini adalah peringatan daripada Allah untuk saya sendiri supaya lebih mendekatiNya.

Seminggu balik bercuti raya, tuan rumah sewa pulak nak naikkan harga sewa rumah. Tahun depan hanya tinggal bertiga saja. Pening cari rumah sewa. Tapi Allah maha mengasihi, menyayangi umatnya. Alhamdulillah dalam seminggu saya dapat cari flet murah depan Sek Men BTHO. Awal bulan sepuluh baru masuk. Kepada pelanggan setia saya, mulai bulan depan, Oktober saya sudah berpindah kerumah baru. Bulan ini memang bulan serabut/pening mengemas barang untuk berpindah. Tiada tempahan untuk bulan ini. Yang berminat untuk hadir kelas pun ditunda sehingga saya sudah bersedia. 

Minggu lepas, anak kedua Arfa baru habis UPSR. Bulan depan anak sulung pulak nak PMR. Dari bulan Januari sehingga bulan Oktober tahun ini, berbagai perkara terjadi. Lagi 2 bulan habis tahun 2013. Tahun bertambah, Umur bertambah. Amal untuk akhirat tak bertambah pun. Semoga Allah permudahkan urusanku supaya aku dapat lebih dekat diri kepadaNya. Diharap perancanganku dapat berjalan dengan lancar.

Thursday, August 1, 2013

Resepi kole kacang mudah


Semalam siapkan kole kacang untuk suami. Sebenarnya suami nak makan kole kacang. Pasar ramadhan dekat rumah pun tak ada pulak orang jual kole kacang. Apa lagi, buka internet cari resepi yang paling senang buat kole kacang. Alhamdulillah berjaya juga saya buat. Resepinya senang. Lain kali kalau suami nak makan boleh buat bila2 masa. Saya letak dalam bekas kecik2. Beri juga kat kawan2 yang suka makan kole kacang sebab banyak juga dapat. Sesiapa nak cuba boleh guna resepi di bawah.

Bahan
1 cawan santan ** (utk tahi minyak)
2 cawan santan
2 sudu gula*
1 cawan gula merah*
1 cawan tepung kacang hijau
1 cawan air*

cara-cara
1. Mula2 masak santan yang bertanda ** sehingga terhasil tahi minyak. Asingkan tahi minyak dan minyak. Biarkan minyak dalam kuali.

2. Masak bahan yang bertanda * sehingga gula hancur. dan biarkan sejuk.

3. Masukkan tepung dan santan (2 cawan tu) kedalam bekas. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan pulak air gula yang telah di masak tadi kedalam bekas tepung +santan. Gaul sehingga semua sebati.

4. Akhir sekali, buka api kuali tadi dan masukkan bahan no 3 (yg telah digaul tadi) kedalam kuali yang mengandungi lebihan minyak tadi. Api perlahan saja dan sentiasa kacau sehingga pekat.

5. Tutup api bila sudah pekat dan siap untuk di masukkan kedalam loyang atau bekas kecil2. Taburkan tahi minyak tadi dan sedia untuk dihidang apabila kole kacang sudah keras.


Monday, July 15, 2013

Resepi: Pau gebu


Semalam untuk buka puasa saya beli rendang daging dari Kafe che Din kat pejabat ajer. Bila tengok rendang tu terlintas untuk membuat kuih pau inti rendang. Apa lagi, saya pun belilah lebih. Balik rumah lepas ambik anak sekolah petang terus uli doh. Sejak ada mixer industri memang mudahlah buat roti dan pau. cuma masukkan bahan dan biar mesin tu yang uli. Alhamdulillah jadi gebu betul. Sedap.  Saya sertakan juga resepi siapa yang berminat nak buat. Resepi ini saya ambik dari blog citarasawan.

Resepi Pau
Bahan
500 gm tepung pau BlueKey
1/2 sdb yis mauripan
1/2 cawan gula dibancuh dengan 260ml air
1/2 cawan lemak sayur
1 sdk pelembut roti
1/2 sdk ammonia bikarbonat (untuk elak pau kecut apabila masak. Pau juga lebih gebu dan kulit pau berkilat)

Cara membuat

Gaul semua bahan kecuali air. Setelah rata masukkan air dan uli doh yg lembut dan kenyal (seperti roti canai). Bahagi doh 1 ketul seberat 40g. Masukkan inti dan biarkan doh itu kembang 40 -45 minit. Selepas itu kukus selama 10 -15 minit.

Jubah raya Ain



Bulan puasa ini tak banyak tempahan cookies. cuma ada 2 ajer itu pun nak minggu depan.  Rasanya dalam hujung minggu ini nak buat 2 jenis biskut yang senang-senang ajer sebab biskut tempah dan kerepek dah tempah 5 jenis. Tahun ni kurang mood buat biskut.

Kali ni saya nak cerita pasal baju raya. Tema tahun ni coklat. Seminggu sebelum puasa dah siap beli baju raya untuk satu keluarga kecuali anak bongsu Ain sebab tak jumpa jubah budak warna coklat. At last, saya minta tolong kawan buat polar jubah untuk Ain dan hari Sabtu lepas siap jahit jubah dan tudung untuknya. Sekarang nak siapkan bunga kait untuk tambah aksesori kat jubahnya. Kalau sempat saya nak buat lagi satu jubah plain pulak untuk Ain.


Tuesday, July 2, 2013

Tempahan dari Yaati


Ini tempahan daripada kawan office dari sebelum ke Penang lagi. Mohon banyak-banyak maaf sebab lambat. Alhamdulillah dah siap. InshaaAllah esok dah boleh beri pada Yaati.

Tempahan daripada Nurul, Ampang


Ini tempahan daripada Nurul Ampang sebanyak 50 bungkus nama ZARA. Alhamdulillah dah selamat pos pagi tadi.

Saya pun dah lama tak ambik tempahan cookies sebab sibuk out station/kerja. Minggu lepas seminggu ke Penang. Hari terakhir tu sempat jalan ke Komtar naik feri. Saya bawa kawan ke Pulau sebab beliau tak pernah ke Penang. Malas nak drive guna Jambatan, jadi saya naik feri ajer. Teringat masa belajar dulu.




Balik dari Pulau, malam tu sempat lagi singgah makan mee udang Sg Dua. Seronok juga sambil kerja sambil jalan. Sempat juga beli jeruk pak Ali untuk bawa balik kat kawan2 ofice.  Kat Penang rupanya jeruk Pak Ali memang glamour. Yelah... produk halal dan tiada bahan pengawet. Kalau pegi Penang merata2 jeruk Pak Ali. Best...

Setelah seminggu tak buka email (tak sempat), ada juga yang email tanya kelas deko cookies. InshaaAllah, kelas dah di buka semula tetapi cuma hari Ahad sahaja. Sesiapa yang berminat untuk hadir boleh email/sms sahaja saya sekurang2nya 2 hari sebelum kelas untuk saya sediakan bahan.

Monday, June 17, 2013

cookies huruf


Ini tempahan daripada Maz untuk kali ke 2, Beliau tempah untuk huruf TQ sebanyak 300 bungkus tapi nak bungkus sendiri. Jadi saya pos dalam balang dan bagi juga plastik yang saya dah buat dan riben merah. Alhamdulillah telah sampai dengan selamat.

Monday, June 3, 2013

Snow Cake

RM 65 (size 10 inci)
Khamis ini (6/6/13) nak kena siapkan 3 biji Snow cake daripada kawan office. Tak sangka pulak snow cake ini mendapat permintaan ramai. Sedappp.... dibalut dengan cream cheese dan di taburi dengan cheddar cheese. Sesiapa yang suka makan cheese memang suka kek ini.  Span keknya gebu. rahsia sebenarnya kek ini gebu, lembut sebab saya guna mixer industri dan teknik membuatnya mesti betul. Kalau resepi ada, teknik tak betul, kek tak akan jadi sedap juga. Itulah sedikit pengalaman saya dapat sejak 2 menjak ini. Kek ini sebenarnya adalah slice cake. Sesiapa yang nak order saya boleh potong siap2 kepada 25 keping. Sesuai untuk buat birthday anak. Yang pasti siapa yang dah rasa mesti nak order lagi :).

Bulan ini tempahan cookies tak banyak. Baru siapkan Shikin punya. Tapi tempahan snow cake inilah pulak banyak. At least adalah juga sesuatu yang boleh buat.

Sunday, June 2, 2013

Tempahan Elmo & Spiderman



Ini tempahan daripada Shikin untuk birthday anak saudaranya. Untuk siapkan tempahan ini banyak jugalah alkisahnya. Selepas Maghrib ingat nak start deko kukis ni. Tiba2 hand mixer pulak rosak. Tengok jam dinding, baru pukul 8:00 malam. Terus suruh anak bersiap nak pegi cari kat carrefour (skrg Aeon Big) sambil terus makan malam kat chicken rice shop. Kalau tidak memang tak siaplah cookies ni. Isnin shikin dah nak ambik untuk pos ke Terengganu. Alhamdulillah, pagi tadi dah siap hantar kepada Shikin. Lega rasanya dapat siapkan tempahan seperti dijanjikan.

Wednesday, May 29, 2013

TQ lagi...

Ini pula tempahan daripada Norikhwati huruf TQ sebanyak 210 bungkus. Tema pink dan purple serta riben silver + purple. Bulan Mei ini ramai pulak yang tempah huruf TQ.

Cookies huruf


Tempahan ini untuk di poskan ke Kelantan. Saya pun dah lupa nama yang tempah kukis ini. Sebenarnya beliau tempah warna purplepink dan orange. Saya cubalah campur warna supaya menjadi warna purplepink tapi tak jadi jugak. Akhirnya saya minta tukarkan warna. Beliau tukar warna kuning kuning dan purple pekat.

Kombinasi warna ini memang cantik. Anak perempuan saya pun puji cookies ini. Katanya cookies yang ini warnanya cantik sangat.

Tuesday, May 14, 2013

Tempahan huruf daripada Lin




Ini tempahan daripada Lin untuk birthday anaknya TYSA. Kemudian beliau tambah lagi beberapa huruf untuk semua anak2 saudaranya. Sebenarnya janji dengan Lin hari Sabtu pukul 6:30 petang di Petronas dekat Mines Balakong. Tapi entah macamana Lin dan husbandnya tersesat. Rupa-rupanya Lin tak beritahu yang dia tak tahu kat mana Petronas sebelah Mines Shopping Center tu. Akhir jam 7 lebih, dah maghrib baru jumpa. So, moral of the story, don't over confident. Ask question, the exact location if u are not familiar with the area. At least, i can give the direction or landmark or what ever to assist u.

Tempahan daripada Kak Lin Gombak

 Ini pulak tempahan daripada Kak Lin, huruf TQ saiz besar 4 cm. Beliau nak ambik hujung bulan ini tapi saya siapkan cepat sebab minggu depan seminggu saya nak kena outstation (20hb -23hb Mei). Walaubagaimanapun saya masih mengambil tempahan tetapi dengan syarat tempahan hanya untuk ambik selepas 26hb Mei.

Tempahan huruf + bentuk hati daripada Noris



 Ini sebenarnya adalah tempahan daripada Noris. Tema oren putih. Beliau tempah 50 bungkus R + love + N dan 50 bungkus N + love + R. Saya perasan bulan April dan Mei, ramai yang tempah tema oren atau mix with oren.


Tempahan huruf TQ


Bulan ini ramai pulak tempahan huruf TQ. Ini tempahan daripada Noriwati. Beliau tempah huruf TQ sebanyak 210 bungkus. Tema purple putih dan silver. Disebabkan tak ada pewarna silver jadi saya ikat dengan riben silver dan purple. Dah siap 2 beg dengan cookies yang akan diambik hujung minggu ini.

Cara jahit awning keras

 1. Mula-mula, gunting kain ikut bentuk D.

 2. Gosok awning bahagian depan.

 3. Letakkan pelekat keras. Bahagian bergam di bawah. Pastikan pengeras berada di tengah2. Sebab itulah kita kena gosok  untuk kita pastikan pengeras terletak betul2 di bahagian tengah.

 4. Gosok sekali lagi pelekat keras itu supaya bahagian bergam melekat di kain.

 5. Jahit bahagian atas pelekat.

 6. Jahit bahagian kiri pelekat.  Ada 2 jahitan kiri dan kanan.

 7. Tutup dengan kain bahagian pelekat tadi dan gosok sekali lagi supaya bahagian depan betul2 tajam.

8. Akhirnya jahit jelujur dengan jarum bahagian melengkung tu. Pastikan kain tidak gelembung.  Selepas itu barulah dicantum kain dengan bahagian badan. Sepatutnya jahit tepi bersama dengan kain bahagian badan. Tapi disini saya sudah jahit tepi siap2 kerana saya tolong buat awning untuk kawan. Beliau nak cantum sendiri dengan kain bahagian badan. Sudah siap......, anybody can try. So easy :)

Tempahan untuk hari Guru esok 16 Mei 2013




Ini adalah tempahan daripada Syida kawan office untuk tempahan hari guru yang disambut esok di seluruh Malaysia. Semalam siapkan cookies ini. Ada cerita disebalik pembikinan cookies ini. Dah siap bakar, rupa2nya ejaan nama ustazah tertinggal huruf H. Jadi saya ulilah semula separuh adunan. Ejaan nama Ustazah ada 4 bungkus, entah macamana tersilap kira, saya buat 3 huruf H. Dah siap bakar baru perasan tak cukup satu lagi huruf H. Tak tahulah kenapa jadi macam ni. At last, saya ambik cookies lain huruf T (kebetulan terbuat banyak huruf ini). Saya patahkan dan sambung menjadi huruf H. Walaupun jadi huruf H besar saiz, tak comel macam bentuk H betul tapi tak apalah, asalkan nampak juga bentuk H tu.  Akhirnya, pagi tadi dah serah pun kat tuan empunya. Terima kasih syida sebab menerima satu H yang tak comel tu. Saya memang jaga kualiti, kalau tak cantik, saya sendiri rasa tak puas hati sebab tak ikut standard saya sendiri. Saya suka ccokies tu nampak kemas dan cantik mata memandang :).

Resepi Layer Cheese Cake


Memandangkan ramai kawan yang minta resepi. Saya masukkan dalam blog supaya senang korang nak tengok. Tak perlu nak tulis2 atau salin guna manual. Kat dapur masa nak buat, bukak ajer ipad/note II/labtop or what ever. Resepi ini pun saya ambik dari blog kongsi resepi.

Bahan A : Lapisan coklat

  1. 170g tepung serbaguna (diayak)
  2. 170g mentega (suhu bilik)
  3. 3 biji telur
  4. 220g gula kastor
  5. 45g serbuk koko dibancuh dengan 150ml air suam 
  6. 1 sudu kecil esen vanila
Bahan B: Lapisan Keju
  1.  600gm krim keju (pada suhu bilik)
  2. 2 biji telur
  3. 120g gula kastor
  4. 1 sudu kecil jus lemon/esen vanila
  5. 4 sudu makan tepung gandum
Cara: Lapisan coklat
  1. Putar mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim dengan kelajuan maksima.
  2. Masukkan telur satu persatu dan diputar dengan kelajuan sederhana.
  3. Masukkan esen vanila, bancuhan koko dan putar hingga rata.
  4. Akhir masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan spatula. Selepas itu baru diputar selama 20 saat saja. Ketepikan
 Cara: Lapisan Keju
  1. Putar krim hingga hancur dan masukkan gula sedikit demi sedikit.
  2. Masukkan telur dan esin vanila. Putar sekejap dan
  3. Akhirnya masukkan tepung gandum.
Cara Masak: Kukus
  1. Pastikan air kukusan panas dgn api perlahan. Sediakan loyang yang disapu dengan mentega.
  2. Adunan coklat dibahagi 3 dan adunan keju dibahagi 2.
  3. Mula2 tuang lapisan coklat pertama dan kukus selama 20 minit. Penutup loyang di balut dengan tuala bersih.
  4. Kemudian tuang lapisan keju keatas lapisan coklat tadi dan kukus selama 20 minit lagi. 
  5. Ulangi lagi sehingga habis semua adunan. Ada 3 lapisan coklat dan 2 lapisan keju dan setiap lapisan dikukus selama 20 minit.
  6. Akhirnya apabila semua selesai. Tambah lagi masa selama 10 -15 minit kukus.
  7. Setelah masak tutup api dan biarkan sejuk. Keluarkan dari loyang setelah kek sejuk.
Jom Marilah Mencuba!!! Kepada kawan2 yang dah buat jangan lupa bagi saya pulak rasa.

Tuesday, April 23, 2013

Mixer idaman hati

 

 Akhirnya dapat juga saya beli mixer idaman hati walaupun secondhand (baru guna 6 bulan). Saya beritahu, saya nak beli mixer tu sebab nak buat roti untuk anak2 bawa bekal kesekolah. Selama ini saya cuma goreng nugget, sosej, kentang dan beli roti yang dah siap untuk bekal anak sekolah. Sebenarnya makanan tu bukanlah makanan yang sihat. Alang2 ada duit sikit dari hasil buat biskut, itulah saya beli mixer untuk buat roti. Ada kawan yang dah janji nak bagi resepi roti. Dulu kawan saya ni pernah berniaga jual roti. Alhamdulillah, dah ada yang nak sedekahkan saya resepi roti. Terima kasih juga kepada Nurul dan hubbynya kerana sanggup hantar mixer dari Shah Alam ke rumah akak kat Mines Balakong pada Ahad lepas. In shaa allah, hujung minggu ni dah boleh buat roti (mood tengah semangat memasak).

Tempahan kali ke 2 daripada Zam



Ini adalah tempahan kali ke 2 daripada Zam Keramat. Beliau minta tema pink dan purple untuk birthday anaknya sendiri dan anak saudaranya. Terima kasih Zam kerana setia menempah daripada akak.

Wednesday, April 17, 2013

Mula kelas Tajwid

Alhamdulillah, semalam mula kelas belajar tajwid. Rasa seronok sangat dapat belajar mengaji dengan cara betul dan belajar hukum2 yang sepatutnya. Perancangan dulu, dah berhenti kerja baru nak belajar mengaji dengan tajwid yang betul. Tapi sebenarnya nak seribu daya. Walaupun bekerja, jika betul2 kita nak menuntut ilmu ALLAH, in shaa ALLAH, tuhan permudahkan.  Semalam ambik Ain dan Arfa lambat dalam pukul 7 baru sampai kat sekolahnya. Arfa dah membebel sebab ambik dia lambat. Bila saya beritahu dia saya ada kelas mengaji Quran, dia amat terperanjat sebab dia kata saya dah pandai mengaji. Saya beritahu dia saya nak betulkan bacaan lagi (tajwid). Seingat saya dulu ada belajar tajwid masa kat MRSM. Banyak dah tak ingat sebab tak amal. In shaa ALLAH, bila dah berumur ni, kenalah banyakkan lagi menuntut ilmu ALLAH walau sesibuk manapun kerja.

Sebelum ini, anak-anak saya, semua saya hantar berbayar ke kelas iqra/mengaji. Yang herannya anak saya dah darjah 4 tapi iqra tak habis2 lagi. Saya pun hairan, macamana ustazah sekolah kafa ajar. Inilah silapnya sebab terlalu berharap kepada orang. Seelok-eloknya ibu atau bapa mengajar sendiri anak2 mengaji. Saya sendiri pun mengakui juga silap sendiri. Alhamdulillah, ALLAH dah permudahkan saya apabila anak2 dah besar, adalah juga masa terluang untuk mengajar anak2. (* ingat dulu masa anak2 semua kecik2, nak makan pun kena bergilir dengan suami). Selepas kes anak bongsu saya Ain tak nak mengaji kat sekolah kafa dan nak suruh saya ajar, itulah saya terpaksa ambik initiatif untuk belajar tajwid. Setakat Iqra senang lagi nak ajar, kalau Ain dah masuk Al-Quran, kenalah saya ajar dia dengan cara betul. Sekarang pun Ain dah masuk Iqra 3, baru 4 bulan belajar iqra. In shaa ALLAH, ustazah beritahu semalam, 3 bulan belajar tajwid sudah boleh mengaji dengan sebutan betul. Hukum mempelajari ilmuTajwid adalah fardu kifayah, manakala mengamalkannya yakni membaca al-Quran dengan bertajwid adalah fardu ain bagi setiap Muslimin dan Muslimat yang mukalaf.

Tuesday, April 16, 2013

Tempahan kali ke 2 daripada Safea



Ini adalah tempahan kali ke 2 daripada Safea, Gombak. Sebelum ni beliau tempah semasa majlis bertunang dahulu.  Yang ini tempahan untuk majlis kahwinnya pada 28 April 2013. Ini kira pelanggan tetap ler. Beliau beritahu saya, semua orang kata cookies saya buat sangat sedap dan cantik, sebab tulah dia tempah lagi. Saya rasa terharulah pulak dengan testimoni daripada Safea. Bagi saya, rasa sedap tu subjektif. Ada yang suka rasa macam tu dia akan kata sedap dan yang tak suka mestilah dia akan kata tak sedap. Walaubagaimanapun, terima kasih Safea kerana membeli dan terima kasih juga atas jemputan kenduri itu. InsyaAllah jika ada kelapangan akak datang ke majlis awak.

Sunday, April 7, 2013

Tempahan huruf A.I.S.Y


Ini tempahan huruf AISY sebanyak 25 set tapi dalam bentuk loose. Tema kuning, merah dan hitam. Dalam kereta baru terperasan belum ambik photo lagi. Itu yang saya ambik gambar cookies yang dah di masukkan dalam plastik.

Tuesday, March 26, 2013

Elmo lagi



Ini tempahan daripada Yanti Klang. Rupanya ramai peminat cartoon elmo. Rasanya dah banyak kali saya dapat tempahan untuk kartun Elmo. Yanti tempah 20 keping kartun elmo dan 100 bungkus huruf TQ.

Repeat order






Ini tempahan ke dua daripada Raja Azrina. Beliau tempahan gambar character ironman, hulk, thor, captain amerika dan spiderman. Beliau ada beri contoh. Nampak senang nak lukis tapi bila buat, ooo... payahnya. Macam character hulk, untuk menampakkan muka ganas memang susah nak lukis. Harap2 beliau taklah kecewa sangat dapat cookies nanti.