Semalam Ahad, Anak ada sukan. Selepas ambik anak dari sekolah, saya terus pergi ke Kamdar Saujana Impian Kajang. Semangat berkobar-kobar untuk menjahit tudung anak tanpa awning keras. Dah beberapa kali anak minta belikan sebab senang untuk dia pakai tudung tanpa pakai nak tudung. Tudung yang sesuai untuk itu adalah kain jenis T-shirt. Akhirnya sempat juga saya rempat 3 helai kain T-shirt dan sehelai kain Lycra jepun. Kamdar ada sales pulak tu 10% less. Katanya sales sehingga bulan September.
Oklah, seperti yang dijanjikan, disini saya ajar cara jahit tudung tanpa awning keras. Nak basuh dalam washing machine pun senang.
Mula-mula pastikan ada kain, gunting, kapur lukis, jarum peniti dan polar tudung. Cara buat polar, senang ajer. Ambik mana2 tudung yang kita selesa pakai dan tekapkan atas kertas minyak atau surat khabar dan guntinglah ikut bentuk tudung tersebut. Senangkan!.
Mula-mula kita gunting badan tudung dulu. Lipat kain kepada dua dan letak polar atas kain. Pastikan bahagian lurus panjang tu, iaitu yang akan jadi bahagian belakang letak di bahagian lipatan.
Pinkan polar dengan kain. Kemudian guna kapur lukis untuk tandakan 1/2 inci lebih untuk kita jahit nanti.
Kemudian bolehlah menggunting. Inilah hasilnya.
Selepas itu barulah kita gunting awning pulak. Tahu tak kenapa saya minta gunting badan tudung dulu? Sebabnya untuk jimatkan kain. Awning kecik ajer, jadi kita boleh guna kain lebihan.
Awning juga teknik sama. Pinkan polar dengan kain. Guna kapur tulis, tandakan lebih 1/2 inci dan bolehlah menggunting. Inilah hasilnya.
Kemudian lipat awning kepada 2 seperti diatas dan gunting sikit untuk tandakan center.
Bahagian badan tudung juga sama, gunting sikit bahagian atas seperti dalam gambar untuk pastikan center tudung.
Jahitkan awning guna jarum jahit supaya senang kita nak cantum dengan badan tudung nanti.
Sekarang dah boleh cantum guna jarum peniti, awning dengan badan tudung tadi. Pastikan awning dan badan tudung dicantum merujuk center yang kita telah gunting tadi. Sekarang anda tahu kan kenapa saya minta gunting center untuk awning dan badan tudung, supaya tudung kita tak senget.
Ok..Ok.....sekarang dah boleh jahit awning dan badan tudung yang telah dicantum tadi guna mesin jahit. Selepas itu barulah guna mesin jahit tepi. Jadi kita cuma jahit tepi sekali ajer. Tahu tak kenapa? Sebenarnya, dengan cara ini tak adalah tebal sangat kat kepala nanti.
Tengoklah! Ini hasilnya. Saya sebenarnya tak ada mesin jahit tepi. Tapi nasib baik mesin jahit saya ada mesin macam bentuk zig-zag. Jadi saya jahit seperti mesin jahit tepi.
Kemudian terbalikkan tudung dan jahit bahadian atas tudung
Sekarang jahit pulak cantuman badan tudung
Selepas itu barulah jahit tepi guna mesin jahit tepi bahagian cantuman badan tudung tadi.
Bahagian bawah pulak, bolehlah hantar kedai untuk jahit halus atau jahit lurus sahaja. Saya jahit lurus ajer sebab nak cepat siap. Saya lipat dan jahit dengan jarum jahit tangan dulu supaya jahitan bawah kemas.
Selepas itu barulah saya jahit guna mesin jahit. Ingat nak guna macam2 bentuk sulam tapi sebab nak cepat saya jahit lurus ajer.
Tra...ta...ta.... tudung untuk Arfa dah siap. Sekejap ajer. InsyaAllah hari ini kalau sempat nak buat untuk Ain pulak. Nasib baik saya ada 2 ajer anak perempuan :).
Gembiranya rasa hati. Sehelai kain se Ela dapat 2 tudung dengan harga RM 8.50 sahaja. Memang untung dan berbaloi. Tapi itulah.... bukan selalu rajin pegang mesin jahit. Masa rajin ni, kena siapkan semua. Disini juga saya nak ucapkan terima kasih kepada kawan saya Ira, kerana bagi pinjam tudung anaknya yang 8 dan 12 tahun untuk saya ambik contoh untuk buat polar. Tq... Ira. Nanti akak ajar awak jahit tudung.