Wednesday, December 30, 2009

Kelas Deko Cookies pada 10 Jan 2010

Kelas deko kukis untuk bulan Januari di adakan pada 10 Jan 2010 (Ahad) dari 3 - 5 ptg. Tarikh akhir untuk confirm pada 8 Jan 2010.

Monday, December 28, 2009

Tempahan dibuka

Dah lama saya tak ambik tempahan, hampir 3 minggu sebab outstation. Bulan 12 ni memang bulan yang sibuk dengan kerja. Out station kali ni saya telah pergi ke beberapa negeri iaitu dari Kelantan ke Kedah dan akhirnya ke Perak. Bestnya kerja kali masuk hutan jumpa gajah liar. Memang bahaya sebab kumpulan saya terserempak dengan gajah dan saya serta Ramli (technician dari Sabah) yang ternampak gajah dalam 50 meter ajer depan kami sebab kami yang jalan depan dulu. Sebenarnya, kami nak ambik sampel air dalam hutan Gua Musang untuk buat kajian dan memang tak boleh masuk dengan 4WD. Itulah sebabnya kami jalan kaki dalam 800 meter dan tinggal 800m lagi nak sampai ke tempat yang nak di tuju terserempak ler pulak dengan gajah. Memang malang betul hari tu. Bulan lepas saya bermalam (berkhemah) dalam hutan kat Bentong, Pahang dan tempat kami buat kajian memang dikelilingi oleh gajah, tak ada ler pulak kami terserempak atau gajah datang kat kami. Tapi kali ini tak tau ler, kut2 ada orang kami yang terpijak taik gajah itu yang boleh terserempak. Salah satu petua masuk hutan pantang pijak taik gajah. Gajah memang tau (percaya atau tidak, itu memang tuhan anugerahkan kepada makhluk tu).

O.k ler kepada sesiapa yang nak menempah memang saya dah buka tempahan untuk tahun depan. Di kesempatan ini juga yang tinggal lagi 2 hari masuk tahun baru, saya ingin mengucapkan selamat tahun baru untuk semua peminat2 decor cookies. Saya berdoa semoga akan lebih berjaya untuk tahun2 akan datang.

Tuesday, December 8, 2009

Tempahan cartoon cookies dari Pn Natasha

Kali ini saya buat cookies special untuk Pn Natasha. Beliau dah lama menempah untuk birthday anaknya. Janji nak ambik Bulan lepas lagi tapi 2, 3 hari sebelum ambik, beliau sms nak tunda jamuan kerana bapa mertua meninggal dunia. Takziah. Nasib baik saya cuma membuat 1/2 ajer cookies cartoon tapi belum mendeko. Beliau tempah 100 kpg cookies berbagai jenis cartoon dan ada pemegang. saya pun mula menbuat research dan cari kartun yang saya rasa senang untuk mendeko. Akhirnya siap ler juga walaupun tak secantik mana. Jamuan beliau hujung minggu ini. Untuk bulan Disember, inilah tempahan terakhir yang saya terima. Ada 6 jenis kartun yang saya berjaya buat.



Saya terpaksa out station selama 2 minggu sehingga 22/12/09. Jadi sesiapa yang nak menempah, 26/12/09 baru saya ambik tempahan dan boleh sms/tel saya.

Monday, December 7, 2009

Testimoni dpd Alin

Hari ni saya dapat sms dari Alin yang menempah cupcakes dan cookies. Smsnya berbunyi gini:

"Salam kak, trma ksh bnyk2 utk cookies dgn cupcakes tu. Semua puji cantik dan sedap. Terutama cookies tu, lain drp yg lain tak prnh org buat lg. saya apa lg, senyum lebar la. pas ni bnyk la tempahan kak zura sbb ramai minta contact no kak zura. trma ksh yer kak. -alin kajang"

Terima kasih juga kat Alin kerana menempah walaupun last minute. Nasib baik tempahan orang lain akak dah siapkan, itu yang boleh ambik tempahan Alin. Sebenarnya cita rasa orang ini berbeza-beza. Tapi alhamdulillah kerana ada yang suka cookiesdan cupcakes saya.

Thursday, December 3, 2009

Tempahan spell my name cookies dan cupcakes dari Alin

Hari ini adalah hari saya mengupload semua hasil cookies yang di tempah oleh pelanggan. Jenuh juga mencari gambar2 cookies yang belum di upload lagi. Yang ini pula tempahan dari Alin untuk majlis perkahwinan adiknya esok, Sabtu 5/12/09. Alin menempah spell my name cookies sebanyak 200 huruf dan cupcakes 40 biji. Beliau nak ambik petang ini. Selamat pengantin baru dan bahagia ke anak cucu untuk adik Alin.

Tempahan spell my name cookies dari Jaja



Ini tempahan dari jaja. Perkataan yang berbeza-beza. Dari perkataan yang ditempah, mungkin jaja dah terlupa hari jadi kawannya dan nak minta maaf. Bagus juga idea jaja, minta maaf melalui cookies.

Tempahan spell my name cookies dari Ros, Muar

Ini tempahan dari ROS, Muar Johor. Pagi tadi baru saya pos laju sebab beliau nak guna minggu depan 9/12. Ros minta saya buatkan 29 nama yang berbeza. Biasanya saya akan ambil masa 1 atau 2 hari untuk buat biskut sahaja dan 1 atau 2 hari pula untuk mendeko. Tapi kali ini selepas biskut masak saya terus mendeko. Nasib baik 29 nama sahaja. Kalau 100 nama memang saya tak ambik tempahan. Selepas masak saya terus deko sebab takut ada nama tertinggal atau huruf tak cukup. Itu yang cerewet sikit.

Tempahan edible photo cookies dari CT



Ini pula tempahan edible photo dari CT untuk birthday anaknya Sabtu 5/12 genap umur 1 tahun. CT tempah sebanyak 96 kpg edible photo. Coraknya dan warna tema adalah atas permintaan CT iaitu tema merah dan satu corak shj. Selamat Hari Jadi MIKHAIL.


Tempahan dari Anis Shafiza

Ini tempahan dari Anis untuk majlis pertunangannya. Tempahan kali ini lain sikit sebab cookies untuk perempuan dan lelaki warna berbeza. Selamat bertunang Anis dan Mokhtar.

Tuesday, November 24, 2009

Birthday Anak Sulung

Semalam birthday anak sulung saya yang ke 11 tahun. Sehari sebelum tu husband ada beritahu yang dia terdengar along dan adik2nya berborak pasal birthday alongnya. Mereka bincang nak hadiah apa dan apa yang along nak ibu masak special untuk birthdaynya. Husband beritahu saya. Memang nak tergelak ada jugak. Anak2 saya memang suka sambut hari jadi. Macam2 permintaan dia minta. Husband pun tanya jugak samada nak beli kek? Saya kata saya nak buat sendiri ajer. Memandangkan cuti sekolah, saya beli hadiah raket badminton untuk along. Adik2nya pun dapat jugak tapi yang murah ajer.



Memandangkan Aidil suka warna biru, saya buat kek color biru. Atas kek tu penuh dengan coklat rice warna-warni. Sebenarnya anak2 saya yang cipta. Mereka kata nak letak coklat rice. Saya suruh letak sendiri kat tepi-tepi. Tengok2 dah berterabur atas kek. tak apalah. Yang penting mereka bahagia dan suka hasil kerja diri sendiri. Sebagai ibu, hati kita pun gembira dapat hasilkan kek sendiri untuk anak2.

Wednesday, November 18, 2009

Tempahan spell my name cookies untuk Adam

Ini adalah tempahan spell my name cookies dari Pn Aida untuk anaknya ADAM. Tema warna baby blue dan putih. Beliau menempah sebanyak 100 bungkus. Happy birthday ADAM.

Tempahan hantaran cookies dari Masni

Ini tempahan dari Sharifah Masni untuk majlis pertunangannya. Kali ini Masni menempah tanpa bakul kerana beliau mahu menghias bersama fresh flower. Tema pink putih. Selamat bertunang untuk MASNI dan TAJUL.

Tuesday, November 10, 2009

Kelas Deko Cookies 22 November 09

Perhatian..... kelas deko kukis terkini untuk bulan November akan saya adakan pada 22 November 2009 (Ahad) dari jam 3 - 6 petang. Kepada sesiapa yang berminat untuk hadir kelas untuk membuat biskut untuk raya haji boleh daftar sebelum 20 Nov 09. Bayaran sebanyak RM 100.00 seorang dan sila bank in sekurang-kurangnya 50% untuk confirmation. Anda akan diajar cara untuk membuat royal icing, cara mencampurkan warna dan teknik mendeko. Belajar secara hands-on. Bahan semua disediakan. Setiap orang akan diberi 5 kpg biskut untuk mendeko. Anda akan merasai hasil kerja sendiri.

Sunday, November 1, 2009

Hasil kerja Pelajar Kelas Deko 31/10/09

Akhirnya berjaya juga Anis dari Rawang dan Mazilah dari Kajang belajar mendeko cookies. Hampir 3 jam baru siap mendeko. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pelajar. Harap apa yang dipelajari dipraktikkan dan mana tahu mungkin suatu hari boleh jadi usahawan berjaya.

Tuesday, October 27, 2009

Tempahan cookies hantaran dari Azizah Ashraff (Johor)

Semalam dah siapkan cookies hantaran untuk Azizah dari Johor untuk hari pertunangannya. Esok dia akan datang KL ambik cookies tersebut. Tema warnanya Gold and Cream. Saya cari pewarna gold tapi tak jumpa. Yang ada cuma pewarna Silver. Itu pun satu botol kecil hampir RM 20. Jadi terpaksalah saya buat warna kekuningan dan cream. Nampak juga macam warna gold. Bila tengok hantaran tu macam warna diraja (kuning) dan memang sesuai untuk raja sehari.

Gambar Edible Photo

Bakul warna diraja (kekuningan)

Daun

Cookies warna kuning

Cookies warna cream

Hasil terakhir, cookies yang telah digubah

Kalau tengok hasil sebenar, memang nampak cantik dan berseri-seri. Dalam gambar tak nampak sangat. Walaubagaimanapun saya ingin mengucapkan selamat bertunang untuk Azizah dan bakal tunangnya. Dah 2, 3 bulan lepas lagi dia menempah. Walau tinggal luar dari Malaysia, masih sempat menempah. Terima kasih.

Wednesday, October 21, 2009

Kelas Deko Cookies

Ramai yang bertanya apa yang akan diajar untuk kelas deko cookies. Saya pun terlupa nak upload gambar 5 teknik yang di ajar. InsyaAllah, saya yakin, selepas kelas pelajar sudah boleh buat sendiri.

Yang penting dalam kelas deko saya akan ajar cara nak buat royal icing dan cara nak mencampurkan warna. Resepi cookies juga akan diberi. Selepas itu barulah mula mendeko.

1. Gambar Sponge Bob



2. Cookies yang ada pemegang (untuk hantaran)




3. Edible Photo Cookies



4. Spider Cookies



5. Spell my name cookies

Tempahan cookies dari Pn Azah (Bandar Tun Razak)

Malam semalam, jumpa Pn Azah hantar spell my name cookies untuk di beri kepada kawannya 'WENDY' dan 'NOR' kat Petronas Damai Perdana. Sabtu, Depavali saya berpindah rumah dan Ahad petang kena outsation, masuk hutan bentong dan Selasa malam baru balik rumah. Janji dengan Pn Azah, hari Khamis tapi Rabu tu beliau email nak ambik pagi Rabu. Aa....panik sekejap. Nasib baik Pn Azah, ok dan setuju ambik malam Rabu. Petang Rabu, saya terus ambil half day siapkan cookies Pn. Azah. Akhirnya, siap juga sebelum Maghrib. Adik yang tolong pack dan letak riben.

Khamis depan nak siapkan cookies hantaran untuk Azizah dari Johor. Minggu ini nak siapkan bahan2 dan cookies tu awal2 takut jugak tiba2 kena outstation lagi.

cakes kecik-kecik

Saya buat cup cakes untuk Pn Zehan cukup2 ajer adunan untuk 25 biji tapi macam biasa, anak2 saya mesti nak juga. Barang2 pun semua dah dihantar kerumah baru. Nasib baik ada bekas kecil untuk buat biskut raya tu. Jadi saya dapat ilham untuk membuat cupcakes kecil. Saya rasa senang jugak anak2 nak bawa bekal ke sekolah dan sebiji terus boleh masuk mulut. Memang praktikal dan saya rasa sesuai juga buat bila anak2 ada jamuan sekolah. Budak2 pun bukannya nak makan kek banyak2 pun. Saya tak deko pun sebab anak tak suka buttercream tu. Inilah hasilnya.



Cakesnya comel ajer. Saya pun tak sempat nak merasa sebab 2 bekas kuih raya tu sekelip mata ajer 2 anak saya habiskan. Mereka siap makan dan bawa kesekolah. Yang lawaknya, anak ketiga saya siap beri kat cikgu kelas kafanya lagi. Dia balik rumah terus beritahu yang cikgunya kata sedap dan suruh bawa lagi. Ha...ha.... cikgu kena tunggu waktu jamuan sekolahlah baru saya akan buat. Bukan apa, leceh sebab kecik2 nak bakar tu.

Tempahan cupcakes dari Zehan

Rabu lepas, Pn Zehan call minta buatkan cupcakes untuk anaknya sebanyak 25 biji. Beliau nak ambik hari Khamis tapi sebab saya kena pergi Rawang hari Khamis, terpaksalah Pn Zehan ambik hari Jumaat. Pagi Jumaat tu dekat 2 pagi jugak baru siapkan deko cupcakes gambar logo Manchester United. Pewarna merah pulak kehabisan. Jadi, pudarlah sikit warna merahnya. Pn Zehan nak masukkan dalam goodiebag untuk taska anaknya. Itu yang saya masukkan dalam bekas tudung bentuk dorm.

Monday, October 5, 2009

Cupcakes Untuk Shikin

Ini gambar cupcakes yang saya deko untuk kawan, Shikin. Dia rancang mahu sambut birthday tunangnya. Tempahannya sikit ajer cuma 10 biji saiz L. Tapi yang sedihnya, 2,3 minit sebelum serah kepada Shikin, anak perempuan bongsu saya terjatuh atas kek tu. Memang frust betul. Saya cuma membebel ajer kat dia. Nasib baik 2 biji ajer yang rosak. Tapi tak sempat ambik gambar cupcake yang rosak tu.



Sebenarnya cupcakes ini dibuat sebelum puasa lagi tapi lupa nak upload

Kelas Deko Untuk bulan Oktober 2009

Makluman Semua,

Memandangkan ramai yang bertanyakan mengenai kelas deko setelah 2 bulan saya berehat sebab puasa dan raya, dan untuk tidak menghampakan peminat deko, dengan ini saya ingin maklumkan bahawa saya akan adakan kelas pada hujung bulan ini Sabtu, 31 Oktober 2009 bertempat di rumah saya Balakong, 5 minit dari MINES. Jam 3:00 - 5:00 ptg. Sesiapa berminat, sila confirm sebelum Rabu, 28 Oktober 2009 untuk saya menyediakan bahan mendeko.

Sunday, October 4, 2009

Sale!sale! Fancy Cookies

Sesiapa yang berminat untuk menempah biskut raya Fancy Cookies bentuk mushroom, saya menawarkan harga istimewa sempena bulan Syawal ini. Cuma RM 30 (50 biji). Berminat boleh menempah segera.

Friday, October 2, 2009

Tempahan cookies dari Nina

Pagi tadi siapkan tempahan cookies "orang" untuk Nina sebanyak 150 kpg. Sampai pukul 4 pagi tadi baru siap. Nina datang ambik dalam pukul 11 pagi. Skrg baru rasa mengantuk. Minggu ni sibuk nak kemas barang pindah rumah pulak.

Thursday, September 17, 2009

Tempahan cookies hantaran dari Izad

Dah lama juga saya tak menulis dalam blog ini sebab terlalu sibuk. Bukannya sibuk buat kuih tapi sibuk dengan kerja off. Kena outstation masuk hutan pulak tu bulan-bulan puasa ni. Yang paling mengerikan ialah kena gigit pacat hampir 10 ekor. Nasib baik bulan ini tak banyak tempahan. Minggu ini baru siapkan tempahan edible cookies hantaran dari Izad. Kali ini di setiap cookies di tulis nama pasangan tersebut. Kalut juga kali ini sebab tak sempat nak cari bakul dan aksesori. Kali ini hiasan bakulnya terlalu simple.



Untuk 2 orang anak perempuannya, Izad menempah cookies gambar Upin dan Ipin. Tapi saya tak sempat nak reka jadi saya buat ajer gambar "orang dan anaknya". Sebenarnya dia nak 2 kpg sorang jer sebab takut anaknya nak biskut hantaran itu. Jadi ini untuk langkah berjaga-jaga, jika anaknya nak cookies tu dia boleh bagi yang lain. Gambar kartun lagi.