Tuesday, June 29, 2010

Tempahan edible photo cookies dari Zaza



Ini pula tempahan dari Zaza buat kali ke 3. Sebenarnya beliau nak buat surprise untuk husbandnya hari Sabtu ini. Bulan ini saya ada masalah untuk tempah edible photo sebab orang yang saya selalu buat tempahan bercuti kahwin. Jadi memang saya tolak sesiapa yang nak buat tempahan edible photo. Tetapi disebabkan Zaza berharap, saya cari tempat lain untuk tempah edible photo. Akhirnya jumpa juga dan dapat juga Zaza edible photo cookies untuk surprise husband. Wow, Zaza so romantic, lovely couple. Saya doakan anda bahagia hingga ke akhir hayat dan terima kasih kerana menyokong dan terus membeli cookies akak.

Tempahan spell my name cookies dari Dalia



Ini tempahan cookies huruf dari Dalia, Hartamas. Beliau tempah untuk beberapa nama kawannya dengan tema warna pelangi. Dalia siap ajar saya lagi tentang warna. Warna indigo dark purple - campur biru. Saya pun tak tahu warna indigo tu macamana :)

Tempahan spell my name cookies dari Kak Ezza



Ini adalah tempahan dari Kak Ezza, Taman Melawati. Beliau sebenarnya tempah cookies untuk di jual di sekolah bagi pihak kooperasi sekolah Melawati (ada sambutan hari sekolah kalau saya tak silap). Itulah word yang di pilih juga menarik seperti, MISS U, I LOVE U dll. Saya buat colourful supaya habis terjual nanti.

Tempahan edible photo cookies dari Zaza





Ini pula tempahan dari Zaza. Ini adalah tempahan Zaza untuk kali ke 2. Beliau tempah sebanyak 144 kpg. jadi saya buatkan 5 jenis corak supaya cookies itu nampak lebih menarik. Menurut Zaza tahun lepas dia tempah cookies huruf dan menurutnya cookies saya tu tahan selama setahun baru berkulat. Sebenarnya saya pun terperanjat juga. Tapi kalau simpan dalam bekas kedap udara memang biskut tu boleh tahan lama.

Tempahan spell my name cookies dari Suraya



Hari ini memang sibuk tapi saya luangkan juga sedikit masa untuk upload gambar kerana dah banyak gambar dalam simpanan dan takut lupa nak masukkan dalam blog ini. Ini adalah tempahan dari Suraya, Bandar Puncak Alam. Beliau tempah untuk 2 orang ank perempuannya ADILA dan HAMIZA.

Sunday, June 20, 2010

Gambar hantaran kahwin dari Nadia

Nadia ada email saya gambar cookies yang dia tempah hari tu. Dia jadikan sebagai salah satu hantaran. Cantik bila dah dihias dalam kotak.

Tempahan spell my name cookies dari Wawa



Ini tempahan dari Wawa. Beliau nak huruf A-Z warna merah 4 set ajer untuk makan2 birthday anaknya.

Kelas deko bulan lepas Mei 2010






Ini hasil pelajar bagi kelas deko bulan lepas. Seramai 7 peserta. Masa yang diambil juga agak lama dan hampir 4 jam baru kelas habis. Semoga berjaya untuk semua yang telah menghadiri kelas deko saya.

Tempahan cupcakes dari Sue Alam Damai kali ke 3

Ini tempahan cupcakes dari Sue dulu. Husband buat backup kat komputer, jadi semua gambar dalam hp hilang. Ingatkan dah tak ada. Hari ini godek2 komputer terjumpa gambar cupcakes yang sue tempah dulu.

Tuesday, June 15, 2010

Tempahan spell my name cookies dari Kartigesan



Ini satu-satunya tempahan dari bukan Melayu yang saya dapat. Tempahan ini dari En. Kartigesan dan beliau menempah untuk nama "PAVEEN" sebanyak 150 bungkus. Wow jenuh juga membuatnya. Saya ambik masa 3 hari non stop. Ingatkan cepat siap tapi rupanya lama nak boleh siap deko. Tapi alhamdullilah berjaya juga siap sebelum tarikh majlisnya. Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang telah menempah cookies dari saya.

Tempahan spell my name cookies dari Ira



Ini tempahan biasa dari Ira, sahabatku. Setiap cuti sekolah dia akan tempah untuk anaknya. Ira tempah 2 bekas tapi sebab last minute order sehari cebelum saya ke Sabah, saya sempat buat 1 bekas ajer. Minggu ini nak siapkan 1 lagi bekas yang diorder.

Monday, June 14, 2010

Tempahan spell my name cookies dari Farah



Ini pulak tempahan dari Farah, Bukit Indah Ampang. Hari Ahad saya pergi hantar kerumahnya. Sebenarnya Farah dah datang rumah nak ambik tapi tak tahu kenapa saya tak sedar dia datang. Dia dah balik baru keluar msg miss call dari Farah. Itu yang saya terpaksa hantar kerumahnya tapi nasib baik kat Ampang ajer. Kalau kat Rawang ker memang saya dah pulangkan semula duit. Tapi syukur, dapat juga Farah cookies tu.

Tempahan spell my name cookies dari Roslinda



Tempahan dari Roslinda huruf "Q" sebanyak 104 biji color hijau dan biru.

Tempahan spell my name cookies dari Irma



Ini pula tempahan dari Irma. Beliau tempah untuk nama FARID dan NADIA. Memandangkan beliau tempah 10 set ajer saya buatkan juga dari perasa butter vanila.

Tempahan spell my name cookies



Yang ini saya tak ingat tempahan dari siapa? Tapi beliau tempah sedikit ajer. Tapi dah selamat pos pun.

Tempahan spell my name cookies dari Azniza, TTDI



Dah lama saya tak upload gambar2 sebab tak ada masa. Minggu ini baru free sikit. Minggu lepas ke Sabah. Kat Sabah pagi petang asyik hujan tapi sempat juga pergi pasar filipine. Kita berbalik kepada cookies ini pulak dan lupa kisah Sabah. Azniza tempah perasa vanila untuk nama "ADAM" sebanyak 70 bungkus. Nampak bila cookies warna cream warnanya laginya lebih menyerlah.