Showing posts with label cupcakes. Show all posts
Showing posts with label cupcakes. Show all posts
Thursday, September 13, 2012
Tempahan cc dari Dr Sue
Friday, December 30, 2011
Tempahan cc dari Awin
Ini tempahan dari Awin sempena pertukaran taska anaknya Fatiha ke tadika baru. Saya buatkan cc simple deko ajer sebab nak kurangkan rasa cream.
Monday, December 5, 2011
Tempahan cc dari Zaza
| Tempahan edible photo cookies dari sepupu Zaza sebanyak 200 kpg |
| CC untuk hantaran |
| Tempahan CC di tempah sebanyak 120 biji |
Ini tempahan CC Zaza dan cookies sepupu Zaza. Jumaat tengahari 2 Dis 2011, Zaza datang ambik cupcake dan cookies yang dia tempah untuk sepupunya. Temabiru/hijau torquise untuk cc dan cookies corak colourful.
Lepas ajer adik Zaza, Zizi ambik tempahan, saya terus pergi hantar service kereta. Appointment 2:45pm tapi hampir pukul 3 baru sampai. Hujan lebat sangat. Malamnya berita tergempar mengenai bandar Kajang banjir kilat. Kesian sesiapa yang pegi shopping tghari tu.
Petang saya pegi rumah adik, Ina kat Putrajaya ambik adik, Faiz yang baru tiba dari Kg. Katanya selepas periksa paper akhir, SPM terus dia datang KL dengan adik saya Norizan naik bas malam. Kononnya nak teman saya sebab tinggal sorang tapi hari ke 3 dah suruh saya hanatr rumah mak cik kat balakong. Kat situ lagi ramai kawan2nya.
Petang Sabtu (3 Dis 2011), saya bawa Ida dan Faiz tengok wayang cerita OMBAK RINDU lakonan Maya Karin, Aron dan Lisa Surihani. Best ceritanya. Sangat Sedih. Saya tengok kat JJ Cheras Selatan dan nasib baik ada lagi 3 tempat kosong petang. Memang saya rekomen sesiapa nak tengok pergilah....puas hati tengok kat panggung. Ramai yang menangis tengok cerita tu....termasuklah saya.....hee...hee....hee... Kalau tengok dengan husband mesti saya dah kena kutuk :(
Saturday, November 26, 2011
Tempahan CC dari Jiran, Lin
Oh....minggu ini memang minggu yang memenatkan. Dalam seminggu saya kena siapkan 3 orang punya tempahan cc dan cookies. Dahlah outstation seminggu masuk hutan Terengganu. penat dari outstation pun tak habis lagi, tempahan pulak banyak. Hajat nak balik kampung pun terpaksa di tunda. Semalam dah pegi beli tiket balik kampung sempena Sultan Selangor, cuti panjang. Dalam sibuk, sempat lagi saya pergi melawat atuk sepupu yang sakit, pergi melawat mak cik kat sentul dan pergi makan mee udang Mak Jah kat Wangsa Maju dengan adik, Ida. Mentang2lah husband tak ada, apa lagi.....lagi panjanglah langkahku....hee...hee...heee....
Thursday, November 24, 2011
Tempahan dari Raidah
Malam ini pening kepala pulak tapi nasib baiklah dapat juga siapkan cupcake Raidah untuk pagi esok. Cookies saya telah siapkan semalam. Memandang saya kena siapkan tempahan Zaza sebanyak 400keping edible image cookies untuk ambik Ahad minggu ini jadi saya menerima tempahan Raidah dalam kuantiti sikit ajer. Beliau tempah cookies huruf dan cookies cartoon agry bird dan cars. Kali ini saya buatkan angry bird dan cars bentuk lain pulak tak sama dengan yang saya buatkan untuk shikin. Cookies cars yang saya buat untuk shikin lagi susah nak color dan tak berapa menjadi sangat. Jadi kali ini saya buatkan cars bentuk depan ajer. Raidah juga tempah cc bentuk bola. saya nampak tak berapa menarik jadi saya tambah aksesori lain seperti lalang. Nampak menarik sikit. colourful.
Labels:
cartoon cookies,
cupcakes,
spell my name
Monday, November 7, 2011
Friday, November 4, 2011
Vanila cheese cake untuk sekolah anak
| cupcake layer pertama |
| Layer ke 2, cream cheese |
| Layer ke 3 - tutup dengan lapisan kek lagi |
| Dah siap masak - ada lapisan cheese di tengah |
| Dah siap deko fondant Ini kek untuk Arfa, sempena hari kanak2. Dia request perasa vanila sebab cikgunya tak makan coklat. Saya buat 37 biji cukup-cukup untuk cikgu dan kawan2nya. |
Monday, October 17, 2011
cupcakes Shikin
Ini permintaan dari empunya badan untuk masukkan gambar cupcakesnya dalam blog. Ini tempahan dari kawan office. Sebenarnya dah hampir 3 minggu dia tempah. Hari ini baru dapat. Macam2 masalah itu yang lambat beri pada dia. Minggu sebelumnya kalut dengan husband yang nak balik kg, nak siapkan apa yang perlu. Minggu lepas saya sibuk pegi kelas dan macam2 lagi. Tapi akhirnya Shikin dapat juga hari ini. Dia beritahu husbandnya dah tanya. Itulah rasa bersalah dan semalam selepas ajar anak mengaji terus saya masuk "cooking room" siapkan cupcakes Shikin.
Sunday, May 29, 2011
Tempahan cookies dari Kak Robaya
Thursday, January 13, 2011
Tempahan cupcakes dari Dr. Sue



Dr Sue, Alam Damai tempah lagi cupcakes untuk birthday anaknya. Sebenarnya beliau nak tempah kek tapi saya tak sanggup nak buat sebab tak mahir lagi. Jadi saya minta beliau cari tempat lain. Tapi dia mesej minta cupcakes pulak. Tempahannya sikit ajer 16 biji, jadi pagi Sabtu tu baru deko dan pukul 10 pagi dah boleh hantar kerumahnya.
Monday, October 18, 2010
Tempahan cupcakes dari Dr Sue

Dr Sue tempah cup cakes lagi untuk jemputan kawan2 anaknya. Beliau nak gambar princess. Sejak kebelakangan ini ramai pulak yang tempah cupcakes topping coklat jadi saya pun buatkan untuk Dr. Sue rasa cup cakes topping coklat pulak. Minggu ni idea dan sifat rajin pun berkurang jadi saya pun apa lagi, beli ajer edible photo gambar princess. Cepat ajer siap deko. Walaupun harga mahal untuk beli edible photo tapi memandangkan kemalasan datang......rasanya berbaloi juga. he...he...he...
Minggu berikutnya Dr. Sue tempah lagi 50 biji untuk jamuan kawan2nya. Nanti ler saya upload gambar. Buat Dr. Sue, terima kasih kerana setia menempah dari saya.
Wednesday, August 11, 2010
Tempahan cookies dan cupcakes dari Fiza
Sunday, August 1, 2010
Tempahan cupcakes dari Nurul
Ini cupcakes yang ditempah dari Nurul. Beliau baru email saya gambar yang diambil selepas kotak cupcakes dihiasi bunga hiasan. Cantikkan! Terima kasih Nurul kerana hantar gambar dan terima kasih juga sebab suka akak punya cookies dan cupcakes. Akak betul2 gembira bila awak telefon beritahu semua suka akak punya cupcakes.
Sunday, July 18, 2010
Tempahan spell my name cookies dari Nurul

Ini tempahan dari Nurul. Beliau menempah cupcakes dan cookies huruf untuk dijadikan gift. Saya baru siapkan separuh cookies huruf. Beliau mahu ambik sabtu ini (24/7/10). Temanya merah dan riben putih. Anak bongsu saya, Ain (4thn) puji cookies yang saya buat untuk Nurul. Katanya "wow, cantiknya cookies ibu buat". Sebenarnya saya pun setuju juga dengan pendapat Ain, cookies ini memang cantik. Cupcakes Nurul nak ambik 30hb. Nanti saya upload gambar cupcakes Nurul pulak.
Subscribe to:
Posts (Atom)

