Monday, July 15, 2013

Resepi: Pau gebu


Semalam untuk buka puasa saya beli rendang daging dari Kafe che Din kat pejabat ajer. Bila tengok rendang tu terlintas untuk membuat kuih pau inti rendang. Apa lagi, saya pun belilah lebih. Balik rumah lepas ambik anak sekolah petang terus uli doh. Sejak ada mixer industri memang mudahlah buat roti dan pau. cuma masukkan bahan dan biar mesin tu yang uli. Alhamdulillah jadi gebu betul. Sedap.  Saya sertakan juga resepi siapa yang berminat nak buat. Resepi ini saya ambik dari blog citarasawan.

Resepi Pau
Bahan
500 gm tepung pau BlueKey
1/2 sdb yis mauripan
1/2 cawan gula dibancuh dengan 260ml air
1/2 cawan lemak sayur
1 sdk pelembut roti
1/2 sdk ammonia bikarbonat (untuk elak pau kecut apabila masak. Pau juga lebih gebu dan kulit pau berkilat)

Cara membuat

Gaul semua bahan kecuali air. Setelah rata masukkan air dan uli doh yg lembut dan kenyal (seperti roti canai). Bahagi doh 1 ketul seberat 40g. Masukkan inti dan biarkan doh itu kembang 40 -45 minit. Selepas itu kukus selama 10 -15 minit.

Jubah raya Ain



Bulan puasa ini tak banyak tempahan cookies. cuma ada 2 ajer itu pun nak minggu depan.  Rasanya dalam hujung minggu ini nak buat 2 jenis biskut yang senang-senang ajer sebab biskut tempah dan kerepek dah tempah 5 jenis. Tahun ni kurang mood buat biskut.

Kali ni saya nak cerita pasal baju raya. Tema tahun ni coklat. Seminggu sebelum puasa dah siap beli baju raya untuk satu keluarga kecuali anak bongsu Ain sebab tak jumpa jubah budak warna coklat. At last, saya minta tolong kawan buat polar jubah untuk Ain dan hari Sabtu lepas siap jahit jubah dan tudung untuknya. Sekarang nak siapkan bunga kait untuk tambah aksesori kat jubahnya. Kalau sempat saya nak buat lagi satu jubah plain pulak untuk Ain.


Tuesday, July 2, 2013

Tempahan dari Yaati


Ini tempahan daripada kawan office dari sebelum ke Penang lagi. Mohon banyak-banyak maaf sebab lambat. Alhamdulillah dah siap. InshaaAllah esok dah boleh beri pada Yaati.

Tempahan daripada Nurul, Ampang


Ini tempahan daripada Nurul Ampang sebanyak 50 bungkus nama ZARA. Alhamdulillah dah selamat pos pagi tadi.

Saya pun dah lama tak ambik tempahan cookies sebab sibuk out station/kerja. Minggu lepas seminggu ke Penang. Hari terakhir tu sempat jalan ke Komtar naik feri. Saya bawa kawan ke Pulau sebab beliau tak pernah ke Penang. Malas nak drive guna Jambatan, jadi saya naik feri ajer. Teringat masa belajar dulu.




Balik dari Pulau, malam tu sempat lagi singgah makan mee udang Sg Dua. Seronok juga sambil kerja sambil jalan. Sempat juga beli jeruk pak Ali untuk bawa balik kat kawan2 ofice.  Kat Penang rupanya jeruk Pak Ali memang glamour. Yelah... produk halal dan tiada bahan pengawet. Kalau pegi Penang merata2 jeruk Pak Ali. Best...

Setelah seminggu tak buka email (tak sempat), ada juga yang email tanya kelas deko cookies. InshaaAllah, kelas dah di buka semula tetapi cuma hari Ahad sahaja. Sesiapa yang berminat untuk hadir boleh email/sms sahaja saya sekurang2nya 2 hari sebelum kelas untuk saya sediakan bahan.