Wednesday, March 31, 2010

Makluman Terkini 31/3/2010

Salam semua peminat decorcookies,

Ingin saya maklumkan bahawa saya tidak akan mengambil tempahan dari 1 April sehingga 15 April kerana outstation. Jika sesiapa yang ingin membuat atau mengambil tempahan selepas tarikh tersebut boleh email/sms saya bila-bila.

Diharap juga tidak menghubungi saya melalui telefon dari 19 April - 22 April kerana saya akan ke luar negara dan sebarang tempahan sila melalui email sahaja.

Tiada kelas untuk bulan April.

Thursday, March 18, 2010

Penghantaran melalui pos - Bubble Wrap

Seperti yang dijanjikan, saya upload picture untuk pos. Saya akan bungkus guna bubble wrap. Macam inilah pembungkusan bagi penghantaran melalui pos supaya cookies tak pecah.


Gambar Sebelum Di Bungkus



Gambar selepas dibungkus guna bubble wrap.

Wednesday, March 17, 2010

Kelas Deko Cookies

Kelas deko pada 27hbMac ini dah ada 2 orang mendaftar. Sesiapa yang berminat boleh email saya zuraothman@yahoo.com.my

Tempahan spell my name cookies dari Ummi, Penang

Ini pula tempahan dari Ummi yang berada kat Penang. Beliau minta cookies colorful. Saya buat warna merah, hijau, kuning, violet, hitam dan biru. Itu yang saya buat macam2 warna untuk "MIH". Janji Isnin minggu depan nak pos. Ini gambar cookies sebelum di wrap dgn bubble wrap. Kalau ingat saya akan ambik gambar yang dibungkus dgn bubble wrap. Pn Ummi pun sama macam rania, mula2 order 60 bungkus kemudian tambah lagi 20 bungkus. Apa-apa pun jom kita tengok sebahagian gambar sebelum letak riben.

Tempahan spell my name cookies dari Amelia, Pahang



Ini pula tempahan dari Amelia kat Kuantan, Pahang. Tema warna merah dot hitam. Beliau menempah untuk semua ahli keluarganya iaitu " AYAH, IBU, KAK LONG, KAK AMIE, CHIK, ABANG, ADIK, AWI K, DAN IFAH". Cookies ini nampak gelap, saya kena letak riben putih kot baru nampak menyerlah.

Tempahan spell my name cookies dari Jaja lagi.

Minggu ini memang banyak tempahan cookies. Hari ini cookies untuk RANIA ditambah lagi 20 bungkus. Minggu lepas dah tambah 20 dan hari ni tambah lagi. Nak tergelak pun ada. Di bawah ini pulak cookies yang akan dihantar petang ini dari Jaja. Sebelum ini jaja dah pernah order. Ini tempahan kedua. Kali ini dia tempah " SORRY FOR NOT BEING A GREAT FRIEND AS YOU WISH TO HAVE MISS YOU SO MUCH". Gambar ini diambik sebelum letak riben.


Monday, March 15, 2010

Kelas Dekor pada 27hb Mac 2010

Memandang bulan April saya banyak outstation, jadi saya tidak akan buka kelas untuk bulan 4. Saya akan buka kelas pada bulan ini 27hb Mac 2010, jam 3 - 5 ptg (Sabtu). Sila daftar sebelum 25hb untuk sesiapa yang berminat untuk hadir kelas.

Sunday, March 14, 2010

Tempahan spell my name cookies Damiarania



Ini pula tempahan dari Damiarania nak ambik minggu depan. Beliau tempah 20 bungkus tapi tambah lagi 20 bungkus. Lagi 20 bungkus nak kena siapkan minggu ni. Tema warna merah dan putih. Saya buatkan macam2 warna merah gelap, merah terang dan putih. Memang cantik tapi saya ambik gambar ni tak nampak menyerlah sangat kecantikan cookies tu.

Tempahan spell my name cookies dari kawan Beba

Ini tempahan dari kawan Beba. Beliau tempah hari Isnin dan nak ambik hari Jumaat. 300 bungkus untuk nama "EMIL" dan "RAFI". Hari Jumaat lepas ambik cuti siapkan cookies ni. Tema warna biru dan purple. Nasib baik dapat siapkan juga dan ambik masa 1 hari 2 malam untuk siapkan cookies ni.


Sunday, March 7, 2010

Edible Photo Cookies untuk adik ipar



Ini pula saya buatkan edible photo cookies untuk adik ipar. Dia suruh sponsor bunga telur warna hitam maroon 50 batang. Itu yang dapat idea tambah ajer kain net. Hari minggu saya ajak husband pergi beli kain net walaupun penat.

Sebenarnya minggu ini memang sibuk. Sabtu saya adakan kelas mendeko kukis. Pergi carrefour dan Giant cari kipas dinding. Sebenarnya dari minggu lepas lagi rumah saya kat Mantin ada student Nigeria nak menyewa. Itu yang sibuk cari kontraktor pasang lampu dan kipas. Hari Ahad pergi hantar barang2 kat rumah. Pergi jumpa kontraktor dan macam2 lagi. Ah.... minggu ini dah lega cuma aggrement belum taip lagi. Tempahan pun semua dah siap dan dah diambil.

Hasil kerja Pelajar Kelas Deko 6/3/2010

Alhamdullilah, akhirnya berjaya juga Juliana (Cheras) dan Rosnita (Segambut) menyiapkan kelas deko untuk bulan March. Jom kita tengok hasilnya.



Ini hasil deko dari Juliana.



Ini hasil deko dari Rosnita.

Kepada sesiapa yang berminat untuk hadir kelas, boleh email saya. Saya akan buka kelas jika ada permintaan.

Tempahan cookies dari Ellie, Sepang



Setakat hari ini, tempahan dari Ellie adalah tempahan yang paling banyak saya terima, sebanyak 310 bungkus. Beliau menempah sebulan awal. Huruf "A & E" untuk perkahwinannya pada 13 March 2010. Ellie cuma minta saya buat riben warna gold. Saya cari kat MACY, warna kuning keemasan ini ajer yang ada. Ellie datang ambik Sabtu malam.

Keesokkannya Ellie ada hantar message " Kak. sy dah rs biskut akak.... comel dan sedap. mak pon puas hati. terima kasih ye kak".

Alhamdullilah. Semoga hari bahagia awak lagi meriah dengan kehadiran biskut akak. Ingat ! Jangan berebut2 pulak.

Tempahan cookies dari Nadiah, KL



Ini pula tempahan dari Nadiah. Pada awalnya beliau menempah 50 bungkus nama "AN" dan seminggu lepas tu tambah lagi 50 bungkus. Tema warna pink dan coklat. Penghantaran secara pos. Terima kasih kerana hantar sms beritahu awak suka cookies yang akak buatkan untuk awak. Semangat lagi akak nak ambik tempahan orang.

Tempahan cookies dari Kak Lily Putrajaya




Ini tempahan dari Kak Lily, Putrajaya. Beliau last minute tempah untuk birthday anak perempuan 9 tahun. Kak Lily kata tak kisah gambar apa pun. Nasib baik saya ada anak perempuan sebaya dengan anaknya. Anak perempuan saya kata dia suka cookies bunga. Itu yang saya buat colourful flower untuk anak kak Lily sebanyak 50 batang. Terima kasih kak Lily sebab suka saya punya cookies. Gambar ini yang paling senang nak deko. Kalau cartoon cookies ambik masa.