Showing posts with label maklumat terkini. Show all posts
Showing posts with label maklumat terkini. Show all posts

Wednesday, June 15, 2016

Order Cookies di buka untuk bulan Ogos 16

Alhamdulillah hari ini sudah puasa hari ke 11. Tinggal sebulan lebih lagi untuk aku berehat panjang.  Tempahan cookies pun sudah hampir setahun tak aktif. Banyak tempahan terpaksa di tolak kerana kekangan kerja. Dalam setahun ini banyak pulak kerja luar.  InshaaAllah hujung bulan Julai ini, hari terakhir aku kerja makan gaji setelah hampir 20 tahun merantau negeri orang. 

Kepada kawan-kawan,  inshaaAllah saya akan mula ambik tempahan cookies bermula bulan Ogos ini. Kepada pelangan yang terpaksa saya tolak tempahan atau last minute cancel tempahan, mohon maaf banyak-banyak. Harap jangan serik untuk tempah dari saya lagi.

Diharap juga perjalanan hidupku selepas ini berjalan dengan lancar. Semoga Allah permudahkan segalanya. Di kesempatan ini, saya memohon maaf kepada semua kawan-kawan dan pelangan-pelangan jika ada tersalah bahasa atau perbuatan tanpa disedari. Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua.

Sunday, April 6, 2014

Terima kasih

Hari ni buka blog ada yang beritahu yang dia selalu ikuti blog saya.  Ohh... saya rasa bersalah pulak sebab lama tak update blog ini.  Terima kasih banyak-banyak kepada yang memberi maklumbalas dalam ruangan komen tu.  In shaa Allah saya akan cuba selalu update perkembangan dalam bolg ini.  Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang selalu ikuti perkembangan blog ini, ingin saya maklumkan bahawa saya sekarang juga sedang mengambil kursus professional clay untuk mengajar kanak-kanak dan orang dewasa. Tempahan juga dibuka kepada sesiapa yang berminat jika ada kelapangan.  Boleh tengok dalam blog http://zuraothman.blogspot.com untuk melihat hasil yang telah saya pelajari dalam kelas soft ckay.

Wednesday, February 27, 2013

Tempahan cookies bermisai


Alhamdulillah dah siap cookies gambar misai yang ditempah esok 1hb Mac. Anak saya Arfa beritahu matanya berpinar2 dan pening tengok cookies ni :), berombak-ombak. Design cookies ini memang seperti yang di email oleh tuannya.

Makluman juga kepada yang nak menempah cookies untuk bulan March dan awal April 2013, sila confirm awal sebab saya kena o/s ke Terengganu selama seminggu lebih bermula 20hb  sehingga 31hb March 2013. Jadi saya kena merancang awal untuk siapkan cookies anda semua. Kepada yang dah confirm, terima kasih yer.

Makluman juga kepada yang hendak hadir kelas pun sila inform awal kerana masa saya agak terhad juga. Kelas dekor A to Z, hanya terhad kepada 2 orang sahaja untuk satu kelas. Anda akan diajar dari mengadun, membuat bentuk perbagai design, membakar, mendeko sehinggalah pembungkusan. Saya cuma akan membuka kelas jika ada sedikit kelapangan.

Monday, November 26, 2012

Anak Accident... Doakan cepat sembuh

Salam,

Mohon maaf semua kerana tidak dapat ambik tempahan dan buat kelas untuk bulan November ini sebab anak kedua saya kemalangan. Status sekarang dah keluar dari wad ICU dan baru 3 hari sedar dan dimasukkan ke wad biasa. Kemalangan pada hari Sabtu lepas 17hb. sewaktu melintas jalan dilanggar oleh kereta. Patah kedua2 kaki dan tangan kiri serta bahu kanan. Perdarahan dalam perut sebab hati, limfa dan pankreas doktor kata pecah.  Minta tolong doakan anak saya supaya cepat sembuh.  InsyaAllah tempahan akan dibuka bulan Disember nanti. Minta sebarang tempahan dibuat melalui sms. Terima kasih semua.

Tuesday, October 23, 2012

Pengumuman tempahan cookies

Tinggal lagi 2 hari kita nak sambut Hari Raya AidilAdha pulak.  Disini saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Haji buat semua umat islam. Dekat hujung tahun ini kerja pun banyak.  Kepada sesiapa yang nak tempah cookies sila buat tempahan awal yer sebab bulan November ni saya banyak outsation pulak. Saya akan ke UTM Johor ada seminar dari 6 - 9/11/2012.  10 -17/11/12 bercuti balik kampung seminggu sempena cuti sekolah. Minggu ke 3 akan ke Perak dan ke 4 akan ke Terengganu.  Jadual kerja bulan November ini memang sibuk.  Harap sesiapa yang yang nak buat tempahan cookies kena lah confirm awal.  Kalau ambik awal pun tak apa sebab cookies saya tahan 3 -4  bulan.

Wednesday, June 6, 2012

Siapa lagi buat fancy cookies?

Sesiapa ada buat fancy cookies juga bolehlah email blog anda kepada saya.  Tahu tak kenapa keluar topik ini? Sebenarnya minggu lepas ada seseorang itu nak order fancy cookies tapi saya tak boleh buat sebab masih bercuti dan beliau tanya sesiapa lagi yang saya tahu boleh buat fancy cookies.  Saya pun tak tahu.  Jadi kepada bekas pelajar saya atau sesiapa yang ada blog dan ada buat fancy cookies juga, sila email.  Nanti saya boleh link dalam saya punya blog.  Jadi, next time kalau saya tak boleh ambik order, mereka boleh order dengan anda pulak.

Tuesday, May 22, 2012

Saya bercuti 26/5 - 1/6/2012

Saya akan bercuti bermula Sabtu 26/5 - 1/6/2012. Sebarang tempahan hanya boleh dibuat selepas dari tarikh tersebut dan sila sms untuk sebarang tempahan fancy cookies. Tempahan untuk cheese powder boleh dibuat bila2 masa.

Sunday, May 20, 2012

Handphone ada masalah.... minta SMS

Salam semua,

Saya nak minta kepada yang nak order cookies atau attend kelas, sila message (sms) ajer sebabnya h/p saya ada masalah kerana semua call terus masuk msgbox. Kadang2 tak ada line. Saya kena off dan on semua h/p baru boleh guna. Harap maaf yer.

DAN

Kepada yang nak menempah edible image harap bersabar sebab printer masih rosak.  Itulah sebabnya saya tak rekomen sesiapa yang nak beli edible image printer.  Kos maintenance sangat tinggi. Dahlah ink edible pun mahal. Satu warna ink ajer RM 70 - 90.  Hampir RM 400 sebulan kos untuk ink tak termasuk icing paper lagi. Sehelai RM 7 (itupun pembelian melebihi 80 keping), kalau beli sedikit cecah Rm 9 sekeping, modal memang perlu tinggi.  Tak termasuk lagi tersilap print, rugi icing paper.  Tak termasuk nak bayar kos service atau baiki printer. Kalau jarang2 guna memang saya nasihat lebih baik tempah ajer.

Apa2 pun saya akan maklumkan kepada semua jika printer saya dah ok.  Harap-harap minggu depan dah settle. InsyaAllah.

Wednesday, March 23, 2011

kelas 26hb Mac dibatalkan

Ingin dimaklumkan bahawa kelas 26hb terpaksa saya batalkan kerana saya terpaksa keluar pejabat iaitu ke Kelantan hujung minggu ini. Saya juga akan ke Perak pada 29 - 30hb ini dan segala tempahan sila melalui sms.

Monday, March 21, 2011

1st Dealer - Selayang Mall

Salam,

Kepada orang-orang kawasan Selayang yang berminat untuk membeli alphabet fancy cookies bolehlah dapatkan di booth dealer saya kat Selayang Mall, berhadapan Mc Donald.

Sunday, March 20, 2011

Pengumuman 21/3/11

Minta perhatian, kepada sesiapa ada menempah cookies dari saya melalui telefon, minta tolong email atau sms no telefon anda sebab tel saya baru di format dan ada no hilang. Minta tolong juga kepada Pn Jamilah dari Ampang untuk hubungi saya sebab saya nak buat temujanji hantar cookies (consignment).

Friday, December 3, 2010

Promosi


RM 1 termasuk pemegang



RM 11.00 (A-Z ada 26 huruf)

Promosi cookies diatas sahaja dari 6hb Disember sehingga 17Disember 2010 (2 minggu sahaja). Boleh tempah dalam tarikh tersebut untuk mendapat harga yang ditawarkan.

Tuesday, November 23, 2010

CuTi...cUtI

Salam semua,

Ingin dimaklumkan bahawa bermula 25hb sehingga 29hb Nov, segala tempahan mestilah melalui telefon kerana sy bercuti di kg.

Monday, May 31, 2010

Kelas Deko kukis untuk bulan Jun dan Julai 2010

Saya akan buka kelas deko pada 19hb Jun (Sabtu), 20hb Jun (Sabtu) dan 3hb Julai (Sabtu) 2010. Kelas seterusnya akan dibuka selepas hari raya puasa. Maksima untuk satu kelas adalah seramai 6 orang. Masa kelas adalah selama 2 hingga 3 jam (3 - 6 petang). Tarikh akhir untuk confirm kelas 19 dan 20 Jun adalah pada 17hb dan tarikh akhir untuk conjfirm kelas pada 3 Julai pada 1 hb Julai 2010. Sesiapa berminat untuk hadir kelas, sila email tarikh kelas yang dikehendaki.

Wednesday, March 31, 2010

Makluman Terkini 31/3/2010

Salam semua peminat decorcookies,

Ingin saya maklumkan bahawa saya tidak akan mengambil tempahan dari 1 April sehingga 15 April kerana outstation. Jika sesiapa yang ingin membuat atau mengambil tempahan selepas tarikh tersebut boleh email/sms saya bila-bila.

Diharap juga tidak menghubungi saya melalui telefon dari 19 April - 22 April kerana saya akan ke luar negara dan sebarang tempahan sila melalui email sahaja.

Tiada kelas untuk bulan April.