Thursday, May 24, 2012

Jahit Tudung (part1)

Tengahari ni dah janji nak ajar kawan (Ita) jahit tudung. Saya dah buat awning. Cuma nak cantumlah pulak dengan badan.   Minta dia belikan kain.  saya memang tak ada masa nak pegi Nagoya atau Kamdar untuk beli kain tudung.  Beli pengeras untuk awning pun minta kawan (Yati) belikan dan dah janji nak ajar dia juga jahit tudung. Isnin Yati beri pengeras untuk awning, Rabu baru sempat saya jahit awning.  kain tunggu Ita pulak. Tapi hari ini nak tunjuk awning yang saya dah jahit. 1 meter pengeras dapat 2 helai awning.  Satu lagi gambar lupa nak ambik.  Saya guna kain perca ajer untuk jahit awning.  OKlah... nanti kalau saya ada masa, saya akan buat tutorial cara jahit tudung.

Stok Cheese Powder dah sampai


Semalam baru sampai stok cheese powder. Alhamdulillah, pagi tadi dah jual kat kawan-kawan 4 bungkus. Saya jual murah2 ajer sebab dah jadi pengedar dan syaratnya kena beli dalam kuantiti yang banyak.  Modal pun banyak dikeluarkan. untung sikit pun tak apa, yang penting terjual. Marilah cuba! Memang Berbaloi jika anak ramai dan anak suka.  Rasa sebijik macam makan cheezy wedges KFC. Anak2 saya memang semua suka. Dalam sebulan 2 kilo memang habis.  Makan jemput-jemput dan pisang goreng pun dengan cheese.

Tuesday, May 22, 2012

Saya bercuti 26/5 - 1/6/2012

Saya akan bercuti bermula Sabtu 26/5 - 1/6/2012. Sebarang tempahan hanya boleh dibuat selepas dari tarikh tersebut dan sila sms untuk sebarang tempahan fancy cookies. Tempahan untuk cheese powder boleh dibuat bila2 masa.

Sunday, May 20, 2012

Handphone ada masalah.... minta SMS

Salam semua,

Saya nak minta kepada yang nak order cookies atau attend kelas, sila message (sms) ajer sebabnya h/p saya ada masalah kerana semua call terus masuk msgbox. Kadang2 tak ada line. Saya kena off dan on semua h/p baru boleh guna. Harap maaf yer.

DAN

Kepada yang nak menempah edible image harap bersabar sebab printer masih rosak.  Itulah sebabnya saya tak rekomen sesiapa yang nak beli edible image printer.  Kos maintenance sangat tinggi. Dahlah ink edible pun mahal. Satu warna ink ajer RM 70 - 90.  Hampir RM 400 sebulan kos untuk ink tak termasuk icing paper lagi. Sehelai RM 7 (itupun pembelian melebihi 80 keping), kalau beli sedikit cecah Rm 9 sekeping, modal memang perlu tinggi.  Tak termasuk lagi tersilap print, rugi icing paper.  Tak termasuk nak bayar kos service atau baiki printer. Kalau jarang2 guna memang saya nasihat lebih baik tempah ajer.

Apa2 pun saya akan maklumkan kepada semua jika printer saya dah ok.  Harap-harap minggu depan dah settle. InsyaAllah.

Wednesday, May 2, 2012

Kelas Fancy Cookies

Sabtu depan 12/5/12, saya akan mengadakan kelas fancy cookies.  Kali ini saya akan ajar dari cara menguli doh, buat bentuk cartoon tanpa acuan, membakar cookies, membuat royal icing, mencampurkan warna dan akhirnya mendeko cookies tersebut. Kiranya dari A to Z. Dah ada sorang. Bayaran adalah sebanyak RM 250.00. Jika berminat boleh email segera sebab satu kelas saya peruntukan 2 orang ajer.

Fancy cookies A-Z, PUSPANIKA UKM



Ini sebenarnya saya buat untuk consignment. Huruf A-Z (26huruf).  Isnin lepas pegi UKM hantar kat kawan yang buka booth makanan kat PUSPANIKA. Sesiapa yang berminat bolehlah pergi kesana sehingga Jumaat, esok 4/5/2012.

Tempahan dari Kak Lin



Ini pula adalah tempahan dari Kak Lin untuk beri kat staff  TV- Alhijrah. Sebenarnya beliau tempah huruf TQ besar 35 bungkus dan ada beberapa lagi nama tapi yang tu lupa saya nak ambik gambar.  Yang ini tempahan terkemudian sebab ada tertinggal nama pulak katanya. Itu yang sempat ambik gambar.

Tempahan dari Yati


Ini tempahan dari kawan office untuk birthday anaknya JASMIN. Sebenarnya tiap2 tahun Yati tempah cookies ini sebab anaknya memang suka. Yati tempah 60 bungkus untuk anaknya beri kat kawan2 sekolah. Bukan ajer anak orang lain, anak saya sendiri pun sibuk suruh buat untuk kawan2nya kat sekolah.

Tempahan dari NAna

Ini tempahan dari Nana BTHO, Cheras. Beliau ini pelanggan tetap, hampir tiap2 bulan tempah. Kali ini beliau tempah cookies untuk letak atas cupcake. YUSSALWAN Love NORHIDAYAH.