Friday, June 5, 2015

Cookies huruf ARHAM



Semalam baru pos cookies tempahan ARHAM sebanyak 100 bungkus.  Hari ini hantar tempahan snow cake lg. Rezeki minggu ini. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas pemberianMu ini.

Tuesday, June 2, 2015

Snow Cake permintaan ramai


Alhamdulillah sehingga hari ini dah lebih 100 biji kek ini terjual. Rezeki untuk kek ini. Setiap bulan paling minima pun 5 biji memang terjual. Itupun sebab banyak outstation, kerja luar jadi tak boleh selalu ambik tempahan kek ini.  Walaubagaimanapun terima kasih yang minat dan membeli kek saya ini. TQVM to all :).

Tempahan cookies minion



Ini memang peminat Minion.  Dalam perjalanan nak pergi out station sempat lagi hantar cookies Minion ini kat Taman Maluri. Kebetulan ikut jalan situ.

Tempahan huruf TAS





Ini pulak tempahan huruf TAS sebanyak 200 bungkus. Terima kasih atas tempahan. Alhamdulillah siap jugak walaupun masa yang suntuk.

Tempahan benyuk cup cake


As salam semua,  lama saya tak update semua tempahan cookies. Sebenarnya sekarang banyak kerja luar dan jarang boleh ambik tempahan. Jadi saya mohon maaf ler yer kepada yang saya tak dapat buat.

Tuesday, February 10, 2015

Kisah kejayaan berniaga sendiri

Hari ini saya bukan nak masukkan gambar tempahan cookies tapi nak menceritakan kisah benar kejayaan sepupuku dalam perniagaan kuih-muih supaya dapat menyuntik semangat kepada pembaca-pembaca blog ini.  Begini kisahnya.

Bulan September tahun lepas, 2014, sepupu saya telah meminta pandangan dan nasihat untuk dia mendapat pendapatan lebih untuk menolong suaminya. Beliau ada beritahu hasrat untuk kerja makan gaji. Memandang beliau mempunyai 4 orang anak yang sekolah rendah dan masih kecil, saya galakkan beliau buat makanan dan hantar ke kedai-kedai. Saya suruh dia jual dadih dalam bekas-bekas kecil kerana cara masaknya senang dan cepat.  Mula-mula sepupu saya letak hanya satu kedai sahaja.  Kemudian saya suruh dia cari lagi 2 kedai untuk letak barang perniagaan dia.  Alhamdulillah masuk hari ke empat dan seterusnya dadihnya semakin laku. 

Sebulan selepas itu, sepupu saya cakap tuan kedai suruh dia buat kuih muih pulak.  Dia beritahu dia tak pandai membuat kuih.  Saya beri semangat kepada dia. Saya suruh dia cari resepi kuih kat facebook atau blog.  Pada permulaan, biasalah kuih tak menjadi sampai kena buang dalam tong sampah. Itu cabaran namanya.

Bulan Januari lepas 2015, Sepupu saya beritahu bahawa dia sudah boleh buka buku akaun dan menyimpan duit RM 900 sebulan.  Dia tunjuk juga rantai yang baru di beli.  Alhamdulillah beliau sudah berjaya.  Saya beritahu padanya yang saya makan gaji pun tak mampu simpan duit tiap-tiap bulan RM 900.  Beliau cuma penat sebab bangun pukul 3 pagi buat kuih dan pukul 7 pagi kerjanya dah selesai. Suaminya pergi menghantar kuih ke kedai-kedai.  Itu pun beliau cuma hantar ke tiga buah kedai.  Kalaulah dia hantar lebih dari 3 kedai.... mesti lagi banyak pendapatan.

Moral of the story... Usaha, Rajin, Kreatif... pasti berjaya.  Tak semestinya hanya makan gaji untuk mendapat pendapatan.  Bila di kaji, gaji beliau membuat kuih lebih banyak lagi dari gaji kerani makan gaji. Dia perlu menghabiskan masa selama 4 jam sahaja sedangkan kita yang makan gaji ni kena habiskan masa dari 8 pagi - 5 petang.  Anak beliau pun dapat jaga sendiri,  Anak-anak sentiasa dapat makan masakan ibu. Oh... banyak keuntungan dan kelebihan.

Teruja saya dengar cerita terbaru dari beliau.  Saya nasihat dia dan guide macamana untuk berjaya tetapi saya sendiri masih kerja makan gaji.  Saya berdoa supaya Allah bukakan rezeki saya untuk bekerja sendiri suatu hari nanti.


Thursday, January 29, 2015

Cookies Misai


Ini adalah tempahan cookies bentuk Misai bulan Disember tahun lepas.

Cookies Huruf


Ini adalah tempahan huruf bulan ini. Di pos sebelum saya out station minggu lepas.