Showing posts with label kisah aku. Show all posts
Showing posts with label kisah aku. Show all posts

Wednesday, April 6, 2016

Hampir setahun tidak buka blog ini, nampak banyak juga orang komen tanya soalan. maaf ler bebanyak.  Biasalah kerja bawah orang...dari tahun lepas banyak pulak outstation. sampai tak ingat kat blog ini..huhuhu..

Walaubagaimanapun, inshaaAllah tahun ini tahun terakhir saya bekerja makan gaji.  Bulan Ogos ini adalah hari terakhir saya bekerja makan gaji setelah 19 tahun berkhidmat tanpa jemu.  Lepas berhenti  kerja apa pulak nak buat? Buat masa ini tiada jawapan lagi... apa yang difikirkan buat masa ini... lepas berhenti kerja, berehat dan urus anak2 sekolah pulak.  Keutamaan sekarang adalah KELUARGA.


Tuesday, February 10, 2015

Kisah kejayaan berniaga sendiri

Hari ini saya bukan nak masukkan gambar tempahan cookies tapi nak menceritakan kisah benar kejayaan sepupuku dalam perniagaan kuih-muih supaya dapat menyuntik semangat kepada pembaca-pembaca blog ini.  Begini kisahnya.

Bulan September tahun lepas, 2014, sepupu saya telah meminta pandangan dan nasihat untuk dia mendapat pendapatan lebih untuk menolong suaminya. Beliau ada beritahu hasrat untuk kerja makan gaji. Memandang beliau mempunyai 4 orang anak yang sekolah rendah dan masih kecil, saya galakkan beliau buat makanan dan hantar ke kedai-kedai. Saya suruh dia jual dadih dalam bekas-bekas kecil kerana cara masaknya senang dan cepat.  Mula-mula sepupu saya letak hanya satu kedai sahaja.  Kemudian saya suruh dia cari lagi 2 kedai untuk letak barang perniagaan dia.  Alhamdulillah masuk hari ke empat dan seterusnya dadihnya semakin laku. 

Sebulan selepas itu, sepupu saya cakap tuan kedai suruh dia buat kuih muih pulak.  Dia beritahu dia tak pandai membuat kuih.  Saya beri semangat kepada dia. Saya suruh dia cari resepi kuih kat facebook atau blog.  Pada permulaan, biasalah kuih tak menjadi sampai kena buang dalam tong sampah. Itu cabaran namanya.

Bulan Januari lepas 2015, Sepupu saya beritahu bahawa dia sudah boleh buka buku akaun dan menyimpan duit RM 900 sebulan.  Dia tunjuk juga rantai yang baru di beli.  Alhamdulillah beliau sudah berjaya.  Saya beritahu padanya yang saya makan gaji pun tak mampu simpan duit tiap-tiap bulan RM 900.  Beliau cuma penat sebab bangun pukul 3 pagi buat kuih dan pukul 7 pagi kerjanya dah selesai. Suaminya pergi menghantar kuih ke kedai-kedai.  Itu pun beliau cuma hantar ke tiga buah kedai.  Kalaulah dia hantar lebih dari 3 kedai.... mesti lagi banyak pendapatan.

Moral of the story... Usaha, Rajin, Kreatif... pasti berjaya.  Tak semestinya hanya makan gaji untuk mendapat pendapatan.  Bila di kaji, gaji beliau membuat kuih lebih banyak lagi dari gaji kerani makan gaji. Dia perlu menghabiskan masa selama 4 jam sahaja sedangkan kita yang makan gaji ni kena habiskan masa dari 8 pagi - 5 petang.  Anak beliau pun dapat jaga sendiri,  Anak-anak sentiasa dapat makan masakan ibu. Oh... banyak keuntungan dan kelebihan.

Teruja saya dengar cerita terbaru dari beliau.  Saya nasihat dia dan guide macamana untuk berjaya tetapi saya sendiri masih kerja makan gaji.  Saya berdoa supaya Allah bukakan rezeki saya untuk bekerja sendiri suatu hari nanti.


Tuesday, May 13, 2014

Sudah 5 tahun lebih.......

Bila tengok balik post2 yang lepas....rupa-rupanya dah 5 tahun lebih aku buat tempahan cookies ini.  Bukan masa yang singkat...penuh suka dan duka dalam 5 tahun ini tetapi terasa sekejap ajer....tanpa kita sedar pun, dah 5 tahun berlalu.....

Jubah pricess A cut



Bulan ini memang bulan yang tension.Saya kena siapkan final report. Projek dah nak tutup. Presentation pada 26hb ini tetapi consultant tak bagi2 lagi report. Memang tension kalau jadikan lecturer sebagai consultant. Ikut suka dia ajer. Tak fikir yang kita pun ada date line untuk hantar report. Itulah...kerja makan gaji.

Apa lagi, cuti wesak semalam saya siapkan satu jubah pricess A cut untuk raya yang kain plain tu. Jubah warna hot pink tu saya siapkan hari Ahad lepas.  Minggu ini baru nak beli lace untuk letak aksesori pada baju jubah plain tu.  Sebab tension dengan kerja, saya cuba menyibuk buat baju supaya tak memikir sangat kerja office yang tertangguh yang tak siap2.  Susah kerja kalau out of our control.  Semalam ada yang nak menempah cookies.  Alhamdulillah..dengan adanya tempahan cookies, tak adalah lagi saya memikirkan sangat kerja2 office yang terbengkalai tu.

Sabar...sabar...kena banyak bersabar.  Kena tenangkan hati....adalah tu hikmah disebaliknya...

Tuesday, January 21, 2014

Jubah anak lelakiku...


Lama dah tak cerita perkembangan diri.  Ini adalah jubah anak lelakiku. 3 helai dapatku siapkan. Sebenarnya, tahun ini aku hantar anak lelakiku yang sulung belajar agama kat madrasah di Lubok Tapah, Pasir Mas Kelantan. Jadi banyaklah jubah di perlukan. Husband pulak suruh beli kain ajer dan jahit sendiri. Katanya lagi murah dan kita boleh cari kain cotton yang elok. Dengan kepakaran yang tak seberapa dan adanya jubah contoh, berjaya juga aku siapkan 3 helai dalam masa 4 hari. Menjahit secata intensif memandangkan masa yang suntuk. Nasib baiklah masa ini tiada tempahan cookies.  Lepas berjaya ajer jahit jubah, husband beli pulak kain cotton untuk jahit baju kurta 4 helai.  Yang ini pun nasib baik ada baju sampel jugak.  Jadi nak kena berusaha untuk siapkan secepat mungkin.

Sunday, January 5, 2014

Tahun Baru Azam Baru...2014


Sudah lama tak upload gambar2 tempahan cookies. Hujung tahun memang amat sibuk. Ini cookies dari Kak Lin yang ditempah bulan lepas. Huruf TQ saiz besar sebanyak 250 bungkus.

Alhamdulillah, tahun baru, azam pun baru. Tapi azam tahun lepas tak terlaksana lagi. carry forward tahun ni.. hahaha... Anak2 pun dah mula sekolah. Alhamdulillah anak sulung dah mula pengajian di sekolah pondok Lubok Tapah, yang ke 2 dah masuk sekolah menengah dan tinggal dengan mak di kampung. Sekurang-kurangnya boleh tolong temankan mak. Tinggal 2 orang sekolah rendah lagi tinggal bersama. Di harap perjalanan hidup untuk tahun ini berjalan dengan lancar. Tahun lepas penuh dengan kisah suka & duka. Pemergian kaum keluarga dan sebagainya. Azamku tahun ni masih sama seperti tahun lepas sebab masih tak terlaksana.In shaa Allah, semoga Allah permudahkan hidupku untuk tahun ini. Beri kesihatan yang baik dan sabar untuk menjaga anak2 dengan kerenahnya yang macam2.


Sunday, October 27, 2013

Akhirnya selesai pindah rumah

Alhamdulillah, akhirnya selesai misi pindah rumah. Dah sebulan lebih aku tak sempat nak buka blog sendiri. Selepas Raya haji baru betul-betul barang selesai pindah sepenuhnya.  Dari bulan September lagi memang bulan yang mencabar. Hari Sabtu dan Ahad pun kena out-satation sebab ada projek pejabat nak kena siapkan hujung bulan Oktober.

Rumah lama aku di naiki pencuri, nasib baik tak sempat ambik apa-apa barang. Tapi yang penting aku dan anak-anak tak ada apa-apa dan alhamdulillah masih dapat hidup lagi di bumi Allah ini.

Bulan ini nak kena siapkan biskut edible image untuk adik ipar yang akan melangsungkan perkahwinan  pertengahan bulan November nanti.  Baju seragan yang nak di pakai pada majlis tu pun belum siap jahit lagi. Oh...banyaknya perkara perlu dibuat hujung minggu. Kepada sesiapa yang nak mengorder cookies, tempahan sudah dibuka. Mohon maaf kepada yang nak menempah bulan lepas kerana terpaksa tolak tempahan.


Walaubagaimanapun, di sini saya sertakan tempahan bulan lepas yang tak sempat untuk di upload.

Tuesday, September 17, 2013

Pindah rumah

Lama dah tak tulis dalam blog sendiri. Banyak perkara perlu diuruskan dalam sebulan dua ini. Sebelum raya puasa, balik kampung awal. Alhamdulilillah, sempat jumpa arwah atuk. Beliau meninggal sehari sebelum raya. Dalam tahun ini ajer ramai keluarga meninggal dunia. Mula-mula anak eksiden, saya cuti 2 bulan. Hari anak keluar wad, adik bongsu meninggal dunia. Selang 3 bulan, 31 Jan 2013 mak mertua meninggal dunia bersamaan tarikh hari jadi anak ke 2. Sebelum puasa, atuk sedara meninggal dunia dan akhirnya sehari sebelum raya puasa, atuk pulak meninggal dunia.  Seminggu balik KL, jiran cina selang 2 buah rumah pulak mati tiba-tiba sebab batu karang dalam pankreas pecah.  KITA? belum tahu lagi bila akan dipanggil ilahi. Semua ini adalah peringatan daripada Allah untuk saya sendiri supaya lebih mendekatiNya.

Seminggu balik bercuti raya, tuan rumah sewa pulak nak naikkan harga sewa rumah. Tahun depan hanya tinggal bertiga saja. Pening cari rumah sewa. Tapi Allah maha mengasihi, menyayangi umatnya. Alhamdulillah dalam seminggu saya dapat cari flet murah depan Sek Men BTHO. Awal bulan sepuluh baru masuk. Kepada pelanggan setia saya, mulai bulan depan, Oktober saya sudah berpindah kerumah baru. Bulan ini memang bulan serabut/pening mengemas barang untuk berpindah. Tiada tempahan untuk bulan ini. Yang berminat untuk hadir kelas pun ditunda sehingga saya sudah bersedia. 

Minggu lepas, anak kedua Arfa baru habis UPSR. Bulan depan anak sulung pulak nak PMR. Dari bulan Januari sehingga bulan Oktober tahun ini, berbagai perkara terjadi. Lagi 2 bulan habis tahun 2013. Tahun bertambah, Umur bertambah. Amal untuk akhirat tak bertambah pun. Semoga Allah permudahkan urusanku supaya aku dapat lebih dekat diri kepadaNya. Diharap perancanganku dapat berjalan dengan lancar.

Monday, July 15, 2013

Jubah raya Ain



Bulan puasa ini tak banyak tempahan cookies. cuma ada 2 ajer itu pun nak minggu depan.  Rasanya dalam hujung minggu ini nak buat 2 jenis biskut yang senang-senang ajer sebab biskut tempah dan kerepek dah tempah 5 jenis. Tahun ni kurang mood buat biskut.

Kali ni saya nak cerita pasal baju raya. Tema tahun ni coklat. Seminggu sebelum puasa dah siap beli baju raya untuk satu keluarga kecuali anak bongsu Ain sebab tak jumpa jubah budak warna coklat. At last, saya minta tolong kawan buat polar jubah untuk Ain dan hari Sabtu lepas siap jahit jubah dan tudung untuknya. Sekarang nak siapkan bunga kait untuk tambah aksesori kat jubahnya. Kalau sempat saya nak buat lagi satu jubah plain pulak untuk Ain.


Tuesday, April 23, 2013

Mixer idaman hati

 

 Akhirnya dapat juga saya beli mixer idaman hati walaupun secondhand (baru guna 6 bulan). Saya beritahu, saya nak beli mixer tu sebab nak buat roti untuk anak2 bawa bekal kesekolah. Selama ini saya cuma goreng nugget, sosej, kentang dan beli roti yang dah siap untuk bekal anak sekolah. Sebenarnya makanan tu bukanlah makanan yang sihat. Alang2 ada duit sikit dari hasil buat biskut, itulah saya beli mixer untuk buat roti. Ada kawan yang dah janji nak bagi resepi roti. Dulu kawan saya ni pernah berniaga jual roti. Alhamdulillah, dah ada yang nak sedekahkan saya resepi roti. Terima kasih juga kepada Nurul dan hubbynya kerana sanggup hantar mixer dari Shah Alam ke rumah akak kat Mines Balakong pada Ahad lepas. In shaa allah, hujung minggu ni dah boleh buat roti (mood tengah semangat memasak).

Wednesday, April 17, 2013

Mula kelas Tajwid

Alhamdulillah, semalam mula kelas belajar tajwid. Rasa seronok sangat dapat belajar mengaji dengan cara betul dan belajar hukum2 yang sepatutnya. Perancangan dulu, dah berhenti kerja baru nak belajar mengaji dengan tajwid yang betul. Tapi sebenarnya nak seribu daya. Walaupun bekerja, jika betul2 kita nak menuntut ilmu ALLAH, in shaa ALLAH, tuhan permudahkan.  Semalam ambik Ain dan Arfa lambat dalam pukul 7 baru sampai kat sekolahnya. Arfa dah membebel sebab ambik dia lambat. Bila saya beritahu dia saya ada kelas mengaji Quran, dia amat terperanjat sebab dia kata saya dah pandai mengaji. Saya beritahu dia saya nak betulkan bacaan lagi (tajwid). Seingat saya dulu ada belajar tajwid masa kat MRSM. Banyak dah tak ingat sebab tak amal. In shaa ALLAH, bila dah berumur ni, kenalah banyakkan lagi menuntut ilmu ALLAH walau sesibuk manapun kerja.

Sebelum ini, anak-anak saya, semua saya hantar berbayar ke kelas iqra/mengaji. Yang herannya anak saya dah darjah 4 tapi iqra tak habis2 lagi. Saya pun hairan, macamana ustazah sekolah kafa ajar. Inilah silapnya sebab terlalu berharap kepada orang. Seelok-eloknya ibu atau bapa mengajar sendiri anak2 mengaji. Saya sendiri pun mengakui juga silap sendiri. Alhamdulillah, ALLAH dah permudahkan saya apabila anak2 dah besar, adalah juga masa terluang untuk mengajar anak2. (* ingat dulu masa anak2 semua kecik2, nak makan pun kena bergilir dengan suami). Selepas kes anak bongsu saya Ain tak nak mengaji kat sekolah kafa dan nak suruh saya ajar, itulah saya terpaksa ambik initiatif untuk belajar tajwid. Setakat Iqra senang lagi nak ajar, kalau Ain dah masuk Al-Quran, kenalah saya ajar dia dengan cara betul. Sekarang pun Ain dah masuk Iqra 3, baru 4 bulan belajar iqra. In shaa ALLAH, ustazah beritahu semalam, 3 bulan belajar tajwid sudah boleh mengaji dengan sebutan betul. Hukum mempelajari ilmuTajwid adalah fardu kifayah, manakala mengamalkannya yakni membaca al-Quran dengan bertajwid adalah fardu ain bagi setiap Muslimin dan Muslimat yang mukalaf.

Sunday, March 24, 2013

clay class for my kids

Ain - projek ke 4

Arfa - projek 4

Adib - projek ke 5

Adib -projek ke 6 (last project for level 1)

Ain - projek ke 5

Ain with her sun flower mirror (the third project)

Ain had finished 3 projects, just 1 more left

Arfa - projek ke 5
Minggu ini anak2 ku semua excited nak pegi kelas clay. Pukul 12 dah ajak saya pegi sana.  Hari ini seronok sikit sebab ramai yang hadir. jadi kami sempat berborak2 dan berkenalan sambil tengok hasil masing2. Adib minggu ini kelas terakhirnya. Dah siap ke enam2 projek.  Lepas ni dia beritahu tak nak sambung lagi dan nak pegi kelas renang pulak. Minggu ni nak pegi survey kelas renang pulak area kajang atau cheras. Ain dan Arfa tinggal lagi satu projek masing2.  Mereka berdua dah cakap nak sambung ke level 2. Projek yang lebih mencabar. Perbezaan anak lelaki dan perempuan. Sebenarnya Adib tak boleh sangat buat kerja yang perlu ketelitian dan fokus. Tak sama dengan anak perempuan, Ain dan Arfa memang jenis yang teliti dan kemas.  Saya tengok, Adib suka bentuk2 binatang macam dinasour. Balik rumah pun dia siapkan lagi 2 ekor dinasour. Ain pulak paling suka sunflower mirror yang dia buat. Minggu depan dia dah beritahu, dia nak buat macam projek ke 5 kakaknya. Sesiapa yang nak tengok projek clay saya pulak boleh tengok di link http://zuraothman.blogspot.com

Sunday, March 17, 2013

Kelas Clay Craft

Ain - projek ke 2

Adib - projek ke 4

Arfa - projek ke 3
Arfa - projek ke 2

Adib - Projek ke 2

Ain dan Arfa - projek pertama

Inilah hasil kerja anak2 saya. Ada 6 projek perlu disiapkan untuk level 1, clay craft.

Wednesday, February 27, 2013

Arfa dah mula sekolah

Sudah lama saya tak update blog ni. Sebenarnya terlalu sibuk dengan kerja. Bulan ni ada 2 tempahan yang nak kena siapkan, satu nak ambik lusa (jumaat) 1hb Mac dan satu lagi minggu depan 7hb Mac 2013.

Selepas mertua meninggal, anak saya Arfa check pada 7hb Feb lepas, doktor cakap dah boleh jalan dan sekolah. Cuti raya cina tempoh hari saya ambik cuti seminggu balik kampung untuk ambik barang2 dia. Hari Sabtu 9hb bertolak ke Kelantan bersama 2 anak. Mulanya ingat nak bertolak selepas Subuh tapi terjaga pukul 7 pagi, jam 8 juga baru bertolak dari rumah. Jem jangan nak cakap. dari karak lagi dah berderet2. Paling laju pun 60km ajer sehinggalah ke kota bharu. Pukul 6:30 petang baru sampai rumah di kampung. Husband asyik telefon ajer tanya status kat mana.

Seminggu jugalah balik kampung. 15hb Feb balik KL. Husband dan anak naik flight hari yang sama. Balik KL adik saya volunteer nak teman. Apa lagi, sepanjang perjalanan saya biar ajer adik yang drive. saya ambik peluang tidur.

Ahad 17hb Feb hantar adik balik kampung dengan bas dan husband balik ke kampung pada keesokkannya pulak.  18hb Feb Arfa mula sekolah. Tiap-tiap hari saya hantar begnya hingga ke kelas sebab doktor tak bagi lagi dia bawa beg atau barang berat.

Jumaat 22hb Feb, arfa terjatuh terduduk dibilik mandi. Oh! risau betul sebab Arfa baru 2 minggu belajar berjalan.. Minggu depannya 25hb ada pulak meeting tender. Jadi terpaksalah kerja dan saya bawa Arfa pegi office. Tak jadi pegi klinik sebab dia kata boleh jalan. Keesokkanya Sabtu baru saya bawa Arfa ke klinik Az Zahrah Bangi untuk check tulang kaki dia.  Doktor buat x-ray tapi tak bagi apa2 komen sebab dia minta rujuk pakar. Maksudnya Isnin 25hb Feb baru boleh buat appointment dgn doktor pakar.

Isnin petang , 25hb Feb saya masuk meeting tender untuk projek di bawah Transmission. Alhamdulillah lulus. dapatlah projek hampir 2 juta. Gembira sangat walaupun letih. Ain pulak demam jadi tak sekolah. Malam tak cukup tidur. penat...penat.  Dapat pulak berita kena pergi meeting kat Kenyir Terengganu pada Rabu 27hb Feb. Oh... tension. Minta orang ganti tapi tak boleh. Slide presentation untuk meeting pun tak buat lagi. Masa tunggu meeting pun sibuk tanya Awin tiket flight balik hari. Nasib baiklah kawan pun nasib yang sama. Masalah outsation sebab anak tak ada yang urus. dahlah husband jauh. Semua kena buat sendiri.

Selasa pagi 26hb, saya bawa Ain dan Arfa jumpa doktor. Terpaksa masuk lewat kerja. Alhamdulillah Ain cuma demam sebab tonsil dan dapat mc sehingga Rabu manakala Arfa doktor kata kakinya okay dan pagi tu dia terus buat fisio dan dapat cuti sehingga Jumaat.  Selepas hantar anak kerumah, masuk kerja  terus siapkan slide presentation untuk meeting, contact teksi untuk ambik ke airport. Contact adik minta tolong ambikkan anak petang. Minta tolong kawan ambik anak kat sekolah dan hantar kerumah dan macam2 lagi.  Allah itu amat mengasihani. Semua berjalan dengan lancar. Ada kawan untuk menolong dan sebagainya. Sampai rumah petang dalam 6 lebih dapat mesej dari kawan sekerja, meeting di Terengganu di batalkan sebab banjir. Yahoooooo.... alhamdulillah. tak jadi meeting. Tiket MAS kawan tolong urus pembatalan. Pertama saya contact teksi dulu beritahu batal, contact adik dan contact taska. Walaupun banyak kerja kena buat saya tak kisah. Yang penting tak perlu pegi Terengganu. Malam selepas keluar makan dengan anak2, saya terus buat cookies tempahan yang nak ambik Jumaat ini. Esok baru nak mula deko. Nasib baik dia tempah sikit ajer. Sebelum tidur sempat lagi saya jemur kain yang basuh sebelum keluar makan tadi. Kain yang tak berlipat pun bertimbun lagi. Tak tahu lagi bila nak berlipat.

Oh... itulah kehidupanku yang sentiasa sibuk setiap hari. Siang kerja di pejabat, malam urus anak, kerja rumah. Itu tak masuk lagi bab kena outsation berminggu2 dan nak siapkan tempahan cookies (hobi sampingan). Bulan March depan dah dapat jadual outsation seminggu lebih dari 20hb sehingga 28hb ke Terengganu. Tapi nasib baik masa ni husband dapat turun KL jaga anak.

Monday, February 4, 2013

Mak Mertua meninggal Dunia

Khamis minggu lepas (31/1/13) mak mertua saya meninggal dunia, jam 7:35 pm di Hospital Kuala Krai, umur 58t ahun. Bersamaan dengan hari lahir anak kedua saya Nur Arfa (31/1/01), genap 12 tahun. Saya memohon maaf jika ada yang mesej berkenaan cokies sebab saya tak sempat nak balas. Sibuk melayan tetamu yang hadir dan persediaan untuk majlis tahlil selama 7 hari. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. InsyaAllah. Amin.

Monday, November 26, 2012

Anak Accident... Doakan cepat sembuh

Salam,

Mohon maaf semua kerana tidak dapat ambik tempahan dan buat kelas untuk bulan November ini sebab anak kedua saya kemalangan. Status sekarang dah keluar dari wad ICU dan baru 3 hari sedar dan dimasukkan ke wad biasa. Kemalangan pada hari Sabtu lepas 17hb. sewaktu melintas jalan dilanggar oleh kereta. Patah kedua2 kaki dan tangan kiri serta bahu kanan. Perdarahan dalam perut sebab hati, limfa dan pankreas doktor kata pecah.  Minta tolong doakan anak saya supaya cepat sembuh.  InsyaAllah tempahan akan dibuka bulan Disember nanti. Minta sebarang tempahan dibuat melalui sms. Terima kasih semua.

Sunday, November 4, 2012

Bakul pastri dan Tart Buah




Hujung minggu lepas memang saya sangat sibuk. Hari Sabtu lepas saya pergi belajar kelas membuat bakul pastri dan tart buah dengan Arah, di Taman Puncak Jalil.  Kelas mula pukul 10 pagi dan pukul 6 lebih baru habis. Petang tu jalan jam pulak dan hujan sangat lebat. Tolong hantar Kak Shida kat Komuter Serdang sebab nak balik Perak (kawan yang belajar sama2). Hampir pukul 8 malam baru sampai rumah. Oh memang memenatkan tapi sangat gembira dan puas hati.  Kepada sesiapa yang pernah tanya dulu, mulai hari ini saya dah boleh terima tempahan bakul dan tart buah untuk dijadikan sebagai hantaran.  Dalam pukul 10 malam, saya sambung buat cookies tempahan dari Safea. Ada sikit lagi tak siap. Tapi jejak pukul 2 pagi juga baru siap. Janji Safea nak ambik Ahad.

Pagi Ahad pulak, selepas sembanhyang subuh, terus call adik, Ida untuk pegi pasar borong Serdang beli lauk pauk pulak. Hari Selasa dah nak bertolak ke UTM, Johor. Husband Isnin baru turun KL, jadi kena penuhkan peti sejuk sebelum tinggalkan husband dengan anak2. Jumaat baru dapat tupperware untuk freezer yang order dari kawan. Apalagi, saya memang teruja kerana peti sejuk saya dah kemas. Semua lauk pauk dah letak dalam tupperware yang sama saiz. Memang kemas dan cantik. Senang hati.

Kat pasar Borong lauk2 memang murah.  Saya ada beli sotong kecik cuma RM 4 sekilo. Saya beli setengah kilo, RM 2, cukup untuk sekali masak dan makan dengan anak2. Memang murahkan.  Ketam kat pasar borong biasanya dapat RM 18 sekilo tapi saya beli tempat yang biasa beli cuma dapat RM 15 sekilo. Murahkan! sebab tu saya suka pergi pasar borong.  Hari ini anak saya Arfa dan Ain ikut sama.  Anak2 saya pun memang suka ikut pergi pasar, jadi merekalah yang tukang bawa troley.  Lepas membeli belah, yang pasti saya akan pergi melepak, makan2 kat kedai makan depan pasar tu. Ada 2, 3 buah juga kedai makan kat situ.  Pukul 10 baru sampai rumah. 

Sebenarnya dah janji nak jumpa 3 orang dekat Tesco Ampang pukul 11 pagi. Saya nak jumpa orang yang nak beli cheese powder, nak jumpa Safea hantar cookies yang siap semalam dan nak beri cookies kepada .... (lupa nama) untuk food test saya punya cookies. Semasa singgah rumah letak lauk yang dibeli, Ida sempat ambik gambar bakul dan tart buah saya. Teruja dia tengok bakul dan tart buah tu dan sempat dia ambik 4 biji buah untuk makan dengan hubby dia.  Tepat pukul 11 pagi sampai kat Tesco Ampang, jalan lengang cepat pulak sampai. Selpas semua urusan selesai, pukul 12:30 tgh baru sampai rumah. Balik rumah terus mengemas rumah, dapur, dan memasak pulak. Pukul 3 lebih baru siap semua. Stop sembahyang zuhur dan barulah dapat berehat sebentar.  Malam sambung buat cookies tempahan dari Intan pulak untuk pos hari ini.  Sambil2 tunggu cookies masak sebelum mula mendeko, saya buat nasi lemak untuk anak makan pagi Isnin. Setakat hari ini ada lagi satu tempahan yang nak kena siapkan  lagi 2 minggu nak ambik. Itupun tempah ke 2 dari CT Tanjung Malim. Alhamdulillah, penuh jadual weekend selama 2 hari.

Thursday, November 1, 2012

Bulan Mengemas



Bulan ini memang bulan mengemas saya. Saya saja ajer cerita dalam blog sebab nak beritahu kat kawan2 projek hujung minggu di dapur. Tak tahu kenapa bila masuk dapur perasaan rasa serabut tengok barang2 yang dibeli terikat sana, terikat sini dengan plastik dan berserabut atas rak/peti. Tiba2 terbuka hati nak singgah kedai cosway dekat rumah. Wow! tengok bekas sebijik macam jenama tupperware dan harganya lebih murah. Apa lagi, mulalah saya buat borongan bekas kedap udara dan sebagainya. Tengoklah! dah kemas pun dapur saya dan senang nak guna/cari .  Nanti tiba datang mood rajin, saya nak buat labelling pulak :).

Sunday, October 28, 2012

Kreativiti ... Jimat.....

Seluar sekolah koyak kat lutut

close up - seluar yang ditampal

Seluar yang telah ditampal
Hari ini saya nak cerita pasal seluar sekolah anak lelaki saya, Adib. Anak saya ini memang lasak. Hairannya dua bulan ajer beli seluar sekolah mesti koyak kat lutut. Macamana boleh koyak pun saya tak tahu. Sudah cuba jahit, terkoyak lagi.  Dalam fikiran saya, dah budget untuk tahun depan, 2013 kena tambah lagi 2 helai seluar panjang, Sehelai dalam RM 30 (itupun bukan jenama mahal). Kalau 2 helai dalam RM 60 juga. Tapi dengan sedikit kretiviti untuk menampal seluar cuma bahagian yang terkoyak ajer, akhirnya saya jimat hampir RM 60. Tengoklah gambar diatas. Tahun depan tak jadi beli seluar kerana selepas ditampal seluar sekolah masih boleh diguna lagi. Jadi saya nasihatkan kepada ibubapa yang mempunyai anak2 lasak yang seluar sekolah selalu koyak dilutut, buatlah tampalan macam saya, jimat....... :)

Wednesday, August 15, 2012

SelamaT HarI RayA

Di kesempatan hari yang mulia ini, kepada kawan2 dan semua yang pernah berurusan dengan saya, saya ingin mengucap Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin jika ada tersilap kata, perbuatan atau terkurang/terlebih semua perkara semasa berurusan dengan saya dalam urusniaga cheese powder dan cookies. Selamat bergembira di Hari Lebaran nanti.