Sunday, April 6, 2014

Terima kasih

Hari ni buka blog ada yang beritahu yang dia selalu ikuti blog saya.  Ohh... saya rasa bersalah pulak sebab lama tak update blog ini.  Terima kasih banyak-banyak kepada yang memberi maklumbalas dalam ruangan komen tu.  In shaa Allah saya akan cuba selalu update perkembangan dalam bolg ini.  Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang selalu ikuti perkembangan blog ini, ingin saya maklumkan bahawa saya sekarang juga sedang mengambil kursus professional clay untuk mengajar kanak-kanak dan orang dewasa. Tempahan juga dibuka kepada sesiapa yang berminat jika ada kelapangan.  Boleh tengok dalam blog http://zuraothman.blogspot.com untuk melihat hasil yang telah saya pelajari dalam kelas soft ckay.

kelas deko kukis


Ini pula adalah hasil tangan dari pelanggan yang hadir kelas mendeko kukis bulan lepas.  Sekarang hari minggu pun jadual saya begitu padat kena pergi kerja luar kawasan. Itu yang tak sempat untuk membuat kelas.  Walaubagaimanapun, minggu depan, ada sorang yang request untuk hadir kelas, Ahad 20/4/2014. Kalau ada sesiapa nak join juga boleh maklumkan kepada saya.

cookies huruf A hingga Z


Ini juga tempahan dari pelanggan. Beliau tempah 2 bekas. Satu bekas ada huruf A-Z. RM 30 satu bekas. Terima kasih kepada yang tempah. Saya pun dah lupa juga namanya :(.

Cookies hehehe...


Dah lama saya tak update blog ini kerana tak sempat.  Bila buka blog, ohhh...baru terperasan, last update bulan Januari lepas. Sekarang dah bulan April. Ini adalah tempahan dari pelanggan saya untuk hari pertunangan kawannya. Saya nak tulis pun malu nama cookies ini...hahaha....