Friday, July 30, 2010

Kelas Deko Ogos 2010

Saya buka kelas deko pada 15hb Ogos 2010 (Ahad) dari pukul 11 pg - 1 tgh. Bayaran sebanyak RM 100. Semua bahan disediakan cuma bawa bekas untuk bawa balik cookies yang dideko. Maksima satu kelas hanya 6 orang. Daftar segera untuk membuat biskut raya menarik untuk raya tahun ini.

Sunday, July 18, 2010

Tempahan spell my name cookies dari Nurul



Ini tempahan dari Nurul. Beliau menempah cupcakes dan cookies huruf untuk dijadikan gift. Saya baru siapkan separuh cookies huruf. Beliau mahu ambik sabtu ini (24/7/10). Temanya merah dan riben putih. Anak bongsu saya, Ain (4thn) puji cookies yang saya buat untuk Nurul. Katanya "wow, cantiknya cookies ibu buat". Sebenarnya saya pun setuju juga dengan pendapat Ain, cookies ini memang cantik. Cupcakes Nurul nak ambik 30hb. Nanti saya upload gambar cupcakes Nurul pulak.

Tempahan spell my name cookies dari Azah, Kedah



Ini tempahan huruf dari Azah, Kedah. Tempahannya saya dah siapkan awal dan mungkin dalam minggu ini akan dipos.

Tempahan edible photo cookies dari Kelantan



Dibalut dengan bubble wrap sebelum dipos



Ini pula tempahan Edible photo dari Kelantan. Comel anaknya. Cookies ini perlu dipos ke Kelantan. Saya sertakan gambar bagaimana cookies itu dibalut dengan bubble wrap dan dimasukkan dalam kotak supaya tak pecah sebelum dipos.

Cakes untuk Ain



Ini kek untuk Ain, anak bongsuku. Sebenarnya kek ini lebihan dari cupcakes yang saya buatkan untuk Dr. Sue. Kek sebenar segiempat besar. Tapi Ain nak saya deko macam saya buat untuk Dr. Sue. Jadi saya pun potonglah empat segi kecil dan mula deko ikut citarasa dia. Ini ada 5 jenis kartun yang diminta oleh Ain. Selepas deko, Ain terus agihkan kepada anak jiran sebelah. Dengan bangganya dia beritahu yang saya buatkan special untuk nya. Dalam hati saya rasa juga bangganya sebab anak gembira dan hargai apa yang saya buat.

Cupcakes tempahan lagi dari Dr Sue



Ini tempahan cupcakes dari Dr Sue lagi. Saya pun dah lupa tempahan yang ke 5 atau ke 6. Beliau selalu tempahan untuk saja2 makan. Dr Sue minta saya buatkan gambar kartun kali ni. Sebenarnya pening juga nak cari idea dan bila dah mula mendeko baru dapat idea. Inilah hasilnya.

Wednesday, July 7, 2010

TEMPAHAN COOKIES RAYA 2010



Untuk raya tahun ini 2010, saya buka tempahan untuk corak huruf seperti diatas ajer. Sila buat tempahan sebelum 10 Ogos 2010.

Harga : RM 33 (satu bekas) atau RM 28 (Min 5 bekas)
Untuk pos laju RM 6 (satu bekas).
Bilangan hurus: 75 -80 huruf dalam satu bekas (special untuk raya ajer).

Untuk tempahan boleh email (zuraothman@yahoo.com.my) atau sms 019-2830701. Jom tempah biskut raya yang berwarna-warni untuk raya tahun ini.

Tempahan spell my name cookies dari Serawak



Ini pula tempahan dari Hafizah, Serawak. Dah di pos. Tema oren dan kuning (alternate). InsyaAllah harap sampai dengan selamat.

Tempahan spell my name cookies dari Lina, Bukit Jalil



Ini tempahan dari Lina, Bukit jalil. Janji tghari ni nak hantar. Sebenarnya, saya dah letak dalam paper bag dan tunggu untuk hantar ajer tapi entah macamana my husband pindahkan cookies tu dan tak tahu macamana bila saya check ada huruf N yang pecah pulak. Ooo.... nampaknya terpaksalah saya ganti dengan wang. Saya cuma frust sikit sebab takut Lina kecewa sebab ada yang patah.

Kelas Deko Cookies 3 Julai 2010



Pada 3 Julai lepas, 2 pelajar telah berjaya menghadiri kelas deko saya iaitu Syana dari BTHO, Cheras dan Azimah dari Negeri Sembilan. Yang specialnya kali ini, kedua2 nya pragnant. Dan satu lagi kelebihan pelajar ini, Azimah pandai jahit langsir dan Syana pandai jahit tudung. Saya nak ucapkan semoga berjaya buat biskut pulak untuk kedua2nya.