Wednesday, July 27, 2011

Keras tangan bulan julai 2011




Tengoklah hasil keras tangan ku. Dalam 2 minggu ini, tempahan cookies tak banyak. Apa lagi, saya buat macam2. Inilah hasil flower crochet ku. Anak saya Ain pegi tadika siap pilih lagi nak bunga kaler apa untuk dipakai ke sekolah. Saya siap beli klip, getah rambut untuk letak kat bunga tu. Dan tengoklah bakul surat khabar. Hari ini baru siap yang besar tu. jenuh juga menggulung kertas. Cuma sekarang nak buat penutup dan barulah saya kena minta tolong husband catkan. Rasanya tak sabar nak tunggu bakul saya siap sepenuhnya.

Tempahan cartoon cookies



Ini pula tempahan cartoon cookies dari Nik. Sebenarnya saya tak kenal pun kartun ni tapi bila husband tengok dia terus sebut nama cartoon ini. Katanya filem star wars. Entahlah....sebab tak minat cerita macam tu jadi tak tengoklah.

Tempahan spell my name dari Hasnida


Ini tempahan dari Hasnida dari Damansara untuk akikah anaknya. Cookies colourful with pink and white ribbon. Tahniah untuk baby baru buat Hasnida.

Sunday, July 24, 2011

marble cheese cake



Minggu lepas saya dan kawan2 buat projek membuat cheese cake dan crochet. saya dah buat blueberry cheese cake dan marble cheese cake. Tapi saya dan husband suka lagi makan marble cheese cake ni. Tak adalah rasa muak sebab cream cheese dicampur dengan coklat kek. Bestnya.....sedap.... semalam pun saya buatkan sebiji lagi untuk makan2. Kepada sesiapa yang nak mencuba saya sertakan resepi juga. Resepi ni pun saya ambik dari internet. Harap tuan punya resepi halalkan saya ambik resepinya. Walaubagaimanapun saya ada juga ubah sikit2 seperti gula dan telur. Cuba yer...

Marble Cheese Cake


Bahan A

180 gm mentega

20 gm serbuk koko

1 sudu teh baking powder

120 gm tepung naik sendiri (diayak bersama serbuk koko dan baking powder) *saya guna tepung biasa ajer

170 gm gula kastor * saya kurangkan gula

3 biji telor * saya guna 2 biji telur gred A+

Cara Membuat:-

Griskan loyang 8 cm dengan butter dan alas dengan baking sheet. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telor sebiji demi sebiji, pukul sebati lagi. Masukkan campuran tepung, baking powder dan serbuk koko. Gaul rata dengan spatula dan bahagi kepada dua bahagian.

Bahan B:-

250 gm cream cheese

60 gm gula kastor

1 biji telor

1 sudu teh esen vanila

*1/4 cawan fresh milk (ini saya tambah)

Cara Membuat:-

Pukul cream cheese hingga kembang. Campurkan gula, telor, esen vanila dan fresh milk. Pukul lagi sampai kembang dan sebati.

Cara Menyediakan Kek:

Tuang satu bahagian A ke dalam loyang. Ratakan. Kemudian tuang pula adunan B di atasnya dan ratakan. Tuang pula sebahagian lagi bahan A dan ratakan. Bakar pada suhu 165 deg. celcius selama 50 - 60 minit (adjust ikut oven masing-masing). Biarkan sejuk dahulu baru dipotong. *Biasanya saya masukkan dalam peti sejuk dulu barulah sedap dimakan

Tempahan cookies dari Kak Lin



Bulan Julai ini banyak juga tempahan tapi yang sempat ambik gambar tempahan dari kak Lin tema coklat putih. Ini huruf besar. Saya juga dah siapkan huruf TQ dari Khirulnisa Puchong.

Thursday, July 7, 2011

kelas deko

Memandangkan ramai yang tanya pasal kelas deco cookies, saya akan mengadakan kelas pada 23hb Julai 2011 jam 3 - 6 ptg dan Sabtu 6hb ogos 2011 jam 10 pagi - 12 tghari. Anda boleh pilih mana-mana diantara 2 hari ini. Bayaran sebanyak RM 120.00. Anda akan diajar cara membuat royal ising, cara mencampurkan mewarna, mendeko dan sehingga cara membungkus. Resepi cookies dan royal ising akan di beri. Tidak perlu bawa apa2. Semua disediakan. Untuk daftar sila beri nama dan membuat 50% bayaran untuk confirm.