Showing posts with label cakes. Show all posts
Showing posts with label cakes. Show all posts

Thursday, November 6, 2014

Monday, June 3, 2013

Snow Cake

RM 65 (size 10 inci)
Khamis ini (6/6/13) nak kena siapkan 3 biji Snow cake daripada kawan office. Tak sangka pulak snow cake ini mendapat permintaan ramai. Sedappp.... dibalut dengan cream cheese dan di taburi dengan cheddar cheese. Sesiapa yang suka makan cheese memang suka kek ini.  Span keknya gebu. rahsia sebenarnya kek ini gebu, lembut sebab saya guna mixer industri dan teknik membuatnya mesti betul. Kalau resepi ada, teknik tak betul, kek tak akan jadi sedap juga. Itulah sedikit pengalaman saya dapat sejak 2 menjak ini. Kek ini sebenarnya adalah slice cake. Sesiapa yang nak order saya boleh potong siap2 kepada 25 keping. Sesuai untuk buat birthday anak. Yang pasti siapa yang dah rasa mesti nak order lagi :).

Bulan ini tempahan cookies tak banyak. Baru siapkan Shikin punya. Tapi tempahan snow cake inilah pulak banyak. At least adalah juga sesuatu yang boleh buat.

Wednesday, August 15, 2012

Marble Cheese Cake dan Cheese tart

Marble Cheese Cake Moist

Marble cheese Cake Gebu

Cheese Tart
Alhamdulillah, semalam dapat juga siapkan 2 jenis mable Cheese Cake dan Cheese tart untuk bawa balik kampung hari ini.  Bapa mertua saya memang suka saya punya marble cheese cake.  Kali ini saya buat 2 jenis iaitu yang moist dan yang gebu. Kedua-dua jenis kek ini, hendaklah disimpan dalam peti sejuk baru kek rasa betul2 moist. Lagipun kek itu berasaskan cheese memang kena simpan dalam peti sejuk baru tahan lama. Semalam juga saya dah siapkan cheese tart sebanyak 2 tray. Anak saya Arfa yang letak blueberry dan cheese cream, itu yang nampak comot2. Saya pukul 3 pagi baru tidur selepas semua siap.  Hee...hee... sebenarnya selepas sembahyang maghrib terus tidur dulu dan dalam pukul 11 baru start buat.  Sebenarnya nak kata tidur betul2 tak adalah sebab anak2 asyik kejut tanya pukul berapa nak buat kek. Mereka tak sabar sebenarnya nak makan cheese tart. Adib sebelum tidur pukul 3 pagi sempat lagi makan cheese tart... tak sabar2 dia nak merasa makanan favourite dia tu.

Monday, October 17, 2011

Kelas Figurine









Akhirnya berjaya juga saya membuat patung orang.  Jumaat lepas saya pergi kelas figurine Kak Min untuk tahu teknik membentuk orang. Sebelum ini saya buat guna fondant ready made tapi sekarang dah tahu buat sendiri.  Tapi kalau sikit2 order rasanya saya beli ajer fondant tu. Saya pergi kelas sebab nak tahu teknik.  Sekarang dah boleh buat kelas.  InsyaAllah saya akan buka kelas kek fondant di Kelantan bulan Disember ini jika ada permintaan.