Wednesday, June 27, 2012

Tempahan huruf dan Tips untuk Jahit tudung


Cerita cookies
Dah lama juga saya tak buat cookies sebab tempahan dah semakin berkurang.  Bila ada yang nak tempah, saya pulak yang tak boleh.  Ini tempahan untuk huruf 25 dari dot..dot...saya sebenarnya dah lupa nama dua :) .  Dia tinggal di area PJ. Semalam saya kebetulan ada meeting pulak di PJ, jadi kami jumpa kat Amcorp.

Cerita Cheese Powder
Semalam meeting habis lambat, pukul 6:45 baru ambik Ain kat taska dari PJ, apa lagi makan luar.  Janji dengan adik untuk hantar Cheese powder 15 bungkus, tempahan dari kawan office dia dan alang-alang saya lebihkan lagi 5 paket supaya senang kalau kawannya nak tak perlu saya pergi hantar lagi.  Menurut adik saya, ada kawan dia gaulkan cheese powder dalam nasi goreng dan katanya rasa memang sedap.  Saya pun belum cuba lagi. 

Cerita Tudung
Ini pulak nak cerita pasal saya ajar kawan jahit tudung dan yang bestnya kawan saya itu siap buat kelas jahit tudung dan menjual kits tudung lagi.  Memang otak berniaga.  Bilalah agaknya saya dapat beli mesin jahit tepi.  Itu yang terbengkalai projek jahit tudung sebab tak ada mesin jahit tepi. Sebenarnya kalau nak jahit tudung, peralatan mesti lengkap.  Jadi saya nasihat kepada sesiapa yang nak belajar jahit tudung, yang penting mesti ada mesin jahit biasa, mesin jahit tepi dan jarum emas.  Dah ada semua baru boleh cari kain.  Dah ada semua baru boleh jahit tudung.  Kalau setakat belajar jahit tudung atau teringin jahit tudung tapi kelengkapan tak lengkap, fikirlah 2x.  Kalau nak jahit tudung mesin jahit tepi mesti ada sebabnya...... nanti saya buat tutorial jahit tudung, anda mesti akan tahu sebabnya. Walaubagaimanapun, kalau tak ada mesin jahit tepi, masih boleh jahit tudung iaitu dengan menghantar jahit tepi kat kedai tapi biasalah, tak akan siap dan tu jugak.  Itu yang menjatuhkan semangat menjahit tudung.

Cerita Kerja
Dalam 2 minggu ini datang kerja amat membosankan.  Apa tidaknya, hari2 datang kerja kena hadir meeting. Tak sempat nak buat kerja teknikal. Esok pulak, Jumaat kena outsation ke Terengganu.  Itupun selepas berbincang, barulah saya dibenarkan balik awal sikit, Ahad dah balik KL.  Kalut jugalah sebab semalam baru minta admin urus tiket flight dari Tgg ke KLIA.  Alhamdulillah pagi ini dah settle.  Kita sebagai wanita ni banyak benda kena fikir.  Sabtu ni kena ambik buku rekod anak pulak. Nasib baik husband turun KL untuk urus semua.

Cerita Air
Dahlah seminggu kawasan Balakong tak ada air.  Selepas 3 hari baru air tangki rumah saya habis.  Nasib baik ada adik tinggal kat area Cheras.  So, balik kerja bawa baldi terus bawa anak2 mandi dan ambik air di rumah adik.  Alhamdulillah hari ini dah ada air walau sedikit ajer yang keluar. Kalau tidak, 2 hari saya mandi kat office.  Pagi2 datang kerja pergi mandi sebab tak ada air. Petang pulak, ambik Ain kat taska dan patah balik office semula untuk latihan volley ball dan terus mandi kat office ajer kalau dah lambat.  Minta2 office halalkan saya guna air :(.

Wednesday, June 6, 2012

Siapa lagi buat fancy cookies?

Sesiapa ada buat fancy cookies juga bolehlah email blog anda kepada saya.  Tahu tak kenapa keluar topik ini? Sebenarnya minggu lepas ada seseorang itu nak order fancy cookies tapi saya tak boleh buat sebab masih bercuti dan beliau tanya sesiapa lagi yang saya tahu boleh buat fancy cookies.  Saya pun tak tahu.  Jadi kepada bekas pelajar saya atau sesiapa yang ada blog dan ada buat fancy cookies juga, sila email.  Nanti saya boleh link dalam saya punya blog.  Jadi, next time kalau saya tak boleh ambik order, mereka boleh order dengan anda pulak.

Monday, June 4, 2012

Welcome to Balakong ....

Minggu ini dah masuk kerja selepas seminggu bercuti. Balik kampung cuti sekolah ini memang penat. Selama seminggu bercuti, tiap-tiap hari saya ikut abah ke kenduri kahwin mewakili mak kerana mak sakit.  Yang bestnya, kenduri kahwin sekarang, makanan sampingan memang banyak seperti kerepek2 dan kuih-muih. Kalau tak mahu makan berat seperti nasi, boleh makan kuih-muih seperti bubur ajer. Sabtu lepas saya drive balik ke rumah, dalam 7 jam dah sampai termasuk berhenti makan dari KB ke KL.  Suami saya bising juga. Dia kata mesti saya bawa kereta laju. Haa..haa.... sebenarnya kereta tak banyak. Lori pun tak banyak, itu yang boleh laju sikit.  Sebenarnya, rasa penat kat badan tak habis lagi.

Tapi yang bestnya minggu lepas, dalam seminggu cheese powder saya dah habis 4kg terjual. Rasanya minggu ini kena ambik stok lagi sebab cuma tinggal lagi 2kg dalam simpanan. Tempahan cookies pun cuma sorang ajer dalam bulan ini dan hari minggu memang banyak lepak. Ahad lepas dah pegi berjalan rumah makcik. Minggu ini tak tahu nak buat apa pulak. :(