Wednesday, May 29, 2013

TQ lagi...

Ini pula tempahan daripada Norikhwati huruf TQ sebanyak 210 bungkus. Tema pink dan purple serta riben silver + purple. Bulan Mei ini ramai pulak yang tempah huruf TQ.

Cookies huruf


Tempahan ini untuk di poskan ke Kelantan. Saya pun dah lupa nama yang tempah kukis ini. Sebenarnya beliau tempah warna purplepink dan orange. Saya cubalah campur warna supaya menjadi warna purplepink tapi tak jadi jugak. Akhirnya saya minta tukarkan warna. Beliau tukar warna kuning kuning dan purple pekat.

Kombinasi warna ini memang cantik. Anak perempuan saya pun puji cookies ini. Katanya cookies yang ini warnanya cantik sangat.

Tuesday, May 14, 2013

Tempahan huruf daripada Lin




Ini tempahan daripada Lin untuk birthday anaknya TYSA. Kemudian beliau tambah lagi beberapa huruf untuk semua anak2 saudaranya. Sebenarnya janji dengan Lin hari Sabtu pukul 6:30 petang di Petronas dekat Mines Balakong. Tapi entah macamana Lin dan husbandnya tersesat. Rupa-rupanya Lin tak beritahu yang dia tak tahu kat mana Petronas sebelah Mines Shopping Center tu. Akhir jam 7 lebih, dah maghrib baru jumpa. So, moral of the story, don't over confident. Ask question, the exact location if u are not familiar with the area. At least, i can give the direction or landmark or what ever to assist u.

Tempahan daripada Kak Lin Gombak

 Ini pulak tempahan daripada Kak Lin, huruf TQ saiz besar 4 cm. Beliau nak ambik hujung bulan ini tapi saya siapkan cepat sebab minggu depan seminggu saya nak kena outstation (20hb -23hb Mei). Walaubagaimanapun saya masih mengambil tempahan tetapi dengan syarat tempahan hanya untuk ambik selepas 26hb Mei.

Tempahan huruf + bentuk hati daripada Noris



 Ini sebenarnya adalah tempahan daripada Noris. Tema oren putih. Beliau tempah 50 bungkus R + love + N dan 50 bungkus N + love + R. Saya perasan bulan April dan Mei, ramai yang tempah tema oren atau mix with oren.


Tempahan huruf TQ


Bulan ini ramai pulak tempahan huruf TQ. Ini tempahan daripada Noriwati. Beliau tempah huruf TQ sebanyak 210 bungkus. Tema purple putih dan silver. Disebabkan tak ada pewarna silver jadi saya ikat dengan riben silver dan purple. Dah siap 2 beg dengan cookies yang akan diambik hujung minggu ini.

Cara jahit awning keras

 1. Mula-mula, gunting kain ikut bentuk D.

 2. Gosok awning bahagian depan.

 3. Letakkan pelekat keras. Bahagian bergam di bawah. Pastikan pengeras berada di tengah2. Sebab itulah kita kena gosok  untuk kita pastikan pengeras terletak betul2 di bahagian tengah.

 4. Gosok sekali lagi pelekat keras itu supaya bahagian bergam melekat di kain.

 5. Jahit bahagian atas pelekat.

 6. Jahit bahagian kiri pelekat.  Ada 2 jahitan kiri dan kanan.

 7. Tutup dengan kain bahagian pelekat tadi dan gosok sekali lagi supaya bahagian depan betul2 tajam.

8. Akhirnya jahit jelujur dengan jarum bahagian melengkung tu. Pastikan kain tidak gelembung.  Selepas itu barulah dicantum kain dengan bahagian badan. Sepatutnya jahit tepi bersama dengan kain bahagian badan. Tapi disini saya sudah jahit tepi siap2 kerana saya tolong buat awning untuk kawan. Beliau nak cantum sendiri dengan kain bahagian badan. Sudah siap......, anybody can try. So easy :)

Tempahan untuk hari Guru esok 16 Mei 2013




Ini adalah tempahan daripada Syida kawan office untuk tempahan hari guru yang disambut esok di seluruh Malaysia. Semalam siapkan cookies ini. Ada cerita disebalik pembikinan cookies ini. Dah siap bakar, rupa2nya ejaan nama ustazah tertinggal huruf H. Jadi saya ulilah semula separuh adunan. Ejaan nama Ustazah ada 4 bungkus, entah macamana tersilap kira, saya buat 3 huruf H. Dah siap bakar baru perasan tak cukup satu lagi huruf H. Tak tahulah kenapa jadi macam ni. At last, saya ambik cookies lain huruf T (kebetulan terbuat banyak huruf ini). Saya patahkan dan sambung menjadi huruf H. Walaupun jadi huruf H besar saiz, tak comel macam bentuk H betul tapi tak apalah, asalkan nampak juga bentuk H tu.  Akhirnya, pagi tadi dah serah pun kat tuan empunya. Terima kasih syida sebab menerima satu H yang tak comel tu. Saya memang jaga kualiti, kalau tak cantik, saya sendiri rasa tak puas hati sebab tak ikut standard saya sendiri. Saya suka ccokies tu nampak kemas dan cantik mata memandang :).

Resepi Layer Cheese Cake


Memandangkan ramai kawan yang minta resepi. Saya masukkan dalam blog supaya senang korang nak tengok. Tak perlu nak tulis2 atau salin guna manual. Kat dapur masa nak buat, bukak ajer ipad/note II/labtop or what ever. Resepi ini pun saya ambik dari blog kongsi resepi.

Bahan A : Lapisan coklat

  1. 170g tepung serbaguna (diayak)
  2. 170g mentega (suhu bilik)
  3. 3 biji telur
  4. 220g gula kastor
  5. 45g serbuk koko dibancuh dengan 150ml air suam 
  6. 1 sudu kecil esen vanila
Bahan B: Lapisan Keju
  1.  600gm krim keju (pada suhu bilik)
  2. 2 biji telur
  3. 120g gula kastor
  4. 1 sudu kecil jus lemon/esen vanila
  5. 4 sudu makan tepung gandum
Cara: Lapisan coklat
  1. Putar mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim dengan kelajuan maksima.
  2. Masukkan telur satu persatu dan diputar dengan kelajuan sederhana.
  3. Masukkan esen vanila, bancuhan koko dan putar hingga rata.
  4. Akhir masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan spatula. Selepas itu baru diputar selama 20 saat saja. Ketepikan
 Cara: Lapisan Keju
  1. Putar krim hingga hancur dan masukkan gula sedikit demi sedikit.
  2. Masukkan telur dan esin vanila. Putar sekejap dan
  3. Akhirnya masukkan tepung gandum.
Cara Masak: Kukus
  1. Pastikan air kukusan panas dgn api perlahan. Sediakan loyang yang disapu dengan mentega.
  2. Adunan coklat dibahagi 3 dan adunan keju dibahagi 2.
  3. Mula2 tuang lapisan coklat pertama dan kukus selama 20 minit. Penutup loyang di balut dengan tuala bersih.
  4. Kemudian tuang lapisan keju keatas lapisan coklat tadi dan kukus selama 20 minit lagi. 
  5. Ulangi lagi sehingga habis semua adunan. Ada 3 lapisan coklat dan 2 lapisan keju dan setiap lapisan dikukus selama 20 minit.
  6. Akhirnya apabila semua selesai. Tambah lagi masa selama 10 -15 minit kukus.
  7. Setelah masak tutup api dan biarkan sejuk. Keluarkan dari loyang setelah kek sejuk.
Jom Marilah Mencuba!!! Kepada kawan2 yang dah buat jangan lupa bagi saya pulak rasa.