Showing posts with label spell my name. Show all posts
Showing posts with label spell my name. Show all posts
Tuesday, June 2, 2015
Tempahan huruf TAS
Ini pulak tempahan huruf TAS sebanyak 200 bungkus. Terima kasih atas tempahan. Alhamdulillah siap jugak walaupun masa yang suntuk.
Sunday, November 30, 2014
cookies huruf sebekas RM 30
Ini untuk anak kawan. Dah lama dia tempah tapi baru ada kesempatan untuk buat. Setiap cuti sekolah memang akan di tempah untuk anaknya dari umur 5 tahun lagi dan sehinggalah sekarang anaknya sudah 8 tahun. Tq Ira :).
Tema ladybird
Ini tempahan dari Kuantan. Hari ini perlu di pos. Tempahan huruf AISY SYIFA IS 1 dan bentuk ladybird.
Thursday, November 6, 2014
Tuesday, May 13, 2014
Tempahan TQ
Ini tempahan huruf TQ sebanyak 250 bungkus dari Perak. Tema kuning hijau untuk akikah anaknya. Minggu ini nak siapkan satu lg tempahan huruf juga.
Friday, May 2, 2014
Cookies huruf RZ
Ini pulak tempahan anak saudara Nana. Beliau tempah untuk anaknya Rania Zara. Bentuk huruf RZ sebanyak 150 bungkus. Tema pink + putih. Petang ini baru janji jumpa untuk bagi cookies ini. Harap dia suka.
Esok nak kena siapkan huruf TQ sebanyak 250 bungkus. Tempahan dari Perak. Isnin depan janji untuk pos.
Terima kasih kepada yang tempah cookies dari saya. Yang repeat order pun, saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana suka dengan cookies yang saya buat. Harap-harap anda semua puas hati.
Wednesday, April 16, 2014
Sunday, April 6, 2014
cookies huruf A hingga Z
Ini juga tempahan dari pelanggan. Beliau tempah 2 bekas. Satu bekas ada huruf A-Z. RM 30 satu bekas. Terima kasih kepada yang tempah. Saya pun dah lupa juga namanya :(.
Tuesday, January 21, 2014
Tempahan cookies nama PIYA
Pelanggan yang tempah cookies yang ini pun saya lupa nak tanya nama. Beliau tempah nama PIYA sebanyak 40 bungkus. Masa buat cookies ni, datang mood untuk buat warna soft jer semua. Maka siaplah cookies warna pastel dan lagipun pelangan ini tak request pun apa2 warna. Jadi ikut suka hati sayalah nak deko camne :).
Tempahan nama AQEEL
Hari ini, saya ambik sikit masa untuk meng update cookies tempahan pelanggan. Tempahan yang ini saya pun dah lupa siapa yang tempah. Sekarang semua guna whatsapp, jadi apa-apa cuma check kat whatsapp ajer. hihihi....
Sunday, January 5, 2014
Tahun Baru Azam Baru...2014
Sudah lama tak upload gambar2 tempahan cookies. Hujung tahun memang amat sibuk. Ini cookies dari Kak Lin yang ditempah bulan lepas. Huruf TQ saiz besar sebanyak 250 bungkus.
Alhamdulillah, tahun baru, azam pun baru. Tapi azam tahun lepas tak terlaksana lagi. carry forward tahun ni.. hahaha... Anak2 pun dah mula sekolah. Alhamdulillah anak sulung dah mula pengajian di sekolah pondok Lubok Tapah, yang ke 2 dah masuk sekolah menengah dan tinggal dengan mak di kampung. Sekurang-kurangnya boleh tolong temankan mak. Tinggal 2 orang sekolah rendah lagi tinggal bersama. Di harap perjalanan hidup untuk tahun ini berjalan dengan lancar. Tahun lepas penuh dengan kisah suka & duka. Pemergian kaum keluarga dan sebagainya. Azamku tahun ni masih sama seperti tahun lepas sebab masih tak terlaksana.In shaa Allah, semoga Allah permudahkan hidupku untuk tahun ini. Beri kesihatan yang baik dan sabar untuk menjaga anak2 dengan kerenahnya yang macam2.
Tuesday, July 2, 2013
Tempahan dari Yaati
Ini tempahan daripada kawan office dari sebelum ke Penang lagi. Mohon banyak-banyak maaf sebab lambat. Alhamdulillah dah siap. InshaaAllah esok dah boleh beri pada Yaati.
Tempahan daripada Nurul, Ampang
Ini tempahan daripada Nurul Ampang sebanyak 50 bungkus nama ZARA. Alhamdulillah dah selamat pos pagi tadi.
Saya pun dah lama tak ambik tempahan cookies sebab sibuk out station/kerja. Minggu lepas seminggu ke Penang. Hari terakhir tu sempat jalan ke Komtar naik feri. Saya bawa kawan ke Pulau sebab beliau tak pernah ke Penang. Malas nak drive guna Jambatan, jadi saya naik feri ajer. Teringat masa belajar dulu.
Balik dari Pulau, malam tu sempat lagi singgah makan mee udang Sg Dua. Seronok juga sambil kerja sambil jalan. Sempat juga beli jeruk pak Ali untuk bawa balik kat kawan2 ofice. Kat Penang rupanya jeruk Pak Ali memang glamour. Yelah... produk halal dan tiada bahan pengawet. Kalau pegi Penang merata2 jeruk Pak Ali. Best...
Setelah seminggu tak buka email (tak sempat), ada juga yang email tanya kelas deko cookies. InshaaAllah, kelas dah di buka semula tetapi cuma hari Ahad sahaja. Sesiapa yang berminat untuk hadir boleh email/sms sahaja saya sekurang2nya 2 hari sebelum kelas untuk saya sediakan bahan.
Monday, June 17, 2013
cookies huruf
Ini tempahan daripada Maz untuk kali ke 2, Beliau tempah untuk huruf TQ sebanyak 300 bungkus tapi nak bungkus sendiri. Jadi saya pos dalam balang dan bagi juga plastik yang saya dah buat dan riben merah. Alhamdulillah telah sampai dengan selamat.
Wednesday, May 29, 2013
TQ lagi...
Ini pula tempahan daripada Norikhwati huruf TQ sebanyak 210 bungkus. Tema pink dan purple serta riben silver + purple. Bulan Mei ini ramai pulak yang tempah huruf TQ.
Cookies huruf
Tempahan ini untuk di poskan ke Kelantan. Saya pun dah lupa nama yang tempah kukis ini. Sebenarnya beliau tempah warna purplepink dan orange. Saya cubalah campur warna supaya menjadi warna purplepink tapi tak jadi jugak. Akhirnya saya minta tukarkan warna. Beliau tukar warna kuning kuning dan purple pekat.
Kombinasi warna ini memang cantik. Anak perempuan saya pun puji cookies ini. Katanya cookies yang ini warnanya cantik sangat.
Tuesday, May 14, 2013
Tempahan huruf daripada Lin
Ini tempahan daripada Lin untuk birthday anaknya TYSA. Kemudian beliau tambah lagi beberapa huruf untuk semua anak2 saudaranya. Sebenarnya janji dengan Lin hari Sabtu pukul 6:30 petang di Petronas dekat Mines Balakong. Tapi entah macamana Lin dan husbandnya tersesat. Rupa-rupanya Lin tak beritahu yang dia tak tahu kat mana Petronas sebelah Mines Shopping Center tu. Akhir jam 7 lebih, dah maghrib baru jumpa. So, moral of the story, don't over confident. Ask question, the exact location if u are not familiar with the area. At least, i can give the direction or landmark or what ever to assist u.
Tempahan daripada Kak Lin Gombak
Ini pulak tempahan daripada Kak Lin, huruf TQ saiz besar 4 cm. Beliau nak ambik hujung bulan ini tapi saya siapkan cepat sebab minggu depan seminggu saya nak kena outstation (20hb -23hb Mei). Walaubagaimanapun saya masih mengambil tempahan tetapi dengan syarat tempahan hanya untuk ambik selepas 26hb Mei.
Tempahan huruf + bentuk hati daripada Noris
Ini sebenarnya adalah tempahan daripada Noris. Tema oren putih. Beliau tempah 50 bungkus R + love + N dan 50 bungkus N + love + R. Saya perasan bulan April dan Mei, ramai yang tempah tema oren atau mix with oren.
Tempahan huruf TQ
Bulan ini ramai pulak tempahan huruf TQ. Ini tempahan daripada Noriwati. Beliau tempah huruf TQ sebanyak 210 bungkus. Tema purple putih dan silver. Disebabkan tak ada pewarna silver jadi saya ikat dengan riben silver dan purple. Dah siap 2 beg dengan cookies yang akan diambik hujung minggu ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)





















