Friday, March 30, 2012

Kelas deko - 31 MArch 2012

Royal Icing

Fondant
 Alhamdulillah, saya baru ajer habis mengajar kelas deko royal icing dan fondant. Kali ini yang datang deko adalah kak Zaharah dari Sg Ramal, Bangi. Kelas dari 10:30 a.m dan beliau balik pukul 2 sebab husbandnya dah datang ambik.  Baru sempat 4 bentuk ajer untuk deko fondant.  Selebihnya saya beri pada Kak Zaharah balik deko kat rumah. Harap2 akak berjaya buat cookies untuk majlis perkahwinan anak akak nanti. Kak Zaharah seorang yang peramah. Best mengajar dia, rasa sekejap ajer 3 jam setengah. itu pun masih ada tak sempat deko. Ok kak Zaharah, selamat mencuba buat kat rumah yer :)

Tempahan dari Aryana





Ini tempahan dari Aryana banting. Beliau menempah theme baby shower sebanyak 100 keping. saya buatkan bentuk botol susu, stroller, baby bib dan teddy bear. Tema warna biru dan peach.

Wednesday, March 21, 2012

Kelas Bulan April

Saya akan buka kelas mendeko kukis ke rumah anda pada bulan April 2012 di kawasan Putrajaya, BTHO, Alam Damai dan Bangi. Berminat boleh email saya untuk tetapkan tarikh dan masa kelas iaitu hari Sabtu atau Ahad.

Memandangkan bulan April ini saya sedikit free, kepada sesiapa yang berminat untuk belajar dari membuat cookies sehingga mendeko juga boleh setkan tarikh dengan saya. Jangkamasa selama satu hari dan bayaran sebanyak RM250.00.  Anda akan diajar dari menguli tepung, buat acuan sendiri seperti angry bird atau elmo, cookies huruf, dll dan akhirnya membakar kukis.  Selepas itu anda akan diajar cara membuat royal ising, mewarna dan mendeko. Yang pasti anda akan gembira dengan hasil kerja anda sendiri. Satu kelas terhad 2 orang sahaja.

Tempahan Cartoon Sesame Street






Ini pula tempahan dari Intan. Beliau menempah cookies huruf IMAN dan cartoon cookies, family of sesame street, ELMO, BIG BIRD, MONSTER COOKIE and OSCAR. Esok Intan akan datang ambik. Harap beliau suka.

Hasil deko kelas di Kelantan


Inilah hasil deko dari adik Alya.  Memandangkan Jumaat malam 9hb March baru bertolak ke Kelantan, jadi esoknya Sabtu petang selepas zohor baru saya pegi ke Rumah Aida di Kubang Kerian untuk ajar deko kukis. Semoga Aida dan anak2 berjaya deko untuk birhday anak2 nanti.

Monday, March 19, 2012

Tempahan Dari Farah Putrajaya



Ini tempahan dari Farah. Beliau nak ambik 23hb March, Jumaat. Tapi hari Sabtu 17hb Farah sms dia kena outstation dan nak ambik Ahad 18hb. Nasib baik saya dah siap buat cookies cuma nak deko sahaja. Ahad tghari saya hantar cookies dan janji depan Mydin Putrajaya.

Thursday, March 8, 2012

Kelas di Kelantan March 2012

Kepada warga Kelantan, saya akan bercuti dari 10 -14hb March 2012 sempena cuti sekolah.  Saya akan buka kelas mendeko kukis pada tarikh tersebut dan untuk kawasan Kota Bharu, kelas akan dibuat di rumah anda sendiri. Pada 10hb saya akan adakan kelas di Kubang Kerian. Kepada sesiapa yang masih berminat untuk hadir kelas dari 11 - 14hb bolehlah sms saya. Kali ini saya cuma mengajar mendeko kukis menggunakan royal ising. Bayaran sebanyak RM 120.00. Semua bahan disediakan oleh saya. 

Walaubagaimanapun, saya juga akan adakan kelas pada hari Ahad 18hb March 2012 di rumah saya di Balakong, Mines. Boleh sms saya untuk temujanji.

Tempahan dari Aiza dan ira



Ini tempahan dari kawan office. Yang dalam bekas tu dari Ira. Seperti biasa, Ira akan tempah untuk anaknya setiap kali cuti sekolah. Aiza pula tempah untuk birthday anaknya IKHWAN. Happy birthday to Ikhwan.

Tempahan spell my name "CORALAN"







Ini  adalah tempahan huruf yang ditempah bulan Januari lepas. memandang saya datang penyakit M.A.L.A.S, baru hari ini upload gambar. Saya pun dah lupa siapa yang tempah.  Tapi yang saya ingat nama CORALAN itu adalah nama syarikat. Beliau tempah untuk di beri kepada semua staff.