Sunday, May 29, 2011

Tempahan cookies dari Ainee



Ini tempahan dari Ainee Jalan Klang Lama. Semalam pagi beliau datang ambik. Tema purple putih.

Minggu ini mula cuti sekolah, ada juga saya dapat 4 jemputan untuk kenduri kahwin. Semalam ajer 29/5 ada 2 jemputan tapi saya sempat pegi satu ajer. Itu pun sebab dekat Mantin N9. Selepas pegi kenduri husband pulak ajak pegi Nilai 3 dan pertengahan jalan singgah beli buah nangka. Kat Mantin buah memang murah. Nangka baru RM 2 sekilo. Saya beli sebiji dalam 11 kilo. Anak2 memang puas hati makan. Nangka fresh dan manis lagi. Sedap..... Hujung minggu ini ada satu lagi jemputan kahwin. Saya pun nak kena siapkan dua lagi tempahan cookies minggu ini.

Tempahan cookies dari Kak Robaya







Ini pula tempahan cookies dari Kak Robaya. Tema hijau pink. Nama AMIN dan JAJA di tempah untuk diletak di dalam bakul sebagai barang hantaran ke pihak lelaki. Satu kotak kek untuk dijadikan barang hantaran dan satu lagi sempena birthday anaknya.

Tempahan cookies dari Syamimi



Ini tempahan dari Syamimi di Wangsa maju. Semalam husband saya baru upload semua gambar ke dalam komputer, itu yang hari ini dapat upload gambar tempahan cookies di blog. Cookies Mimie ini di hantar hujung bulan lima lagi. Saya tiba2 kena outstation. Nasib baik husband sanggup hantar cookies tu ke Wangsa Maju, KL. Sebenarnya, saya lupa nak ambik gambar cookies ini tapi memang tak sangka husband beritahu dia dah tolong ambik untuk saya. Jadi dapatlah saya tunjukkan cookies Mimie ni. Ini tempahan dari Mimie kali ke 3. Walaubagaimanapun saya nak ucapkan Selamat Pengantin Baru untuk Mimie. Buat husbandku... tq so much.

Tuesday, May 24, 2011

Kejujuran...Amanah....

Dah lama saya tak upload cookies yang ditempah. Belum transfer lagi image dari kamera ke komputer. Tapi tak apalah....hari ini saya nak cerita topik mengenai kejujuran dan amanah. Sebenarnya sejak kebelakangan ini saya banyak juga buat cookies untuk di jual secara consignment (beri orang jual dan penjual ambik keuntungan atas peratusan yang diberi). Dalam banyak2 customer, ada sorang hamba Allah ini memang tidak jujur. Beliau ambik cookies saya untuk dijual tetapi apabila saya tanya mengenai cookies dia terus menghilangkan diri. Telefon tak diangkat, message tak dijawab. Saya memang sedikit terperanjat sebab tak sangka ada manusia yang tidak jujur. Setakat hari ini memang saya jenis percayakan orang sebab saya fikir mana ada manusia yang nak menipu. Bagi saya walaupun satu sen berhutang, saya tetap masih perlu bayar hutang tersebut kerana saya tak nak disoaljawab diakhirat nanti dan masuk neraka disebabkan hutang 1 sen tersebut. Tapi entahlah... mungkin dia sedikit leka dalam mengingati Allah.

Sebenarnya saya sendiri tak terasa terkilan pun dengan kerugian tu kerana saya percaya semuanya ada hikmah disebaliknya. Saya cuma terkilan dengan sikap manusia yang tidak jujur dalam mencari rezeki di dunia ni. Pengalaman mengajar saya erti kehidupan. Cuma pengajaran yang saya dapat, pertamanya, dalam perniagaan ini kita tidak boleh percayakan orang 100% sebab kita tidak tahu orang itu jujur dan amanah dalam menjalankan kerjanya. Yang keduanya, Mungkin juga ada yang saya terleka dalam tuntutan sebagai umat islam dan kejadian ini sebagai peringatan kepada saya. Saya perlu perbanyakkan lagi muhasabah diri. Semoga Allah permudahkan kehidupanku dunia dan akhirat. Amin.

Thursday, May 19, 2011

Inilah hasil kerjaku... cuti wesak



Beg Adib. kain warna coklat. Sesuai untuk lelaki.




Beg untuk Arfa bawa ke sekolah Kafa. Arfa balik sekolah terus beritahu aku yang kawannya puji beg dia yang cantik dan dia kata kawannya juga puji aku sebab pandai jahit beg. Memang tersenyum simpul aku dengar.



Yang ini pulak beg uncang untuk Ain letak duit.



Yang ini beg uncang untuk Arfa.



Ini beg uncang yang aku buat untuk kawan Arfa. Aku guna kain seluar jeans.




Inilah beg sandang Ain. Dia bawa kesekolah tadika. Ain balik cerita yang cikgunya kata WOW!!!. Cikgunya kagum dengan hasil kerja aku kot... :)

Wednesday, May 18, 2011

Emak masuk hospital, jahit tudung, jahit beg....sibuk...

Awal bulan ni memang betul2 sibuk. Ada juga tempahan cookies yang tak dapat saya ambik. Seminggu lebih saya cuti balik kampung jaga mak kat hospital (operation di bahu). Mak saya ada kencing manis. Entah kenapa tiba2 sakit bahu. Bawa hospital terus kena tahan. Dr. cakap bahu dah ada nanah sebab luka dalam. luar nampak biasa tapi rupa2nya kat dalam dah bernanah. Terus masuk wad dan dr kata kena buat pembedahan buang nanah. Mak saya kira beruntung juga, ada 4 orang anak perempuan dan kami berempat bergilir jaga dia kat hospital. Semua adik2 ambik cuti jaga mak. Kesian juga tengok abah jaga mak sorang. Saya kira bertuah juga dapat suami yang memahami. Dia sanggup jaga anak kat KL dan benarkan saya balik kampung jaga mak kat hospital.

Minggu ini baru lega. Ada 2 tempahan cookies saya kena siapkan. Satu hujung bulan ini dan satu lagi hujung bulan Jun. Kelas deco pun terpaksa saya tolak sebab penat. sekarang hari minggu dah sedikit sibuk. Sibuk mengemas rumah dan siapkan tempahan cookies. Dalam sibuk..... minggu lepas sempat lagi saya pegi kelas jahit tudung kat Gombak. Wow gembiranya dapat siapkan satu tudung. Tudung yang kedua.....tak tahu lagi bila nak mulakan. Kena cari kain.... cari pengeras..... tunggulah mood jahit tudung datang lagi :)

Hari Selasa lepas, cuti hari Wesak. Mood untuk buat cookies tak ada. Sabtu lepas baru hantar cookies kepada Kak Ezza. Tiba2 ternampak kain cotton yang dibeli kat kamdar dulu. Sebenarnya dah lama beli kain tu untuk buat projek kraftangan tapi tak bergerak2. Tergerak pula hati nak jahit tote beg untuk anak perempuan saya, Arfa. Bolehlah dia bawa telekung sembahyang ke sekolah kafa dengan beg baru. Siap satu.... saya jahit pulak beg sandang belakang untuk Ain.... saja2 mereka-mencipta. Gembiranya, dapat siapkan 2 beg. Anak lelaki ke tiga saya, nampak saya buatkan beg, dengki ler pulak. Minta saya buatkan pada dia juga. Mulalah saya jahit sling bag untuk lelaki pulak. Tengah semangat katakan. siap 3 beg. kain banyak lagi.... saja2 saya siapkan beg duit, beg uncang untuk Arfa dan Ain. Oh... penat...seharian ajer menjahit beg dan siap 5 beg. Arfa siap request supaya jahit satu lagi kepada kawan baik dia beg uncang. Dah penat... tapi sebab semangat menjahit tu, saya siapkan juga... last bag. Satu hari dapat siapkan 6 beg. Tengahari tak masak, saya dan keluarga makan kat kedai. Dalam peti sejuk dah tak ada lauk mentah cuma ada telur. Anak2 pun ajak makan luar. Itu yang banyak masa sebab dah tak masak. Inilah kisah saya sehari di hari cuti. Tapi yang paling gembira, anak2 saya semua bawa beg yang saya buat ke sekolah. Adib dan Arfa bawa ke sekolah kafa dan Ain bawa ke tadika. Tak sia2 saya menjahit seharian. Semua anak2 saya suka beg yang saya jahit. InsyaAllah nanti saya akan upload beg yang telah saya jahit :).