Wednesday, March 23, 2011

kelas 26hb Mac dibatalkan

Ingin dimaklumkan bahawa kelas 26hb terpaksa saya batalkan kerana saya terpaksa keluar pejabat iaitu ke Kelantan hujung minggu ini. Saya juga akan ke Perak pada 29 - 30hb ini dan segala tempahan sila melalui sms.

Monday, March 21, 2011

1st Dealer - Selayang Mall

Salam,

Kepada orang-orang kawasan Selayang yang berminat untuk membeli alphabet fancy cookies bolehlah dapatkan di booth dealer saya kat Selayang Mall, berhadapan Mc Donald.

Sunday, March 20, 2011

Kelas deko bulan Mac

Salam,

Saya buka kelas mendeko kukis pada Sabtu ini 26hb Mac 2011 dari pukul 3 - 5 petang. Kelas di adakan di rumah saya Taman Juara Jaya Balakong. Tak perlu bawa apa-apa, semua bahan disediakan, resepi akan diberi. Bayaran RM 120. Jika berminat, sila confirm dengan membuat sekurang-kurangnya 50% payment selewat-lewatnya Jumaat 25hb.

Pengumuman 21/3/11

Minta perhatian, kepada sesiapa ada menempah cookies dari saya melalui telefon, minta tolong email atau sms no telefon anda sebab tel saya baru di format dan ada no hilang. Minta tolong juga kepada Pn Jamilah dari Ampang untuk hubungi saya sebab saya nak buat temujanji hantar cookies (consignment).

Sunday, March 6, 2011

Tempahan cookies dari Fazlena




Ini pulak tempahan dari Fazlena kawan Sofia. Beliau mula2 tempah sebanyak 200 bungkus untuk nama ALISHA. Lepas tu tambah 10 bungkus dan akhirnya tambah lagi 40 bungkus dan jumlah 250 bungkus. Sabtu lepas 5hb march aku jumpa drivernya yang datang ambik kat Petronas Tesco Ampang. Seminggu juga nak siapkan cookies ini. Tema colourful tapi riben purple & pink.

kelas deko kukis bulan Februari



Ini kelas yang di hadiri oleh Ruhylda. Saya pun dah lupa bila kelas ni diadakan. Lambat sangat upload gambar hingga lupa tarikhnya. Apa-apa pun saya nak ucapkan selamat berjaya untuk Ruhylda.

Tempahan cookies dari Azura



Ini tempahan dari Azura untuk kali kedua juga. Yang lucunya, Azura ni pernah datang kursus deko dengan saya tapi akhirnya beliau tempah juga dengan saya. Katanya tak ada masa nak buat sendiri :).

Tempahan cookies dari Syamimi, Wangsa Maju KL



Ini tempahan dari Syamimi untuk kali ke2. Sebenarnya dia tolong tempah untuk bosnya. Bosnya nak buat jamuan hari jadi untuk anak perempuannya LUBNA. Tema warna pink dot putih.

Tempahan cookies dari Sofia



Dah lama saya tak masukkan gambar cookies yang ditempah. Semalam baru husband upload kat komputer sebab sesetengah gambar ambik guna camera dan ada juga ambik guna camera telefon ajer. Gambar cookies di atas menggunakan camera telefon. Tak berapa cantik sangat gambarnya. Ini tempahan dari Sofia untuk nama AYRA sebanyak 70 bungkus. Beliau nak masukkan cookies tu dalam small pail untuk dijadikan gift untuk jamuan akikah.