Tuesday, September 17, 2013

Pindah rumah

Lama dah tak tulis dalam blog sendiri. Banyak perkara perlu diuruskan dalam sebulan dua ini. Sebelum raya puasa, balik kampung awal. Alhamdulilillah, sempat jumpa arwah atuk. Beliau meninggal sehari sebelum raya. Dalam tahun ini ajer ramai keluarga meninggal dunia. Mula-mula anak eksiden, saya cuti 2 bulan. Hari anak keluar wad, adik bongsu meninggal dunia. Selang 3 bulan, 31 Jan 2013 mak mertua meninggal dunia bersamaan tarikh hari jadi anak ke 2. Sebelum puasa, atuk sedara meninggal dunia dan akhirnya sehari sebelum raya puasa, atuk pulak meninggal dunia.  Seminggu balik KL, jiran cina selang 2 buah rumah pulak mati tiba-tiba sebab batu karang dalam pankreas pecah.  KITA? belum tahu lagi bila akan dipanggil ilahi. Semua ini adalah peringatan daripada Allah untuk saya sendiri supaya lebih mendekatiNya.

Seminggu balik bercuti raya, tuan rumah sewa pulak nak naikkan harga sewa rumah. Tahun depan hanya tinggal bertiga saja. Pening cari rumah sewa. Tapi Allah maha mengasihi, menyayangi umatnya. Alhamdulillah dalam seminggu saya dapat cari flet murah depan Sek Men BTHO. Awal bulan sepuluh baru masuk. Kepada pelanggan setia saya, mulai bulan depan, Oktober saya sudah berpindah kerumah baru. Bulan ini memang bulan serabut/pening mengemas barang untuk berpindah. Tiada tempahan untuk bulan ini. Yang berminat untuk hadir kelas pun ditunda sehingga saya sudah bersedia. 

Minggu lepas, anak kedua Arfa baru habis UPSR. Bulan depan anak sulung pulak nak PMR. Dari bulan Januari sehingga bulan Oktober tahun ini, berbagai perkara terjadi. Lagi 2 bulan habis tahun 2013. Tahun bertambah, Umur bertambah. Amal untuk akhirat tak bertambah pun. Semoga Allah permudahkan urusanku supaya aku dapat lebih dekat diri kepadaNya. Diharap perancanganku dapat berjalan dengan lancar.

Thursday, August 1, 2013

Resepi kole kacang mudah


Semalam siapkan kole kacang untuk suami. Sebenarnya suami nak makan kole kacang. Pasar ramadhan dekat rumah pun tak ada pulak orang jual kole kacang. Apa lagi, buka internet cari resepi yang paling senang buat kole kacang. Alhamdulillah berjaya juga saya buat. Resepinya senang. Lain kali kalau suami nak makan boleh buat bila2 masa. Saya letak dalam bekas kecik2. Beri juga kat kawan2 yang suka makan kole kacang sebab banyak juga dapat. Sesiapa nak cuba boleh guna resepi di bawah.

Bahan
1 cawan santan ** (utk tahi minyak)
2 cawan santan
2 sudu gula*
1 cawan gula merah*
1 cawan tepung kacang hijau
1 cawan air*

cara-cara
1. Mula2 masak santan yang bertanda ** sehingga terhasil tahi minyak. Asingkan tahi minyak dan minyak. Biarkan minyak dalam kuali.

2. Masak bahan yang bertanda * sehingga gula hancur. dan biarkan sejuk.

3. Masukkan tepung dan santan (2 cawan tu) kedalam bekas. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan pulak air gula yang telah di masak tadi kedalam bekas tepung +santan. Gaul sehingga semua sebati.

4. Akhir sekali, buka api kuali tadi dan masukkan bahan no 3 (yg telah digaul tadi) kedalam kuali yang mengandungi lebihan minyak tadi. Api perlahan saja dan sentiasa kacau sehingga pekat.

5. Tutup api bila sudah pekat dan siap untuk di masukkan kedalam loyang atau bekas kecil2. Taburkan tahi minyak tadi dan sedia untuk dihidang apabila kole kacang sudah keras.


Monday, July 15, 2013

Resepi: Pau gebu


Semalam untuk buka puasa saya beli rendang daging dari Kafe che Din kat pejabat ajer. Bila tengok rendang tu terlintas untuk membuat kuih pau inti rendang. Apa lagi, saya pun belilah lebih. Balik rumah lepas ambik anak sekolah petang terus uli doh. Sejak ada mixer industri memang mudahlah buat roti dan pau. cuma masukkan bahan dan biar mesin tu yang uli. Alhamdulillah jadi gebu betul. Sedap.  Saya sertakan juga resepi siapa yang berminat nak buat. Resepi ini saya ambik dari blog citarasawan.

Resepi Pau
Bahan
500 gm tepung pau BlueKey
1/2 sdb yis mauripan
1/2 cawan gula dibancuh dengan 260ml air
1/2 cawan lemak sayur
1 sdk pelembut roti
1/2 sdk ammonia bikarbonat (untuk elak pau kecut apabila masak. Pau juga lebih gebu dan kulit pau berkilat)

Cara membuat

Gaul semua bahan kecuali air. Setelah rata masukkan air dan uli doh yg lembut dan kenyal (seperti roti canai). Bahagi doh 1 ketul seberat 40g. Masukkan inti dan biarkan doh itu kembang 40 -45 minit. Selepas itu kukus selama 10 -15 minit.

Jubah raya Ain



Bulan puasa ini tak banyak tempahan cookies. cuma ada 2 ajer itu pun nak minggu depan.  Rasanya dalam hujung minggu ini nak buat 2 jenis biskut yang senang-senang ajer sebab biskut tempah dan kerepek dah tempah 5 jenis. Tahun ni kurang mood buat biskut.

Kali ni saya nak cerita pasal baju raya. Tema tahun ni coklat. Seminggu sebelum puasa dah siap beli baju raya untuk satu keluarga kecuali anak bongsu Ain sebab tak jumpa jubah budak warna coklat. At last, saya minta tolong kawan buat polar jubah untuk Ain dan hari Sabtu lepas siap jahit jubah dan tudung untuknya. Sekarang nak siapkan bunga kait untuk tambah aksesori kat jubahnya. Kalau sempat saya nak buat lagi satu jubah plain pulak untuk Ain.


Tuesday, July 2, 2013

Tempahan dari Yaati


Ini tempahan daripada kawan office dari sebelum ke Penang lagi. Mohon banyak-banyak maaf sebab lambat. Alhamdulillah dah siap. InshaaAllah esok dah boleh beri pada Yaati.

Tempahan daripada Nurul, Ampang


Ini tempahan daripada Nurul Ampang sebanyak 50 bungkus nama ZARA. Alhamdulillah dah selamat pos pagi tadi.

Saya pun dah lama tak ambik tempahan cookies sebab sibuk out station/kerja. Minggu lepas seminggu ke Penang. Hari terakhir tu sempat jalan ke Komtar naik feri. Saya bawa kawan ke Pulau sebab beliau tak pernah ke Penang. Malas nak drive guna Jambatan, jadi saya naik feri ajer. Teringat masa belajar dulu.




Balik dari Pulau, malam tu sempat lagi singgah makan mee udang Sg Dua. Seronok juga sambil kerja sambil jalan. Sempat juga beli jeruk pak Ali untuk bawa balik kat kawan2 ofice.  Kat Penang rupanya jeruk Pak Ali memang glamour. Yelah... produk halal dan tiada bahan pengawet. Kalau pegi Penang merata2 jeruk Pak Ali. Best...

Setelah seminggu tak buka email (tak sempat), ada juga yang email tanya kelas deko cookies. InshaaAllah, kelas dah di buka semula tetapi cuma hari Ahad sahaja. Sesiapa yang berminat untuk hadir boleh email/sms sahaja saya sekurang2nya 2 hari sebelum kelas untuk saya sediakan bahan.

Monday, June 17, 2013

cookies huruf


Ini tempahan daripada Maz untuk kali ke 2, Beliau tempah untuk huruf TQ sebanyak 300 bungkus tapi nak bungkus sendiri. Jadi saya pos dalam balang dan bagi juga plastik yang saya dah buat dan riben merah. Alhamdulillah telah sampai dengan selamat.