Sunday, July 22, 2012
Resepi Biskut Oren Coklat
Sabtu lepas dah siapkan 3 jenis biskut. Salah satunya biskut Oren Coklat dari Florence Tan. Biskut ini anak saya Adib yang buat. Saya cuma tolong awasi sahaja iaitu cara nak guna penimbang. Biskutnya tak seperti dalam gambar buku Florence Tan. Saya punya lebih leper dan bewarna kuning. Bila dah masuk dalam oven, biskutnya jadi leper tapi memang ranggup dan sedap rasa oren. Sesiapa nak mencuba. Saya sertakan resepinya.
BISKUT OREN COKLAT
Bahan-bahan
150g mentega
80g gula kastor
1 sudu teh esen oren
1 biji telur besar (pukul) *saya guna kuning telur ajer
1 biji kulit oren (diparut)
100g cipcoklat
180g tepung naik sendiri
Cara
1. Putar mentega, gula kastor dan esen oren selama 5 minit. Masukkan telur dan pukul selama 2 minit.
2. Masukkan lain dan gaul sebati.
3.Ambil 1 sudu adunan dan letakkan ia atas dulang dan bakar pada suhu 180oc selama 15-20 minit. (bergantung pada oven). *jarakkan adunan atas dulang kerana ia akan mencair dan jadi leper seperti saya buat.
Thursday, July 19, 2012
Tudung Ain
Semalam, selepas ajer sembahyang Isyak, saya mula jahit tudung untuk diri sendiri. Entah kenapalah pulak tiba-tiba jadi rajin. Hari ini pun saya datang kerja pakai tudung baru. Ain pun sibuk juga mencuba tudung dia yang saya dah jahit. Itulah sebabnya saya ambik gambar Ain pakai tudung dan saya beritahu dia yang saya nak tunjuk gambar tudung yang saya jahit kepada kawan2. Ini merangkap tudung raya Ain, cuma saya kena mencantikkan sikit tudung dia dengan letak manik. Tapi ..... bila agaknya yer :).
Tuesday, July 17, 2012
Buku resepi lagi....
Hari Isnin, saya pergi Pustaka Rakyat kat Damai Perdana, Cheras cari buku jawi untuk anak saya Adib. Sempat lagi pegi tengok bahagian buku masakan. Apa lagi, saya beli buku biskut dari chef Florence pulak. Nampak sedap dan resepinya ringkas ajer. Sekarang dah 2 buah buku resepi biskut. Tak termasuk lagi resepi yang di download dari internet dah ada 2 buah buku yang saya telah compile.
Selasa tengahari, terus pegi Yummy bakery kat Bangi cari bahan untuk buat biskut. Semua saya rembat. Sebenarnya nak mengelak pegi Yummy hari Jumaat sebabnya, tentu beratur panjang. Dalam perjalanan balik tengok juga kedai MakCik Bakery dan Bake with Yen Bakery kat Bangi..... kosong ajer. Orang suka lagi pegi kedai Yummy sebab harganya lagi murah. InsyaAllah, Sabtu atau Ahad minggu ni dah boleh start buah biskut raya. Rancang nak buat cheese tart, biskut peanut butter, biskut almond dan semperit/dahlia. Anak saya, Adib dah Arfa pun sibuk nak buat biskut. Jadi saya nak beri mereka peluang buat biskut sendiri tahun ini. Buku resepi pun dah ada, cuma pilih ajer nak resepi mana.
Lepas balik kerja, saya terus letak barang-barang untuk buat biskut atas meja. Saya pun dah sediakan semua peralatan untuk buat biskut seperti penimbang, dulang, acuan biskut dan bekas-bekas nak letak biskut yang dah siap. Dah cari kotak besar untuk simpan bahan2 biskut. InsyaAllah hujung minggu ini akan mula buat sikit2. Sedang semangat sekarang.
Ini kisah pasal cheese powder pulak. Ain tempah lagi 10kg. Selepas maghrib baru saya pegi hantar ke Balakong 5kg dulu. Lagi 5kg minggu depan sehingga stok sampai. Selalunya balik kerja terus hantar tapi disebabkan kawasan rumah memang selalu tak ada air, jadi saya balik rumah dulu masak, makan dan mandi. Selepas ajer mengemas bahan2 biskut kedalam kotak, terus saya ajak anak2 makan. Bukan apa, takut air tak ada tiba2. lagi susah ..... nanti pinggan mangkuk bertimbun dalam singki. Dan harap2 hari minggu ini tak ada masalah air. Kalau tidak tak terbuat pulak biskut. Jadi, kalau air tak ada, alternative lain, saya bawa anak pegi shopping baju rayalah kot :).
Monday, July 16, 2012
Kelas deko pada 15/7/2012
![]() |
| Cookies yang siap di bentuk dan dimasak |
![]() |
| Cookies yang siap di deko dan dibungkus |
Semalam Ahad, Sheila dari Ampang telah hadir untuk kelas membuat biskut sehinggalah mendeko biskut (A-Z). Beliau start pukul 10 pagi dan habis pukul 4 petang. Nasib baik semalam ada air. Hari Sabtu sehari tak ada air, dari Jumaat sehinggalah ke Sabtu malam. Alhamdulillah, pagi Ahad air dah ada. Untuk makan tengahari pun saya masak ringkas ajer, cuma buat kue teaw goreng. Semoga Sheila dapat buat cantik-cantik untuk hari perkahwinannya nanti. Kalau rajin, bolehlah ambik tempahan pulak.
Monday, July 9, 2012
Dah beli....Buku Resepi biskut untuk Raya 2012
Sabtu lepas pegi carrefour BTHO, untuk beli barang, terbelilah pulak buku resepi Kek & Biskut. Kenapa saya cakap terbeli.... sebabnya tak ada dalam perancangan pun nak beli buku masakan. Selalunya cari dalam internet ajer resepi. Tapi bila belek2, okey ler pulak resepi dalamnya... biskut dan kek terkini. Ada 22 jenis biskut dan 22 jenis kek. Tengok gambar dalam buku ni, memang mengancam. Itulah yang terbeli. Rancang puasa ni nak buat dengan anak2. Muka depan buku ini tertulis "Gerenti Jadi". Nanti saya cuba buat dulu. Kalau jadi dan rasa sedap, saya akan upload resepi dalam blog ini nanti. Kita kongsi resepi pulak. senarai resepi seperti dibawah. Banyak resepinya.... rasanya dalam 10 tahun juga baru saya dapat cuba semua resepi2 ni :).
Brownies
Brownies Marble Keju
Kek buah
Kek Cawan Coklat
Kek buah keju
kek sarang lebah
kek cawan oren
kek velvet merah
kek lobak merah
kek keju coklat oren
tiramisu kek gulung
tiramisu
kek pisang
kek dam
kek marble
kek keju kiwi
kek epal
kek buah keju
kek coklat keju koktel
kek coklat
kek keju coklat
kek mocca kukus
biskut tat prune
biskut tat gulung
tat nanas
tat buah-buahan
biskut sarang semut
biskut chocolate crunch
biskut chocolate cip
biskut mentega
biskut oren
biskut puteri salju
biskut marmar carrie
biskut permata serbuk roti
biskut keju
biskut chocolate rice
biskut cornflake madu chocolate chip
biskut buah-buahan
biskut bebola kristal
biskut bebola kacang hazel
biskut badam salju
biskut badam rangup
biskut badam manis
Sunday, July 8, 2012
Cara Jahit tudung tanpa awning keras (part 2)
Semalam Ahad, Anak ada sukan. Selepas ambik anak dari sekolah, saya terus pergi ke Kamdar Saujana Impian Kajang. Semangat berkobar-kobar untuk menjahit tudung anak tanpa awning keras. Dah beberapa kali anak minta belikan sebab senang untuk dia pakai tudung tanpa pakai nak tudung. Tudung yang sesuai untuk itu adalah kain jenis T-shirt. Akhirnya sempat juga saya rempat 3 helai kain T-shirt dan sehelai kain Lycra jepun. Kamdar ada sales pulak tu 10% less. Katanya sales sehingga bulan September.
Oklah, seperti yang dijanjikan, disini saya ajar cara jahit tudung tanpa awning keras. Nak basuh dalam washing machine pun senang.
Mula-mula pastikan ada kain, gunting, kapur lukis, jarum peniti dan polar tudung. Cara buat polar, senang ajer. Ambik mana2 tudung yang kita selesa pakai dan tekapkan atas kertas minyak atau surat khabar dan guntinglah ikut bentuk tudung tersebut. Senangkan!.
Mula-mula kita gunting badan tudung dulu. Lipat kain kepada dua dan letak polar atas kain. Pastikan bahagian lurus panjang tu, iaitu yang akan jadi bahagian belakang letak di bahagian lipatan.
Pinkan polar dengan kain. Kemudian guna kapur lukis untuk tandakan 1/2 inci lebih untuk kita jahit nanti.
Kemudian bolehlah menggunting. Inilah hasilnya.
Selepas itu barulah kita gunting awning pulak. Tahu tak kenapa saya minta gunting badan tudung dulu? Sebabnya untuk jimatkan kain. Awning kecik ajer, jadi kita boleh guna kain lebihan.
Awning juga teknik sama. Pinkan polar dengan kain. Guna kapur tulis, tandakan lebih 1/2 inci dan bolehlah menggunting. Inilah hasilnya.
Kemudian lipat awning kepada 2 seperti diatas dan gunting sikit untuk tandakan center.
Bahagian badan tudung juga sama, gunting sikit bahagian atas seperti dalam gambar untuk pastikan center tudung.
Jahitkan awning guna jarum jahit supaya senang kita nak cantum dengan badan tudung nanti.
Sekarang dah boleh cantum guna jarum peniti, awning dengan badan tudung tadi. Pastikan awning dan badan tudung dicantum merujuk center yang kita telah gunting tadi. Sekarang anda tahu kan kenapa saya minta gunting center untuk awning dan badan tudung, supaya tudung kita tak senget.
Ok..Ok.....sekarang dah boleh jahit awning dan badan tudung yang telah dicantum tadi guna mesin jahit. Selepas itu barulah guna mesin jahit tepi. Jadi kita cuma jahit tepi sekali ajer. Tahu tak kenapa? Sebenarnya, dengan cara ini tak adalah tebal sangat kat kepala nanti.
Tengoklah! Ini hasilnya. Saya sebenarnya tak ada mesin jahit tepi. Tapi nasib baik mesin jahit saya ada mesin macam bentuk zig-zag. Jadi saya jahit seperti mesin jahit tepi.
Kemudian terbalikkan tudung dan jahit bahadian atas tudung
Sekarang jahit pulak cantuman badan tudung
Selepas itu barulah jahit tepi guna mesin jahit tepi bahagian cantuman badan tudung tadi.
Bahagian bawah pulak, bolehlah hantar kedai untuk jahit halus atau jahit lurus sahaja. Saya jahit lurus ajer sebab nak cepat siap. Saya lipat dan jahit dengan jarum jahit tangan dulu supaya jahitan bawah kemas.
Selepas itu barulah saya jahit guna mesin jahit. Ingat nak guna macam2 bentuk sulam tapi sebab nak cepat saya jahit lurus ajer.
Tra...ta...ta.... tudung untuk Arfa dah siap. Sekejap ajer. InsyaAllah hari ini kalau sempat nak buat untuk Ain pulak. Nasib baik saya ada 2 ajer anak perempuan :).
Gembiranya rasa hati. Sehelai kain se Ela dapat 2 tudung dengan harga RM 8.50 sahaja. Memang untung dan berbaloi. Tapi itulah.... bukan selalu rajin pegang mesin jahit. Masa rajin ni, kena siapkan semua. Disini juga saya nak ucapkan terima kasih kepada kawan saya Ira, kerana bagi pinjam tudung anaknya yang 8 dan 12 tahun untuk saya ambik contoh untuk buat polar. Tq... Ira. Nanti akak ajar awak jahit tudung.
Wednesday, July 4, 2012
Cheese Powder Murah lagi
Alhamdulillah, syukur kerana minggu ni dah ada orang order borong 10kg. Sesiapa berminat boleh email/sms. Penghantaran boleh dirunding mengikut masa saya untuk kawasan sekitar balakong, alam damai, damai perdana, BTHO, bangi atau putrajaya. Yang penting jimat.... tak perlu tambahan kos pos. Untuk belian borong, minima order 10kg dan penghantaran hanya melalui KTM (sebab kos pos murah). Harga borong saya memang murah. Setakat hari ini permintaan pun memang menggalakkkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)





























