Sunday, July 8, 2012

Cara Jahit tudung tanpa awning keras (part 2)


Semalam Ahad, Anak ada sukan. Selepas ambik anak dari sekolah, saya terus pergi ke Kamdar Saujana Impian Kajang.  Semangat berkobar-kobar untuk menjahit tudung anak tanpa awning keras.  Dah beberapa kali anak minta belikan sebab senang untuk dia pakai tudung tanpa pakai nak tudung. Tudung yang sesuai untuk itu adalah kain jenis T-shirt.  Akhirnya sempat juga saya rempat 3 helai kain T-shirt dan sehelai kain Lycra jepun.  Kamdar ada sales pulak tu 10% less. Katanya sales sehingga bulan September.

Oklah, seperti yang dijanjikan, disini saya ajar cara jahit tudung tanpa awning keras.  Nak basuh dalam washing machine pun senang.

 Mula-mula pastikan ada kain, gunting, kapur lukis, jarum peniti dan polar tudung.  Cara buat polar, senang ajer.  Ambik mana2 tudung yang kita selesa pakai dan tekapkan atas kertas minyak atau surat khabar dan guntinglah ikut bentuk tudung tersebut.  Senangkan!.



Mula-mula kita gunting badan tudung dulu. Lipat kain kepada dua dan letak polar atas kain.  Pastikan bahagian lurus panjang tu, iaitu yang akan jadi bahagian belakang letak di bahagian lipatan.



Pinkan polar dengan kain. Kemudian guna kapur lukis untuk tandakan 1/2 inci lebih untuk kita jahit nanti.


Kemudian bolehlah menggunting.  Inilah hasilnya.



Selepas itu barulah kita gunting awning pulak.  Tahu tak kenapa saya minta gunting badan tudung dulu? Sebabnya untuk jimatkan kain. Awning kecik ajer, jadi kita boleh guna kain lebihan.


 Awning juga teknik sama. Pinkan polar dengan kain. Guna kapur tulis, tandakan lebih 1/2 inci dan bolehlah menggunting. Inilah hasilnya.



Kemudian lipat awning kepada 2 seperti diatas dan gunting sikit untuk tandakan center.


Bahagian badan tudung juga sama, gunting sikit bahagian atas seperti dalam gambar untuk pastikan center tudung.

 Jahitkan awning guna jarum jahit supaya senang kita nak cantum dengan badan tudung nanti.


Sekarang dah boleh cantum guna jarum peniti, awning dengan badan tudung tadi.  Pastikan awning dan badan tudung dicantum merujuk center yang kita telah gunting tadi. Sekarang anda tahu kan kenapa saya minta gunting center untuk awning dan badan tudung, supaya tudung kita tak senget.


Ok..Ok.....sekarang dah boleh jahit awning dan  badan tudung yang telah dicantum tadi guna mesin jahit. Selepas itu barulah guna mesin jahit tepi.  Jadi kita cuma jahit tepi sekali ajer.  Tahu tak kenapa?  Sebenarnya, dengan cara ini tak adalah tebal sangat kat kepala nanti.


Tengoklah!  Ini hasilnya.  Saya sebenarnya tak ada mesin jahit tepi. Tapi nasib baik mesin jahit saya ada mesin macam bentuk zig-zag. Jadi saya jahit seperti mesin jahit tepi.


Kemudian terbalikkan tudung dan jahit bahadian atas tudung

 Sekarang jahit pulak cantuman badan tudung


Selepas itu barulah jahit tepi guna mesin jahit tepi bahagian cantuman  badan tudung tadi.


Bahagian bawah pulak, bolehlah hantar kedai untuk jahit halus atau jahit lurus sahaja.  Saya jahit lurus ajer sebab nak cepat siap. Saya lipat dan jahit dengan jarum jahit tangan dulu supaya jahitan bawah kemas.


Selepas itu barulah saya jahit guna mesin jahit. Ingat nak guna macam2 bentuk sulam tapi sebab nak cepat saya jahit lurus ajer.


 Tra...ta...ta.... tudung untuk Arfa dah siap.  Sekejap ajer. InsyaAllah hari ini kalau sempat nak buat untuk Ain pulak. Nasib baik saya ada 2 ajer anak perempuan :).

Gembiranya rasa hati.  Sehelai kain se Ela dapat 2 tudung dengan harga RM 8.50 sahaja. Memang untung dan berbaloi. Tapi itulah.... bukan selalu rajin pegang mesin jahit.  Masa rajin ni, kena siapkan semua.  Disini juga saya nak ucapkan terima kasih kepada kawan saya Ira, kerana bagi pinjam tudung anaknya yang 8 dan 12 tahun untuk saya ambik contoh untuk buat polar. Tq... Ira. Nanti akak ajar awak jahit tudung.

24 comments:

Yaati Nor said...

Terbakar hati rasa nak menjahit..tp jahitan perutku xpulih lg....huhuhuhu

"Zura Fancy Cookies" said...

Yati... sempat lagi tgk blog walaupun dalam pantang yer. Yang penting siapkan dulu tudung yang akak ajar tu dulu :). Sekarang tengah semangat jahit tudung. Bulan puasa ni ni nak buat biskut raya pulak. Buku resepi pun dah beli :).

Awrapurnama said...

serius, cantiknya!

Cik Niza said...

sy mmg mencari2 care nk jahit tudung ni..dlm proses cri kedai yg jual awning tudung..nk wat sndiri xtau..hhehe

bada said...

assalamualaikum..nk tumpang tanya...kenapa kalau saya jahit tudung lycra/jc, jahitan dia melompat? kena guna tapak lain ker..

"Zura Fancy Cookies" said...

Bada, Kalau guna kain lycra/jc kena guna jarum emas. Tapak lurus biasa ajer. Mungkin masalah mesin jahit. Saya pun tak pasti. dah cuba guna kain jenis lain? masalah sama jugak ker?

"Zura Fancy Cookies" said...

Cik Niza, buat sendiri jer awning tu. Senang ajer. Kalau yg ada pengeras, cuma tambah jahit dengan pengeras. Saiz awning boleh ikut polar tudung yang cik niza ada.

bada said...

tq cik niza sbb respon ngan soalan saya.

tu la, rasanya pasal mesin sbb saya dh guna jarum mas tp masih melompat. dh pening pala sbb dh borong byk kain jc nk buat skirt. jahit lycra xde melompat seteruk jc...


:-)

"Zura Fancy Cookies" said...

bada, rasanya lebih baik awak pergi hantar service mesin jahit tu. Seingat saya masa beli mesin jahit dulu, menurut penjual tu kita kena hantar service sekurang2nya sekali setiap tahun.

bada said...

iye ke. bada guna mesin mak mertua. rasanya xpernah servis sejak beli thn 2005 ritu hihi

plan nk pe antar sevis gak tu.

Anonymous said...

jarum jd lompat2, kena tukar jarum yang lebih kecil. jarum emas saiz 11 cthnya,

Anonymous said...

Bada..utk lycra atau jc,dah ade tapak khas..cr kat kedai peralatan jahitan tuk tapak jait lycra..tapak plastik..

Yaati Nor said...

melompat tu sebab mesin..cuba minyakkan mesin tu..saya k.dalia yg kata suruh buat mcm tu..alhamdulillah ok lepas minyakkan bunyi pun sedap je..tp still kena guna jarum mas.

ruzie said...

tima kasih ye...baru sy paham..byk tengok blog buat tudung diy ni tp hak yg ni baru paham....

Nadra said...

Terima kasih dengan perkongsian ni.. dh lama cari toturial cara jahit tudung :)

SeeNice Care said...

Boleh share size awning tak?

Salhah Suhot said...

Salam. Sy nak tanya, untik jahit kain yg stretchable, boleh guna benang biasa atau ada jenis benang tertentu? Tq(berdoa tuan tanah nampak soalan ni)

"Zura Fancy Cookies" said...

Setakat ini saya guna benang biasa jer tapi guna jarum emas.

"Zura Fancy Cookies" said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Hehehe.... lucu dgn knyataan ' berdoa tn tnh nmpk soaln'...
Trima kasih tn tnh... btul2 mmbntu... mmg sy pn trcari2 cara y btul... inilh penerangn dn tips palng complete dn mudh y prnh sy jmpa... smoga Allah permudhkn urusn zura dunia akhirat

Anonymous said...

Y sy perasn... admin kata sz awning ikut pola tudng y kita ada

Anonymous said...

Salam zura. Nak tanya. Gunting awning tu... kene ikut urat kain X.... melintang ... menegak @ serong.... ker sebarang aje.

AHB said...

Wahh...terima kasih atas perkongsian. Lepas ni boleh la saya cuba jahit tudung untuk anak saya sendiri .
www.ibucakna.blogspot.com

"Zura Fancy Cookies" said...

Wassalam semua yang bertanya soalan, maaf sesangat sebab tak menjawab soalan. Saya sebenarnya sudah setahun tak buka blog.. sibuk dengan kerja sampai tak ada masa nak buka blog... maaf bebanyak.