Tuesday, January 21, 2014
Jubah anak lelakiku...
Lama dah tak cerita perkembangan diri. Ini adalah jubah anak lelakiku. 3 helai dapatku siapkan. Sebenarnya, tahun ini aku hantar anak lelakiku yang sulung belajar agama kat madrasah di Lubok Tapah, Pasir Mas Kelantan. Jadi banyaklah jubah di perlukan. Husband pulak suruh beli kain ajer dan jahit sendiri. Katanya lagi murah dan kita boleh cari kain cotton yang elok. Dengan kepakaran yang tak seberapa dan adanya jubah contoh, berjaya juga aku siapkan 3 helai dalam masa 4 hari. Menjahit secata intensif memandangkan masa yang suntuk. Nasib baiklah masa ini tiada tempahan cookies. Lepas berjaya ajer jahit jubah, husband beli pulak kain cotton untuk jahit baju kurta 4 helai. Yang ini pun nasib baik ada baju sampel jugak. Jadi nak kena berusaha untuk siapkan secepat mungkin.
Tempahan cookies nama PIYA
Pelanggan yang tempah cookies yang ini pun saya lupa nak tanya nama. Beliau tempah nama PIYA sebanyak 40 bungkus. Masa buat cookies ni, datang mood untuk buat warna soft jer semua. Maka siaplah cookies warna pastel dan lagipun pelangan ini tak request pun apa2 warna. Jadi ikut suka hati sayalah nak deko camne :).
Tempahan nama AQEEL
Hari ini, saya ambik sikit masa untuk meng update cookies tempahan pelanggan. Tempahan yang ini saya pun dah lupa siapa yang tempah. Sekarang semua guna whatsapp, jadi apa-apa cuma check kat whatsapp ajer. hihihi....
Sunday, January 5, 2014
Tahun Baru Azam Baru...2014
Sudah lama tak upload gambar2 tempahan cookies. Hujung tahun memang amat sibuk. Ini cookies dari Kak Lin yang ditempah bulan lepas. Huruf TQ saiz besar sebanyak 250 bungkus.
Alhamdulillah, tahun baru, azam pun baru. Tapi azam tahun lepas tak terlaksana lagi. carry forward tahun ni.. hahaha... Anak2 pun dah mula sekolah. Alhamdulillah anak sulung dah mula pengajian di sekolah pondok Lubok Tapah, yang ke 2 dah masuk sekolah menengah dan tinggal dengan mak di kampung. Sekurang-kurangnya boleh tolong temankan mak. Tinggal 2 orang sekolah rendah lagi tinggal bersama. Di harap perjalanan hidup untuk tahun ini berjalan dengan lancar. Tahun lepas penuh dengan kisah suka & duka. Pemergian kaum keluarga dan sebagainya. Azamku tahun ni masih sama seperti tahun lepas sebab masih tak terlaksana.In shaa Allah, semoga Allah permudahkan hidupku untuk tahun ini. Beri kesihatan yang baik dan sabar untuk menjaga anak2 dengan kerenahnya yang macam2.
Sunday, October 27, 2013
Akhirnya selesai pindah rumah
Alhamdulillah, akhirnya selesai misi pindah rumah. Dah sebulan lebih aku tak sempat nak buka blog sendiri. Selepas Raya haji baru betul-betul barang selesai pindah sepenuhnya. Dari bulan September lagi memang bulan yang mencabar. Hari Sabtu dan Ahad pun kena out-satation sebab ada projek pejabat nak kena siapkan hujung bulan Oktober.
Rumah lama aku di naiki pencuri, nasib baik tak sempat ambik apa-apa barang. Tapi yang penting aku dan anak-anak tak ada apa-apa dan alhamdulillah masih dapat hidup lagi di bumi Allah ini.
Bulan ini nak kena siapkan biskut edible image untuk adik ipar yang akan melangsungkan perkahwinan pertengahan bulan November nanti. Baju seragan yang nak di pakai pada majlis tu pun belum siap jahit lagi. Oh...banyaknya perkara perlu dibuat hujung minggu. Kepada sesiapa yang nak mengorder cookies, tempahan sudah dibuka. Mohon maaf kepada yang nak menempah bulan lepas kerana terpaksa tolak tempahan.
Walaubagaimanapun, di sini saya sertakan tempahan bulan lepas yang tak sempat untuk di upload.
Rumah lama aku di naiki pencuri, nasib baik tak sempat ambik apa-apa barang. Tapi yang penting aku dan anak-anak tak ada apa-apa dan alhamdulillah masih dapat hidup lagi di bumi Allah ini.
Bulan ini nak kena siapkan biskut edible image untuk adik ipar yang akan melangsungkan perkahwinan pertengahan bulan November nanti. Baju seragan yang nak di pakai pada majlis tu pun belum siap jahit lagi. Oh...banyaknya perkara perlu dibuat hujung minggu. Kepada sesiapa yang nak mengorder cookies, tempahan sudah dibuka. Mohon maaf kepada yang nak menempah bulan lepas kerana terpaksa tolak tempahan.
Walaubagaimanapun, di sini saya sertakan tempahan bulan lepas yang tak sempat untuk di upload.
Tuesday, September 17, 2013
Pindah rumah
Lama dah tak tulis dalam blog sendiri. Banyak perkara perlu diuruskan dalam sebulan dua ini. Sebelum raya puasa, balik kampung awal. Alhamdulilillah, sempat jumpa arwah atuk. Beliau meninggal sehari sebelum raya. Dalam tahun ini ajer ramai keluarga meninggal dunia. Mula-mula anak eksiden, saya cuti 2 bulan. Hari anak keluar wad, adik bongsu meninggal dunia. Selang 3 bulan, 31 Jan 2013 mak mertua meninggal dunia bersamaan tarikh hari jadi anak ke 2. Sebelum puasa, atuk sedara meninggal dunia dan akhirnya sehari sebelum raya puasa, atuk pulak meninggal dunia. Seminggu balik KL, jiran cina selang 2 buah rumah pulak mati tiba-tiba sebab batu karang dalam pankreas pecah. KITA? belum tahu lagi bila akan dipanggil ilahi. Semua ini adalah peringatan daripada Allah untuk saya sendiri supaya lebih mendekatiNya.
Seminggu balik bercuti raya, tuan rumah sewa pulak nak naikkan harga sewa rumah. Tahun depan hanya tinggal bertiga saja. Pening cari rumah sewa. Tapi Allah maha mengasihi, menyayangi umatnya. Alhamdulillah dalam seminggu saya dapat cari flet murah depan Sek Men BTHO. Awal bulan sepuluh baru masuk. Kepada pelanggan setia saya, mulai bulan depan, Oktober saya sudah berpindah kerumah baru. Bulan ini memang bulan serabut/pening mengemas barang untuk berpindah. Tiada tempahan untuk bulan ini. Yang berminat untuk hadir kelas pun ditunda sehingga saya sudah bersedia.
Minggu lepas, anak kedua Arfa baru habis UPSR. Bulan depan anak sulung pulak nak PMR. Dari bulan Januari sehingga bulan Oktober tahun ini, berbagai perkara terjadi. Lagi 2 bulan habis tahun 2013. Tahun bertambah, Umur bertambah. Amal untuk akhirat tak bertambah pun. Semoga Allah permudahkan urusanku supaya aku dapat lebih dekat diri kepadaNya. Diharap perancanganku dapat berjalan dengan lancar.
Thursday, August 1, 2013
Resepi kole kacang mudah
Semalam siapkan kole kacang untuk suami. Sebenarnya suami nak makan kole kacang. Pasar ramadhan dekat rumah pun tak ada pulak orang jual kole kacang. Apa lagi, buka internet cari resepi yang paling senang buat kole kacang. Alhamdulillah berjaya juga saya buat. Resepinya senang. Lain kali kalau suami nak makan boleh buat bila2 masa. Saya letak dalam bekas kecik2. Beri juga kat kawan2 yang suka makan kole kacang sebab banyak juga dapat. Sesiapa nak cuba boleh guna resepi di bawah.
Bahan
1 cawan santan ** (utk tahi minyak)
2 cawan santan
2 sudu gula*
1 cawan gula merah*
1 cawan tepung kacang hijau
1 cawan air*
cara-cara
1. Mula2 masak santan yang bertanda ** sehingga terhasil tahi minyak. Asingkan tahi minyak dan minyak. Biarkan minyak dalam kuali.
2. Masak bahan yang bertanda * sehingga gula hancur. dan biarkan sejuk.
3. Masukkan tepung dan santan (2 cawan tu) kedalam bekas. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan pulak air gula yang telah di masak tadi kedalam bekas tepung +santan. Gaul sehingga semua sebati.
4. Akhir sekali, buka api kuali tadi dan masukkan bahan no 3 (yg telah digaul tadi) kedalam kuali yang mengandungi lebihan minyak tadi. Api perlahan saja dan sentiasa kacau sehingga pekat.
5. Tutup api bila sudah pekat dan siap untuk di masukkan kedalam loyang atau bekas kecil2. Taburkan tahi minyak tadi dan sedia untuk dihidang apabila kole kacang sudah keras.
Subscribe to:
Posts (Atom)

