Wednesday, August 1, 2012

Cheese Borong & Buka puasa diKampung

Balakong sudah hampir 2 minggu tak ada air.  Dengar khabar mungkin selama sebulan.  Depan perumahan saya pun SYABAS dah letak tong air. Kami mengambil air dari tong tu.  Penatnya kena angkut guna baldi.  Nasib baik saya ada adik kat Putrajaya.  Penuh ajer kain kotor satu bakul terus pegi basuh rumah adik.

Projek biskut raya pun terbengkalai.  Air tak ada susah.  Jumaat lepas mak mertua masuk hospital sebab kena batu karang di hempedu.  Sabtu tu saya dan anak2 balik kampung sehingga Selasa. Oh... rasa leganya sebab tak payah nak fikir angkut air dan bestnya dapat buka puasa dengan husband dan mak ayah. 

Ain pun ada tempah lagi 30kg cheese powder. Semalam baru hantar 10kg kerumahnya. Tunggu lagi stok 20kg sampai.  Semalam Norashima dari Kuantan pun dah terima 10kg cheese powder. Alhamdulillah dah dapat 2 orang pemborong tetap. Semoga Allah permudahkan rezeki.  Tak sabar rasanya nak berhenti kerja makan gaji.  Minggu depan ada meeting kat UTM skudai.  Tengah pening nak letak anak kat mana :(.

Thursday, July 26, 2012

Krisis air yang melampau

Hari ini dah masuk 7 ramadhan.  Tapi air kat perumahan saya masih tak ada lagi.  Semalam cuti, service kereta, tengahari dalam pukul 1 lebih lori air datang. Saya sempat ambik 3 baldi.  Itupun dah sakit pinggang.  Kain kotor dah 2 bakul.  Malam ni dah telefon adik kat Putrajaya, nak pergi rumah dia basuh kain.  Dah 3 hari makan nasi ayam beli kat pasar ramadhan.  Itu ajer yang senang tak perlu basuh pinggan mangkuk.  Kalau masak nasi dan beli lauk pun banyak juga pinggan nak kena basuh.  Itu tak memasak lagi. Teringin nak makan ikan bakar tempoyak.  Ikan kembong pun dah beli tapi sabar jelah.... bilalah agaknya boleh memasak. Rasanya krisis air ni memang dah melampau.

Semalam walaupun cuti kerja tapi memang sibuk dari pagi ke malam.  Pagi 8:30 appointment service kereta kat Perodua Balakong.  Tengahari pergi CIMB Bangi bayar duit rumah.  Singgah PKNS dengan Arfa suruh dia pilih baju raya. Tak adalah pulak yang berkenan. Petang, selepas ambik Ain dari taska pergi Taman Impian Ihsan, Balakong hantar Cheese Powder kepada Ain, 4 kg. Singgah terus pasar ramadhan.  Malam hantar lagi cheese powder. Janji jumpa kat Mc Donald BTHO sebab orang tu tinggal kat Bandar Mahkota Cheras.  Balik rumah singgah farmasi beli pencuci luka sebabnya Arfa dah pesan berkali2. Katanya dalam kotak ubat dah habis. Takut terjadi apa2 susah.  Nasib baik saya ada anak yang concern pasal keselamatan :).

Sardin Bread Crumb dHati
Oh... memang penat. Ain pun sibuk suruh saya masak lagi sardin bread crumb. 3 hari lepas buka puasa saya buat sardin bread crumb bentuk love untuk anak2 makan. Semua teruja.  Senang ajer membuatnya.  Ini pun dapat idea dari ctdelima blog.  Dia buat bentuk bulat tapi saya buat bentuk hati sebab fully utilize the whole slice of bread. Besarkan... memang puas hati. Mungkin hari ini kalau sempat nak buat sausage bread crumb pulak.  Simple dan tak perlu guna banyak air untuk mencuci pinggan mangkuk. Semalam beli roti john besar, sebiji RM 4. Mahalnya.... dan anak2 makan tak habis sebab tak sedap.  memang rugi. Lebih baik saya buat sendiri, rasanya anak2 makan lebih banyak. Boleh customize sendiri nak letak mayonis/sos cili/sayur atau tidak. Tapi apakan daya, tengah rajin memasak, air pulak buat hal :(.

Sunday, July 22, 2012

Hari Pertama Ramadhan 2012

Sabtu, 21hb Julai 2012, hari pertama ramadhan untuk tahun ini.  Tak sabar nak sambut puasa.  Sahur pertama, ketiga2 anak saya bangun sahur.  Faiz, adik bongsu saya pun ada. Dia datang KL sebab adik saya, Ida nak hantar dia ke Kulim Kedah, UniKL, Isnin dah kena melapor diri. Tahun ini Ain, 6 tahun yang paling semangat nak puasa.  Tapi pagi-pagi bangun terus makan roti.  Dia lupa yang dia puasa.  Adib dan Arfa ada kokurikulum kat sekolah pulak.  Pukul 7:15 am saya dah hantar kesekolah dan balik pukul 11 am.  Balik sekolah, Adib buat perangai tak mahu puasa. Dia kata dia dah nak mati sebab puasa.  Geram juga rasa hati .... tapi sabar.... puasa. Saya suruh dia mandi dan ajak buat kuih raya.  Tiba2 ajer dia jadi semangat.  Pergi mandi dah terus buat biskut oren tu.  Arfa buat biskut conflake madu. Saya buat acuan tart. Ain yang paling seronok.  Tukang merasa semua biskut2 dan kasi komen sebab dia yang tak puasa.  Selepas bust biskut, semua anak2 saya tidur keletihan.  Lepas sembahyang nak masuk dapur, dalam pukul 4 petang, air pulak tak ada.  Angin betul.... dugaan hari pertama puasa.  nasib baik ada 2 baldi air yang saya simpan. Masaklah juga dihari pertama, ikan talapia goreng, ayam gulai darat dan saya buat kuih buah melaka. Alhamdulillah, cukup untuk hari pertama puasa, tak perlu membazir.

Ahad, hari ke 2 puasa.  Bangun sahur, air masih tak ada.  Sabar jelah.... Saya dan Arfa ajer yang bangun sahur.  Arfa makan nasi dan saya makan oat.  Nak diet konon :). Risau badan naik.  Tak ada buat apa pun sepanjang hari, cuma tengok TV. Sykur pukul 3 petang baru air ada. Apa lagi, saya ambik kesempatan, mandi, basuh baju, basuh selimut dan cadar dan memasak nasi.  dalam pukul 4:30, saya keluar dengan anak2 ke Jusco. Rancang nak beli baju raya tapi.... oh...mahal dan tak banyak pilihan.  Sempat rembat baju untuk Adib 3 helai.  Anak lelaki senang, baju T-Shirt ajer. Yang perempuan cerewet sikit. Balik rumah singgah KFC beli ayam goreng dan singgah pasar ramadhan beli lauk sikit lagi.  Cukup untuk hari ke 2 puasa.  Sahur pun makan makanan yang sama. Alhamdulillah berjaya berpuasa untuk 2 hari ini. Harap2 tak bercuti puasa lamalah tahun ini.

Resepi Biskut Oren Coklat


Sabtu lepas dah siapkan 3 jenis biskut.  Salah satunya biskut Oren Coklat dari Florence Tan.  Biskut ini anak saya Adib yang buat. Saya cuma tolong awasi sahaja iaitu cara nak guna penimbang.  Biskutnya tak seperti dalam gambar buku Florence Tan. Saya punya lebih leper dan bewarna kuning. Bila dah masuk dalam oven, biskutnya jadi leper tapi memang ranggup dan sedap rasa oren. Sesiapa nak mencuba. Saya sertakan resepinya.

BISKUT OREN COKLAT

Bahan-bahan
150g mentega
80g gula kastor
1 sudu teh esen oren
1 biji telur besar (pukul) *saya guna kuning telur ajer
1 biji kulit oren (diparut)
100g cipcoklat
180g tepung naik sendiri

Cara
1. Putar mentega, gula kastor dan esen oren selama 5 minit. Masukkan telur dan pukul selama 2 minit.
2. Masukkan lain dan gaul sebati.
3.Ambil 1 sudu adunan dan letakkan ia atas dulang dan bakar pada suhu 180oc selama 15-20 minit. (bergantung pada oven).  *jarakkan adunan atas dulang kerana ia akan mencair dan jadi leper seperti saya buat.

Thursday, July 19, 2012

Tudung Ain


Semalam, selepas ajer sembahyang Isyak, saya mula jahit tudung untuk diri sendiri. Entah kenapalah pulak tiba-tiba jadi rajin.  Hari ini pun saya datang kerja pakai tudung baru. Ain pun sibuk juga mencuba tudung dia yang saya dah jahit.  Itulah sebabnya saya ambik gambar Ain pakai tudung dan saya beritahu dia yang saya nak tunjuk gambar tudung yang saya jahit kepada kawan2. Ini merangkap tudung raya Ain, cuma saya kena mencantikkan sikit tudung dia dengan letak manik. Tapi ..... bila agaknya yer :).

Tuesday, July 17, 2012

Buku resepi lagi....




Hari Isnin, saya pergi Pustaka Rakyat kat Damai Perdana, Cheras cari buku jawi untuk anak saya Adib. Sempat lagi pegi tengok bahagian buku masakan. Apa lagi, saya beli buku biskut dari chef Florence pulak. Nampak sedap dan resepinya ringkas ajer. Sekarang dah 2 buah buku resepi biskut. Tak termasuk lagi resepi yang di download dari internet dah ada 2 buah buku yang saya telah compile.

Selasa tengahari, terus pegi Yummy bakery kat Bangi cari bahan untuk buat biskut. Semua saya rembat. Sebenarnya nak mengelak pegi Yummy hari Jumaat sebabnya, tentu beratur panjang.  Dalam perjalanan balik tengok juga kedai MakCik Bakery dan Bake with Yen Bakery kat Bangi..... kosong ajer. Orang suka lagi pegi kedai Yummy sebab harganya lagi murah. InsyaAllah, Sabtu atau Ahad minggu ni dah boleh start buah biskut raya. Rancang nak buat cheese tart, biskut peanut butter, biskut almond dan semperit/dahlia. Anak saya, Adib dah Arfa pun sibuk nak buat biskut. Jadi saya nak beri mereka peluang buat biskut sendiri tahun ini. Buku resepi pun dah ada, cuma pilih ajer nak resepi mana.

Lepas balik kerja, saya terus letak barang-barang untuk buat biskut atas meja.  Saya pun dah sediakan semua peralatan untuk buat biskut seperti penimbang, dulang, acuan biskut dan bekas-bekas nak letak biskut yang dah siap. Dah cari kotak besar untuk simpan bahan2 biskut. InsyaAllah hujung minggu ini akan mula buat sikit2. Sedang semangat sekarang.


Ini kisah pasal cheese powder pulak.  Ain tempah lagi 10kg.  Selepas maghrib baru saya pegi hantar ke Balakong 5kg dulu. Lagi 5kg minggu depan sehingga stok sampai. Selalunya balik kerja terus hantar tapi disebabkan kawasan rumah memang selalu tak ada air, jadi saya balik rumah dulu masak, makan dan mandi. Selepas ajer mengemas bahan2 biskut kedalam kotak, terus saya ajak anak2 makan. Bukan apa, takut air tak ada tiba2. lagi susah ..... nanti pinggan mangkuk bertimbun dalam singki. Dan harap2 hari minggu ini tak ada masalah air.  Kalau tidak tak terbuat pulak biskut. Jadi, kalau air tak ada, alternative lain, saya bawa anak pegi shopping baju rayalah kot :).

Monday, July 16, 2012

Kelas deko pada 15/7/2012


Cookies yang siap di bentuk dan dimasak 



Cookies yang siap di deko dan dibungkus

Semalam Ahad, Sheila dari Ampang telah hadir untuk kelas membuat biskut sehinggalah mendeko biskut (A-Z).  Beliau start pukul 10 pagi dan habis pukul 4 petang. Nasib baik semalam ada air. Hari Sabtu sehari tak ada air, dari Jumaat sehinggalah ke Sabtu malam.  Alhamdulillah, pagi Ahad air dah ada.  Untuk makan tengahari pun saya masak ringkas ajer, cuma buat kue teaw goreng. Semoga Sheila dapat buat cantik-cantik untuk hari perkahwinannya nanti. Kalau rajin, bolehlah ambik tempahan pulak.