Tuesday, January 19, 2010
Tempahan cupcakes dari Dr. Sue
Ini pulak tempahan cupcake dari Sue kat Cheras untuk birthday anaknya. Beliau nak gambar princess. Susah tu nak deko. Akhirnya saya cuba deko gambar snow white. Pagi Sabtu lepas bangun awal sikit sebab nak buat dan deko kek (Biasanya lepas subuh sambung tidur sebab anak tak sekolah, he...he...). Petang baru saya hantar ke Kliniknya. Inilah hasil deko saya.
Sunday, January 10, 2010
Tempahan cookies dari Zul
Inilah tempahan pertama yang saya terima dari seorang lelaki iaitu Zul. Zul tempah untuk kawannya. Dia minta saya buatkan kartun wonder pets. Sebenarnya saya tak nak ambik sebab takut tak jadi tapi Zul kata dia tak kisah sangat kalau tak jadi pun. So, saya cubalah juga buatnya. Tak tahulah jadi atau tidak kartun wonder pets tu. Zul juga tempah huruf. Dapat tak baca apa yang di tempah?
" THIS MSG HAS NO FAT NO CHOLESTROL N NO ADDICTIVE. THIS IS ALL NATURAL EXCEPT WITH A LOT OF SUGAR BUT IT CAN NEVER BE AS SWEET AS THE ONE READING IT. HAPPY BIRTHDAY FIZA"
" THIS MSG HAS NO FAT NO CHOLESTROL N NO ADDICTIVE. THIS IS ALL NATURAL EXCEPT WITH A LOT OF SUGAR BUT IT CAN NEVER BE AS SWEET AS THE ONE READING IT. HAPPY BIRTHDAY FIZA"
Hasil kerja Pelajar Kelas Deko 9/1/10 dan 10/1/10
Thursday, January 7, 2010
Roti & Kelas dekor
Setakat hari ini ada 3 pelajar yang telah mendaftar untuk kelas dekor esok dan lusa. Minggu depan saya akan uploadkan gambar2 pelajar tersebut.
Minggu ini memang tak ada tempahan sebab semua tempahan saya tolak kerana 2, 3 minggu lepas out station dan badan rasa letih lagi. Jadi minggu ini boleh ler buat kelas sebab tak sibuk sangat. Sepanjang minggu ini saya buat aktiviti lain pulak iaitu membuat roti untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah. Saya uploadkan gambar roti yang telah di buat.

Wednesday, December 30, 2009
Kelas Deko Cookies pada 10 Jan 2010
Kelas deko kukis untuk bulan Januari di adakan pada 10 Jan 2010 (Ahad) dari 3 - 5 ptg. Tarikh akhir untuk confirm pada 8 Jan 2010.
Monday, December 28, 2009
Tempahan dibuka
Dah lama saya tak ambik tempahan, hampir 3 minggu sebab outstation. Bulan 12 ni memang bulan yang sibuk dengan kerja. Out station kali ni saya telah pergi ke beberapa negeri iaitu dari Kelantan ke Kedah dan akhirnya ke Perak. Bestnya kerja kali masuk hutan jumpa gajah liar. Memang bahaya sebab kumpulan saya terserempak dengan gajah dan saya serta Ramli (technician dari Sabah) yang ternampak gajah dalam 50 meter ajer depan kami sebab kami yang jalan depan dulu. Sebenarnya, kami nak ambik sampel air dalam hutan Gua Musang untuk buat kajian dan memang tak boleh masuk dengan 4WD. Itulah sebabnya kami jalan kaki dalam 800 meter dan tinggal 800m lagi nak sampai ke tempat yang nak di tuju terserempak ler pulak dengan gajah. Memang malang betul hari tu. Bulan lepas saya bermalam (berkhemah) dalam hutan kat Bentong, Pahang dan tempat kami buat kajian memang dikelilingi oleh gajah, tak ada ler pulak kami terserempak atau gajah datang kat kami. Tapi kali ini tak tau ler, kut2 ada orang kami yang terpijak taik gajah itu yang boleh terserempak. Salah satu petua masuk hutan pantang pijak taik gajah. Gajah memang tau (percaya atau tidak, itu memang tuhan anugerahkan kepada makhluk tu).
O.k ler kepada sesiapa yang nak menempah memang saya dah buka tempahan untuk tahun depan. Di kesempatan ini juga yang tinggal lagi 2 hari masuk tahun baru, saya ingin mengucapkan selamat tahun baru untuk semua peminat2 decor cookies. Saya berdoa semoga akan lebih berjaya untuk tahun2 akan datang.

Tuesday, December 8, 2009
Tempahan cartoon cookies dari Pn Natasha
Kali ini saya buat cookies special untuk Pn Natasha. Beliau dah lama menempah untuk birthday anaknya. Janji nak ambik Bulan lepas lagi tapi 2, 3 hari sebelum ambik, beliau sms nak tunda jamuan kerana bapa mertua meninggal dunia. Takziah. Nasib baik saya cuma membuat 1/2 ajer cookies cartoon tapi belum mendeko. Beliau tempah 100 kpg cookies berbagai jenis cartoon dan ada pemegang. saya pun mula menbuat research dan cari kartun yang saya rasa senang untuk mendeko. Akhirnya siap ler juga walaupun tak secantik mana. Jamuan beliau hujung minggu ini. Untuk bulan Disember, inilah tempahan terakhir yang saya terima. Ada 6 jenis kartun yang saya berjaya buat.

Saya terpaksa out station selama 2 minggu sehingga 22/12/09. Jadi sesiapa yang nak menempah, 26/12/09 baru saya ambik tempahan dan boleh sms/tel saya.
Saya terpaksa out station selama 2 minggu sehingga 22/12/09. Jadi sesiapa yang nak menempah, 26/12/09 baru saya ambik tempahan dan boleh sms/tel saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)