Monday, December 5, 2011

Tempahan cc dari Zaza



Tempahan edible photo cookies dari sepupu Zaza sebanyak 200 kpg


CC untuk hantaran







 
Tempahan CC di tempah sebanyak 120 biji

Ini tempahan CC Zaza dan cookies sepupu Zaza.  Jumaat tengahari 2 Dis 2011, Zaza datang ambik cupcake dan cookies yang dia tempah untuk sepupunya. Temabiru/hijau torquise untuk cc dan cookies corak colourful.

Lepas ajer adik Zaza, Zizi ambik tempahan, saya terus pergi hantar service kereta. Appointment 2:45pm tapi hampir pukul 3 baru sampai. Hujan lebat sangat.  Malamnya berita tergempar mengenai bandar Kajang banjir kilat.  Kesian sesiapa yang pegi shopping tghari tu.

Petang saya pegi rumah adik, Ina kat Putrajaya ambik adik, Faiz yang baru tiba dari Kg.  Katanya selepas periksa paper akhir, SPM terus dia datang KL dengan adik saya Norizan naik bas malam.  Kononnya nak teman saya sebab tinggal sorang tapi hari ke 3 dah suruh saya hanatr rumah mak cik kat balakong.  Kat situ lagi ramai kawan2nya. 

Petang Sabtu (3 Dis 2011), saya bawa Ida dan Faiz tengok wayang cerita OMBAK RINDU lakonan Maya Karin, Aron dan Lisa Surihani.  Best ceritanya.  Sangat Sedih.  Saya tengok kat JJ Cheras Selatan dan nasib baik ada lagi 3 tempat kosong petang.  Memang saya rekomen sesiapa nak tengok pergilah....puas hati tengok kat panggung.  Ramai yang menangis tengok cerita tu....termasuklah saya.....hee...hee....hee... Kalau tengok dengan husband mesti saya dah kena kutuk :(




No comments: