Monday, October 18, 2010

Tempahan cupcakes dari Dr Sue



Dr Sue tempah cup cakes lagi untuk jemputan kawan2 anaknya. Beliau nak gambar princess. Sejak kebelakangan ini ramai pulak yang tempah cupcakes topping coklat jadi saya pun buatkan untuk Dr. Sue rasa cup cakes topping coklat pulak. Minggu ni idea dan sifat rajin pun berkurang jadi saya pun apa lagi, beli ajer edible photo gambar princess. Cepat ajer siap deko. Walaupun harga mahal untuk beli edible photo tapi memandangkan kemalasan datang......rasanya berbaloi juga. he...he...he...

Minggu berikutnya Dr. Sue tempah lagi 50 biji untuk jamuan kawan2nya. Nanti ler saya upload gambar. Buat Dr. Sue, terima kasih kerana setia menempah dari saya.

No comments: