Sunday, March 24, 2013

clay class for my kids

Ain - projek ke 4

Arfa - projek 4

Adib - projek ke 5

Adib -projek ke 6 (last project for level 1)

Ain - projek ke 5

Ain with her sun flower mirror (the third project)

Ain had finished 3 projects, just 1 more left

Arfa - projek ke 5
Minggu ini anak2 ku semua excited nak pegi kelas clay. Pukul 12 dah ajak saya pegi sana.  Hari ini seronok sikit sebab ramai yang hadir. jadi kami sempat berborak2 dan berkenalan sambil tengok hasil masing2. Adib minggu ini kelas terakhirnya. Dah siap ke enam2 projek.  Lepas ni dia beritahu tak nak sambung lagi dan nak pegi kelas renang pulak. Minggu ni nak pegi survey kelas renang pulak area kajang atau cheras. Ain dan Arfa tinggal lagi satu projek masing2.  Mereka berdua dah cakap nak sambung ke level 2. Projek yang lebih mencabar. Perbezaan anak lelaki dan perempuan. Sebenarnya Adib tak boleh sangat buat kerja yang perlu ketelitian dan fokus. Tak sama dengan anak perempuan, Ain dan Arfa memang jenis yang teliti dan kemas.  Saya tengok, Adib suka bentuk2 binatang macam dinasour. Balik rumah pun dia siapkan lagi 2 ekor dinasour. Ain pulak paling suka sunflower mirror yang dia buat. Minggu depan dia dah beritahu, dia nak buat macam projek ke 5 kakaknya. Sesiapa yang nak tengok projek clay saya pulak boleh tengok di link http://zuraothman.blogspot.com

Monday, March 18, 2013

Tempahan cars and traffic light






Ini tempahan daripada Intan buat kali ke 2. Sebelum ini beliau tempah elmo. Mencabar juga membuat gambar kereta yang di minta. Tak berapa cantik sangat saya lukis. Lain kali tak mahu lagi ambik tempahan berbentuk kereta sebab tak pandai nak lukis :(.

Sunday, March 17, 2013

Kelas Clay Craft

Ain - projek ke 2

Adib - projek ke 4

Arfa - projek ke 3
Arfa - projek ke 2

Adib - Projek ke 2

Ain dan Arfa - projek pertama

Inilah hasil kerja anak2 saya. Ada 6 projek perlu disiapkan untuk level 1, clay craft.

Kelas Deko


Semalam Ahad petang, Khadijah dari Bt 9 cheras sempat datang belajar kelas mendeko kukis. Harap beliau praktiskan apa yang telah diajar supaya menjadi semakin mahir dalam seni mendeko kukis.

Sunday, March 10, 2013

Spell my name, bib, stroller dan botol susu



Sebenarnya saya pun dah lupa nama orang yang menempah. Beliau menempah huruf LYSA (120 bungkus) dan DANIA (100 bungkus).  Janji hari Khamis 7hb nak jumpa kat LRT Sg Besi pukul 7 tapi terpaksa lewatkan sebab beliau terpaksa ambik suaminya kat Klang, Jadi pukul 9 lebih baru dapat hantar cookiesnya kerana dah janji dengan Lyena jumpa kat JJ BTHO untuk hantar cookies juga pada hari yang sama.



Inilah tempahan dari Lyena sebanyak 100 keping untuk anak saudaranya. Gambar botol susu, bib dan stroller. Tema pink putih. Kebetulan malam tu hujan memang lebat. Janji jumpa kat JJ BTHO/Balakong tapi saya telah terset kat otak jumpa kat carefour BTHO. Saya yang tersilap tempat sebab tak baca betul2 mesej. Maklumlah nak kena jumpa 2 customer pada hari yang sama. At last kami jumpa kat Econsave Balakong dalam hujan yang lebat. mohon maaf juga kepada Lyena.

Wednesday, February 27, 2013

Tempahan cookies bermisai


Alhamdulillah dah siap cookies gambar misai yang ditempah esok 1hb Mac. Anak saya Arfa beritahu matanya berpinar2 dan pening tengok cookies ni :), berombak-ombak. Design cookies ini memang seperti yang di email oleh tuannya.

Makluman juga kepada yang nak menempah cookies untuk bulan March dan awal April 2013, sila confirm awal sebab saya kena o/s ke Terengganu selama seminggu lebih bermula 20hb  sehingga 31hb March 2013. Jadi saya kena merancang awal untuk siapkan cookies anda semua. Kepada yang dah confirm, terima kasih yer.

Makluman juga kepada yang hendak hadir kelas pun sila inform awal kerana masa saya agak terhad juga. Kelas dekor A to Z, hanya terhad kepada 2 orang sahaja untuk satu kelas. Anda akan diajar dari mengadun, membuat bentuk perbagai design, membakar, mendeko sehinggalah pembungkusan. Saya cuma akan membuka kelas jika ada sedikit kelapangan.

Tempahan kahwin



Ini sebenarnya tempahan daripada Norliha Putrajaya. Beliau ambik Jumaat 8hb Feb, sehari sebelum saya balik kampung sempena raya cina. Beliau tempah 300 keping untuk gambar baju kot dan dress.