Gambar ini dah lama tapi tak ada masa nak upload. 31 Jan lepas adalah hari lahir anak kedua ku. Genap 9 tahun. 1 Feb pulak hari ulang tahun perkahwinanku dan 29 Jan hari lahir adik iparku. Sebenarnya kami adakan sedikit majlis makan 3 in 1 untuk kami ajer. Itu pun adik yang rancang. Makanan dan kek pun adik yang masak. Saya cuma sediakan ayam ajer sebab semua adik2ku nak makan ayam bakar ajer (barbecue). Adik saya Ida masak bee hoon dan kek dan cupcake. Adik saya Ina buat sandwish dan karipap segera dan saya masak mee bandung (perencah segera), nugget dan perap ayam. Jom tengok ganbar yang diambik oleh anakku, Adib.
Tuesday, October 4, 2011
Birthday Anak Kedua, Arfa

Birthday anak Zura, NUR AIN ARIFAH
Tempahan dari izzati
Ini tempahan dari Izati untuk dijadikan salah satu hantaran perkahwinannya. Beliau tempah nama AYON dan DIDA kaler campur biru muda dan unggu muda dan kukis bentuk hati saiz S 10 kpg warna merah hati. Sebenarnya beliau nak ambik sebelum 22hb Oktober tetapi saya siapkan awal kerana memandangkan saya akan outstation selama seminggu bermula 24hb oktober sehingga 29hb.
Saya berharap sesiapa yang nak menempah cookies boleh email atau sms tetapi saya akan menjawap semua email/sms selepas balik outstation atau jika ada kesempatan. Sebenarnya selama seminggu itu saya akan berada dalam hutan Hulu Terengganu untuk satu projek penyelidikan.

Tempahan dari Adibah Spongebob
Projek bag crochet
Thursday, September 29, 2011
Tempahan ELMO dari Niza Shah Alam
Ini tempahan dari Niza. Yang tolong menempahnya adalah adik Niza. Menurut Niza, adiknya pernah menempah dengan saya sebelum ini. Siapa yer? saya pun dah lupa. Beliau tempah cartoon ELMO 50 keping. Tengoklah hasilnya. Anak saya Ain menempah juga elmo ini. Dah banyak cookies yg saya janji nak buatkan untuk dia, POCOYO, ELMO, oh...banyaknya :).
Bulan ini ramai pulak yang tempah cookies cartoon. Minggu ini nak siapkan cookies Thomas dan ada juga yang tanya minta saya buatkan cookies cartoon angry bird. Setelah menceburi bidang cookies ini, saya jadi pelukis cartoonlah pulak haa..haa..haa..
Tempahan dari Ana
Ini tempahan dari Ana. Tema pink dan putih. Jumpa kat masjid Uniten untuk ambik cookies ini. Beliau tempah untuk pertunangan adik iparnya. Sebenarnya, saya buat cookies ini cukup2 100 keping seperti yang di minta tetapi malang tak berbau, cookies ku ini dimakan oleh anak2ku tanpa pengetahuan. Bila kira2 rupanya tak cukup 7 keping. Geramnya rasa hati....sabar...sabar nak buat camne budak2. Nasib baik ada tempahan lain yang nak juga bentuk love dan saya dah buatkannya. Tak adalah kena uli adunan semata2 untuk buat 7 kpg cookies. Minggu ini nak kena siapkan lagi 3 tempahan sebelum saya keluar outstation. Husband pun dah ingatkan saya lain kali kalau buat cookies lebihkan untuk langkah "kecemasan" :).
Subscribe to:
Posts (Atom)