Thursday, September 29, 2011

Tempahan dari Ana


Ini tempahan dari Ana.  Tema pink dan putih. Jumpa kat masjid Uniten untuk ambik cookies ini. Beliau tempah untuk pertunangan adik iparnya. Sebenarnya, saya buat cookies ini cukup2 100 keping seperti yang di minta tetapi malang tak berbau, cookies ku ini dimakan oleh anak2ku tanpa pengetahuan.  Bila kira2 rupanya tak cukup 7 keping. Geramnya rasa hati....sabar...sabar nak buat camne budak2.  Nasib baik ada tempahan lain yang nak juga bentuk love dan saya dah buatkannya. Tak adalah kena uli adunan semata2 untuk buat 7 kpg cookies. Minggu ini nak kena siapkan lagi 3 tempahan sebelum saya keluar outstation.  Husband pun dah ingatkan saya lain kali kalau buat cookies lebihkan untuk langkah "kecemasan" :).

2 comments:

Lady Lavender said...

Salam
Fancy cookies ni brapa rm?

"Zura Fancy Cookies" said...

Tengok saiz. S RM 1.50, M RM 2.50 dan L Rm 3.50. Biasa orang ambik saiz S dlm 4 - 5 cm. dan harga boleh kurang lagi kalau kuantiti banyak melebihi 100 kpg.