Sunday, May 31, 2009

Kelas deco cookies


Ahad 31 Mei 2009, Zura telah berjaya membuat kelas deko untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Di sini zura sertakan email dari mama Qamarina dan gambar yang telah didekonya.

Msg dari Mama Qamarina:

just nak say tq sb entertain anak dian hari tu.
dia happy sb ble pick up
balik tu kita org deco biskut merry.. he he



Gambar Rina bersama edible photo cookies. Cantikkan.... dia deko.



Hasil deko dari Rina.

Zura harap lebih ramai lagi kanak-kanak mengikuti kelas deko pada masa akan datang. Menurut Pn. Dian, Rina memang suka craft dan deko. Sebelum ikuti kelas deko cookies, dia dah ikuti kelas deko cup cake. Tahniah Pn. Dian. Really supportive mother.

Sunday, May 24, 2009

Muffin Coklat Kukus

Ahad lepas kawan order goodie bag beserta muffin sebanyak 20 biji. Selepas Subuh ajer terus buat muffin sebab dia nak ambik dalam pukul 12 thgari untuk dimasukkan dalam goodie bag. Nasib baik tak order cup cakes, mesti tak sempat nak deco. Goody bag gambar Cinderella lupa nak ambik photonya. Yang ada cuma gambar muffin ajer.

Dulu IMAN sekrang LUV U

Pada Sabtu 9 hb Mei, Sabtu, Zura hantar order spell my name dari Shafina untuk birthday anaknya "IMAN" 20pkt. Jumpa kat kedai Perabot Econsave Balakong. Tapi lupa pulak nak ambik gambarnya sebab kalut. Apa tidaknya pagi Sabtu tu baru start mendeko. Tapi susulan dari tu, kakak iparnya pulak order 40 pkt "LUV U" dan nak ambik Rabu ini. Yang ini sempat ambik gambar.


Gambar sebelum letak riben dan susun




Yea......dah siap untuk diberi kepada Pn Mahfudza.

Thursday, May 21, 2009

Tahniah ~ Hanim & Cookies~

Rabu lepas 20 Mei 2009, Hanim bagi saya merasa dan lihat cookies yang telah dibuatnya. Sedaaaaaaappppp dan menarik. Macam-macam gambar yang ada. Ada rabbit, ada flower dan macam2 lagi lah. Tapi gambar dia tak ingat nak ambik. Jadi tak boleh ler nak tengok gambar hasil cookiesnya. Tak apa nanti dia akan buat lagi untuk bagi gift kepada kanak-kanak semasa hari perkahwinan adiknya. Saya akan cuba paparkan gambarnya.

Sunday, May 3, 2009

Kelas Deko 3 Mei 09




Setelah 3 bulan berkecimpung secara serius dalam bidang mendeko cookies ini, pelajar pertama Zura berjaya juga menghadiri kelas mendeko pada 3 Mei lepas. Tahniah Hanim. Sebelum ini, dia macam tak percaya yang hanya 2 jam belajar mendeko dah boleh pandai. Yang penting ilmu teknik mendeko dan selepas itu yang penting praktiskan ilmu yang dipelajari. Harap Hanim dapat menghasilkan cookies yang cantik2 dan menarik untuk majlis perkahwinan adiknya. Nanti sama2 kita tengok hasilnya nanti sebab dia janji akan emailkan cookies yang dia buat untuk majlis adiknya itu. Untuk hari ini, mari kita tengok cookies yang Hanim telah deko hari Ahad lepas. Hampir sebijik dengan Zura deko kan! Hanim kata selepas hadir kelas baru dia betul2 menghargainya. terima kasih yer.

Tuesday, April 28, 2009

Cupcakes




Hari Sabtu lepas ada kenduri rumah kawan. Sampai rumah dalam pukul 3 terus bergegas ke dapur buat cupcakes untuk HOSPIS. Edible photo yang di sumbangkan oleh Kak Pau dari Citra Klasik pun Amira dah siapkan. Pukul 6:30 ptg baru siap kukus cupcakes beserta deko. Pukul 7:15 ptg baru dapat hantar cupcakes dan cookies ke HOSPIS.

Menurut Lisa (HOSPIS), semua orang suka dengan hand decorated cookies itu dan terjual seperti goreng pisang panas. Itupun zura tak sempat nak buat macam2 lagi sebab ada banyak tempahan cookies bulan April ini. Cupcakes pulak orang sayang nak makan gambar2 kartun tu.

Thursday, April 23, 2009

Hantaran Cookies

Pagi ini dah hantar cookies yang di tempah oleh kawan untuk hantaran pertunangan adik iparnya. Tema warna torquise. Berjaya juga zura membuat campuran warna sehingga menjadi warna torquise. Dalam hantaran cookies itu dimasukkan edible photo - gambar pasangan tersebut.

Minggu lepas sibuk mencari bahan-bahan untuk menghias bakul. Tema warna torquise. Jenuh jugak berbincang dengan pekerja kedai barang hantaran untuk mencari aksesori dan bunga yang matching dengan warna torquise. akhirnya zura berkenan juga dengan bunga silver ini. Di sisi bakul ada riben kain organza tu pun zura buat sendiri. Ingatkan nak beli yang dah siap tapi harganya lebih dari 2x ganda. Hasilnya seperti dibawah.

Pandangan dari atas.


Fokus ke bunga sisi. Zura sangat suka bunga silver ni.


Minggu ini sibuk mendeko dan membuat biskut. Edible photo pun dah diambil. lihat hasilnya.


Cookies bunga besar


Cookies bunga kecil


Akhirnya proses pengubahan hantaran. Inilah hasil yang terakhir. Sudah sedia untuk diberi kepada pihak lelaki. zura ucapkan selamat bertunang untuk adik ipar Hanim. Harap suka dengan hasil tangan zura ini.


Pandangan dari atas


Pandangan dari sisi