Sunday, May 3, 2009

Kelas Deko 3 Mei 09




Setelah 3 bulan berkecimpung secara serius dalam bidang mendeko cookies ini, pelajar pertama Zura berjaya juga menghadiri kelas mendeko pada 3 Mei lepas. Tahniah Hanim. Sebelum ini, dia macam tak percaya yang hanya 2 jam belajar mendeko dah boleh pandai. Yang penting ilmu teknik mendeko dan selepas itu yang penting praktiskan ilmu yang dipelajari. Harap Hanim dapat menghasilkan cookies yang cantik2 dan menarik untuk majlis perkahwinan adiknya. Nanti sama2 kita tengok hasilnya nanti sebab dia janji akan emailkan cookies yang dia buat untuk majlis adiknya itu. Untuk hari ini, mari kita tengok cookies yang Hanim telah deko hari Ahad lepas. Hampir sebijik dengan Zura deko kan! Hanim kata selepas hadir kelas baru dia betul2 menghargainya. terima kasih yer.

No comments: