Wednesday, February 27, 2013

Arfa dah mula sekolah

Sudah lama saya tak update blog ni. Sebenarnya terlalu sibuk dengan kerja. Bulan ni ada 2 tempahan yang nak kena siapkan, satu nak ambik lusa (jumaat) 1hb Mac dan satu lagi minggu depan 7hb Mac 2013.

Selepas mertua meninggal, anak saya Arfa check pada 7hb Feb lepas, doktor cakap dah boleh jalan dan sekolah. Cuti raya cina tempoh hari saya ambik cuti seminggu balik kampung untuk ambik barang2 dia. Hari Sabtu 9hb bertolak ke Kelantan bersama 2 anak. Mulanya ingat nak bertolak selepas Subuh tapi terjaga pukul 7 pagi, jam 8 juga baru bertolak dari rumah. Jem jangan nak cakap. dari karak lagi dah berderet2. Paling laju pun 60km ajer sehinggalah ke kota bharu. Pukul 6:30 petang baru sampai rumah di kampung. Husband asyik telefon ajer tanya status kat mana.

Seminggu jugalah balik kampung. 15hb Feb balik KL. Husband dan anak naik flight hari yang sama. Balik KL adik saya volunteer nak teman. Apa lagi, sepanjang perjalanan saya biar ajer adik yang drive. saya ambik peluang tidur.

Ahad 17hb Feb hantar adik balik kampung dengan bas dan husband balik ke kampung pada keesokkannya pulak.  18hb Feb Arfa mula sekolah. Tiap-tiap hari saya hantar begnya hingga ke kelas sebab doktor tak bagi lagi dia bawa beg atau barang berat.

Jumaat 22hb Feb, arfa terjatuh terduduk dibilik mandi. Oh! risau betul sebab Arfa baru 2 minggu belajar berjalan.. Minggu depannya 25hb ada pulak meeting tender. Jadi terpaksalah kerja dan saya bawa Arfa pegi office. Tak jadi pegi klinik sebab dia kata boleh jalan. Keesokkanya Sabtu baru saya bawa Arfa ke klinik Az Zahrah Bangi untuk check tulang kaki dia.  Doktor buat x-ray tapi tak bagi apa2 komen sebab dia minta rujuk pakar. Maksudnya Isnin 25hb Feb baru boleh buat appointment dgn doktor pakar.

Isnin petang , 25hb Feb saya masuk meeting tender untuk projek di bawah Transmission. Alhamdulillah lulus. dapatlah projek hampir 2 juta. Gembira sangat walaupun letih. Ain pulak demam jadi tak sekolah. Malam tak cukup tidur. penat...penat.  Dapat pulak berita kena pergi meeting kat Kenyir Terengganu pada Rabu 27hb Feb. Oh... tension. Minta orang ganti tapi tak boleh. Slide presentation untuk meeting pun tak buat lagi. Masa tunggu meeting pun sibuk tanya Awin tiket flight balik hari. Nasib baiklah kawan pun nasib yang sama. Masalah outsation sebab anak tak ada yang urus. dahlah husband jauh. Semua kena buat sendiri.

Selasa pagi 26hb, saya bawa Ain dan Arfa jumpa doktor. Terpaksa masuk lewat kerja. Alhamdulillah Ain cuma demam sebab tonsil dan dapat mc sehingga Rabu manakala Arfa doktor kata kakinya okay dan pagi tu dia terus buat fisio dan dapat cuti sehingga Jumaat.  Selepas hantar anak kerumah, masuk kerja  terus siapkan slide presentation untuk meeting, contact teksi untuk ambik ke airport. Contact adik minta tolong ambikkan anak petang. Minta tolong kawan ambik anak kat sekolah dan hantar kerumah dan macam2 lagi.  Allah itu amat mengasihani. Semua berjalan dengan lancar. Ada kawan untuk menolong dan sebagainya. Sampai rumah petang dalam 6 lebih dapat mesej dari kawan sekerja, meeting di Terengganu di batalkan sebab banjir. Yahoooooo.... alhamdulillah. tak jadi meeting. Tiket MAS kawan tolong urus pembatalan. Pertama saya contact teksi dulu beritahu batal, contact adik dan contact taska. Walaupun banyak kerja kena buat saya tak kisah. Yang penting tak perlu pegi Terengganu. Malam selepas keluar makan dengan anak2, saya terus buat cookies tempahan yang nak ambik Jumaat ini. Esok baru nak mula deko. Nasib baik dia tempah sikit ajer. Sebelum tidur sempat lagi saya jemur kain yang basuh sebelum keluar makan tadi. Kain yang tak berlipat pun bertimbun lagi. Tak tahu lagi bila nak berlipat.

Oh... itulah kehidupanku yang sentiasa sibuk setiap hari. Siang kerja di pejabat, malam urus anak, kerja rumah. Itu tak masuk lagi bab kena outsation berminggu2 dan nak siapkan tempahan cookies (hobi sampingan). Bulan March depan dah dapat jadual outsation seminggu lebih dari 20hb sehingga 28hb ke Terengganu. Tapi nasib baik masa ni husband dapat turun KL jaga anak.

Monday, February 4, 2013

Mak Mertua meninggal Dunia

Khamis minggu lepas (31/1/13) mak mertua saya meninggal dunia, jam 7:35 pm di Hospital Kuala Krai, umur 58t ahun. Bersamaan dengan hari lahir anak kedua saya Nur Arfa (31/1/01), genap 12 tahun. Saya memohon maaf jika ada yang mesej berkenaan cokies sebab saya tak sempat nak balas. Sibuk melayan tetamu yang hadir dan persediaan untuk majlis tahlil selama 7 hari. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. InsyaAllah. Amin.

Monday, January 28, 2013

Tempahan Sesame Street lagi





Ini sebenarnya tempahan sesame street daripada Saleha, Putrajaya sebanyak 150 keping. Beliau beritahu hubbynya suka gambar sesame street dalam blog saya. Isnin lepas 21 Jan 2013, jumpa kat Mydin Putrajaya hantar cookies cartoon tu.

Saya juga ada buat tempahan huruf nama ANIQ. tapi tak ingat bila saya buat sebabnya tak adalah pulak dalam rekod.  Biasanya tempahan saya akan masukkan dalam buku tiga lima. Tapi tak catit pulak tempahan huruf ANIQ.  Saya ada juga terlupa ambik gambar tempahan huruf ARIF daripada Sahariah. Terlalu banyak order masa tu, tak perasan ada yang tak terambil gambar lagi.

Minggu ini nak kena siapkan tempahan untuk perkahwinan sebanyak 300 keping daripada Norliha pulak.

Tempahan dari Kak Lin


Ini tempahan daripada Kak Lin, huruf TQ besar sebanyak 30 bungkus.

Tempahan dari Ida Kemaman



Ini adalah tempahan daripada Ida Kemaman yang sama belajar kelas tart hari tu. Minggu lepas jumpa dia minta resepi tart sebab dah terhilang masa kat kampung tempoh hari. Saya bagilah rasa cookies yang saya buat. Terus ajer dia order sebagai hadiah untuk kawan sekerjanya sebab minggu ini last day dia yang kerja tu. Minggu depan dapat kerja baru pulak.  InsyaAllah tengahari ini nak jumpa dia hantar cookies.

Tempahan dari Ruslina


Ini tempahan dari Ruslina, Shah Alam. Beliau tempah 50 biji huruf S besar. Alhamdulillah minggu lepas dah selamat pos ke Shah Alam.

Tempahan Krismas 2012







Lama saya tak upload cookies sebab tak sempat. Ini sebenarnya tempahan dari customer cina. saya pun dah lupa namanya. Beliau tempah dalam 20 biji sempena sambutan krismas.