Tuesday, October 23, 2012
Pengumuman tempahan cookies
Tinggal lagi 2 hari kita nak sambut Hari Raya AidilAdha pulak. Disini saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Haji buat semua umat islam. Dekat hujung tahun ini kerja pun banyak. Kepada sesiapa yang nak tempah cookies sila buat tempahan awal yer sebab bulan November ni saya banyak outsation pulak. Saya akan ke UTM Johor ada seminar dari 6 - 9/11/2012. 10 -17/11/12 bercuti balik kampung seminggu sempena cuti sekolah. Minggu ke 3 akan ke Perak dan ke 4 akan ke Terengganu. Jadual kerja bulan November ini memang sibuk. Harap sesiapa yang yang nak buat tempahan cookies kena lah confirm awal. Kalau ambik awal pun tak apa sebab cookies saya tahan 3 -4 bulan.
Sunday, October 7, 2012
Tempahan daripada ZIAN ZURIN
Ini tempahan daripada Zian untuk jamuan 27hb Oktober 2012. Memandangkan saya akan outstation mula 10hb, saya dah siapkan awal. Hari ini dah boleh pos. Beliau tempah huruf nama ZIAN tema warna hijau pink, cookies gitar warna pink dan cookies bentuk cupcake. Untuk cookies cupcake beliau tak beritahu nak warna apa. Itulah sebabnya saya buat colourful. Saya memang suka cookies yang colourful.
Thursday, October 4, 2012
Tempahan cookies cartoon POCOYO
Ini tempahan dari Raja Noor Azilah, Ampang. Alhamdulillah, tengahari tadi dah pos. Beliau nak guna 12hb tetapi memandangkan 10 - 19hb Oktober 2012 saya outsation (Perak + Terengganu), jadi saya siapkan dan pos awal-awal. InsyaAllah biskut saya masih tahan lebih dari 3 bulan walaupun tak ada bahan pengawet. Macam biskut raya, tahan lama jugakan. Beliau tempah cartoon POCOYO + PATO +ELLY. Saya sendiri pun banyak kenal karaktor kartun dari customer yang menempah :).
Tadi pun saya pos juga spell my name cookies tempahan dari Melaka. Beliau cuma tempah " I MISS YOU UN". Cuma 10 huruf. Saya beritahu dia harga pos pun lagi mahal dari harga cookies takut tak berbaloi nak tempah. Tapi dia nak juga. Jadi saya letak dalam bekas biskut raya supaya tak mudah pecah. Alhamdulillah dah selamat pos.
Bila direnung..... bila sampai satu tahap, kita sanggup buat apa saja untuk kebahgiaan diri kita. Wang ringgit sudah bukan jadi satu isu. Macam saya sendiri, tak sabar nak berhenti kerja. tunggu green light dari husband ajer. Orang nasihat saya, sayang berhenti kerja sebab gaji dah beribu-ribu tapi.... bila sampai satu tahap kita cuma akan fikir untuk kebahgiaan hidup dunia dan akhirat sahaja. wang ringgit dah tiada makna.
Thursday, September 20, 2012
Tempahan dari Soraya
Ini tempahan daripada Soraya. Beliau mesej saya katanya sebelum ini dia ada tempah juga. Saya pun tak ingat sebab banyak sangat tempahan. Walaubagaimanapun, saya nak ucap terima kasih kepada Soraya atas sokongan anda kepada saya. InsyaAllah Sabtu ni kita jumpa kat Petronas Tesco Ampang untuk hantar cookies.
Spell my name "QASEH"
Ini tempahan daripada Kak Lin. Anak kawannya Jumaat 14hb September nak nikah. Khamis 13hb baru tempah. Sebab kesian dan dah biasa dengan Kak Lin saya ambik juga tempahan tapi dengan syarat cuma 50 bungkus. Jumaat tu pukul 3 pagi baru tidur . Satu tengahari jumpa Kak Lin kat LRT Tasik Selatan hantar cookies dan terus pegi open house rumah kawan. Oh... memang mengantuk sebab sempat tidur 3 jam ajer. Balik kerja lepas Insyak ajer saya terus tidur. Bestnya dapat tidur....
Thursday, September 13, 2012
Tempahan cc dari Dr Sue
Tuesday, September 4, 2012
TQ Qiqin
Ini email dan gambar yang dihantar oleh Qiqin. Terima kasih banyak2. Akak masukkan dalam blog supaya boleh jadikan contoh untuk orang lain.
Email dari Qiqin ; "Ni cookies yang saya order dari akak, dalam dulang hantaran. :)
Suka sangat! thanks kak"
Email dari Qiqin ; "Ni cookies yang saya order dari akak, dalam dulang hantaran. :)
Suka sangat! thanks kak"
Subscribe to:
Posts (Atom)










