Wednesday, October 21, 2009

cakes kecik-kecik

Saya buat cup cakes untuk Pn Zehan cukup2 ajer adunan untuk 25 biji tapi macam biasa, anak2 saya mesti nak juga. Barang2 pun semua dah dihantar kerumah baru. Nasib baik ada bekas kecil untuk buat biskut raya tu. Jadi saya dapat ilham untuk membuat cupcakes kecil. Saya rasa senang jugak anak2 nak bawa bekal ke sekolah dan sebiji terus boleh masuk mulut. Memang praktikal dan saya rasa sesuai juga buat bila anak2 ada jamuan sekolah. Budak2 pun bukannya nak makan kek banyak2 pun. Saya tak deko pun sebab anak tak suka buttercream tu. Inilah hasilnya.



Cakesnya comel ajer. Saya pun tak sempat nak merasa sebab 2 bekas kuih raya tu sekelip mata ajer 2 anak saya habiskan. Mereka siap makan dan bawa kesekolah. Yang lawaknya, anak ketiga saya siap beri kat cikgu kelas kafanya lagi. Dia balik rumah terus beritahu yang cikgunya kata sedap dan suruh bawa lagi. Ha...ha.... cikgu kena tunggu waktu jamuan sekolahlah baru saya akan buat. Bukan apa, leceh sebab kecik2 nak bakar tu.

Tempahan cupcakes dari Zehan

Rabu lepas, Pn Zehan call minta buatkan cupcakes untuk anaknya sebanyak 25 biji. Beliau nak ambik hari Khamis tapi sebab saya kena pergi Rawang hari Khamis, terpaksalah Pn Zehan ambik hari Jumaat. Pagi Jumaat tu dekat 2 pagi jugak baru siapkan deko cupcakes gambar logo Manchester United. Pewarna merah pulak kehabisan. Jadi, pudarlah sikit warna merahnya. Pn Zehan nak masukkan dalam goodiebag untuk taska anaknya. Itu yang saya masukkan dalam bekas tudung bentuk dorm.

Monday, October 5, 2009

Cupcakes Untuk Shikin

Ini gambar cupcakes yang saya deko untuk kawan, Shikin. Dia rancang mahu sambut birthday tunangnya. Tempahannya sikit ajer cuma 10 biji saiz L. Tapi yang sedihnya, 2,3 minit sebelum serah kepada Shikin, anak perempuan bongsu saya terjatuh atas kek tu. Memang frust betul. Saya cuma membebel ajer kat dia. Nasib baik 2 biji ajer yang rosak. Tapi tak sempat ambik gambar cupcake yang rosak tu.



Sebenarnya cupcakes ini dibuat sebelum puasa lagi tapi lupa nak upload

Kelas Deko Untuk bulan Oktober 2009

Makluman Semua,

Memandangkan ramai yang bertanyakan mengenai kelas deko setelah 2 bulan saya berehat sebab puasa dan raya, dan untuk tidak menghampakan peminat deko, dengan ini saya ingin maklumkan bahawa saya akan adakan kelas pada hujung bulan ini Sabtu, 31 Oktober 2009 bertempat di rumah saya Balakong, 5 minit dari MINES. Jam 3:00 - 5:00 ptg. Sesiapa berminat, sila confirm sebelum Rabu, 28 Oktober 2009 untuk saya menyediakan bahan mendeko.

Sunday, October 4, 2009

Sale!sale! Fancy Cookies

Sesiapa yang berminat untuk menempah biskut raya Fancy Cookies bentuk mushroom, saya menawarkan harga istimewa sempena bulan Syawal ini. Cuma RM 30 (50 biji). Berminat boleh menempah segera.

Friday, October 2, 2009

Tempahan cookies dari Nina

Pagi tadi siapkan tempahan cookies "orang" untuk Nina sebanyak 150 kpg. Sampai pukul 4 pagi tadi baru siap. Nina datang ambik dalam pukul 11 pagi. Skrg baru rasa mengantuk. Minggu ni sibuk nak kemas barang pindah rumah pulak.

Thursday, September 17, 2009

Tempahan cookies hantaran dari Izad

Dah lama juga saya tak menulis dalam blog ini sebab terlalu sibuk. Bukannya sibuk buat kuih tapi sibuk dengan kerja off. Kena outstation masuk hutan pulak tu bulan-bulan puasa ni. Yang paling mengerikan ialah kena gigit pacat hampir 10 ekor. Nasib baik bulan ini tak banyak tempahan. Minggu ini baru siapkan tempahan edible cookies hantaran dari Izad. Kali ini di setiap cookies di tulis nama pasangan tersebut. Kalut juga kali ini sebab tak sempat nak cari bakul dan aksesori. Kali ini hiasan bakulnya terlalu simple.



Untuk 2 orang anak perempuannya, Izad menempah cookies gambar Upin dan Ipin. Tapi saya tak sempat nak reka jadi saya buat ajer gambar "orang dan anaknya". Sebenarnya dia nak 2 kpg sorang jer sebab takut anaknya nak biskut hantaran itu. Jadi ini untuk langkah berjaga-jaga, jika anaknya nak cookies tu dia boleh bagi yang lain. Gambar kartun lagi.