Thursday, May 21, 2009
Tahniah ~ Hanim & Cookies~
Rabu lepas 20 Mei 2009, Hanim bagi saya merasa dan lihat cookies yang telah dibuatnya. Sedaaaaaaappppp dan menarik. Macam-macam gambar yang ada. Ada rabbit, ada flower dan macam2 lagi lah. Tapi gambar dia tak ingat nak ambik. Jadi tak boleh ler nak tengok gambar hasil cookiesnya. Tak apa nanti dia akan buat lagi untuk bagi gift kepada kanak-kanak semasa hari perkahwinan adiknya. Saya akan cuba paparkan gambarnya.
Sunday, May 3, 2009
Kelas Deko 3 Mei 09
Setelah 3 bulan berkecimpung secara serius dalam bidang mendeko cookies ini, pelajar pertama Zura berjaya juga menghadiri kelas mendeko pada 3 Mei lepas. Tahniah Hanim. Sebelum ini, dia macam tak percaya yang hanya 2 jam belajar mendeko dah boleh pandai. Yang penting ilmu teknik mendeko dan selepas itu yang penting praktiskan ilmu yang dipelajari. Harap Hanim dapat menghasilkan cookies yang cantik2 dan menarik untuk majlis perkahwinan adiknya. Nanti sama2 kita tengok hasilnya nanti sebab dia janji akan emailkan cookies yang dia buat untuk majlis adiknya itu. Untuk hari ini, mari kita tengok cookies yang Hanim telah deko hari Ahad lepas. Hampir sebijik dengan Zura deko kan! Hanim kata selepas hadir kelas baru dia betul2 menghargainya. terima kasih yer.
Tuesday, April 28, 2009
Cupcakes
Hari Sabtu lepas ada kenduri rumah kawan. Sampai rumah dalam pukul 3 terus bergegas ke dapur buat cupcakes untuk HOSPIS. Edible photo yang di sumbangkan oleh Kak Pau dari Citra Klasik pun Amira dah siapkan. Pukul 6:30 ptg baru siap kukus cupcakes beserta deko. Pukul 7:15 ptg baru dapat hantar cupcakes dan cookies ke HOSPIS.
Menurut Lisa (HOSPIS), semua orang suka dengan hand decorated cookies itu dan terjual seperti goreng pisang panas. Itupun zura tak sempat nak buat macam2 lagi sebab ada banyak tempahan cookies bulan April ini. Cupcakes pulak orang sayang nak makan gambar2 kartun tu.
Thursday, April 23, 2009
Hantaran Cookies
Pagi ini dah hantar cookies yang di tempah oleh kawan untuk hantaran pertunangan adik iparnya. Tema warna torquise. Berjaya juga zura membuat campuran warna sehingga menjadi warna torquise. Dalam hantaran cookies itu dimasukkan edible photo - gambar pasangan tersebut.
Minggu lepas sibuk mencari bahan-bahan untuk menghias bakul. Tema warna torquise. Jenuh jugak berbincang dengan pekerja kedai barang hantaran untuk mencari aksesori dan bunga yang matching dengan warna torquise. akhirnya zura berkenan juga dengan bunga silver ini. Di sisi bakul ada riben kain organza tu pun zura buat sendiri. Ingatkan nak beli yang dah siap tapi harganya lebih dari 2x ganda. Hasilnya seperti dibawah.
Minggu ini sibuk mendeko dan membuat biskut. Edible photo pun dah diambil. lihat hasilnya.

Cookies bunga besar

Cookies bunga kecil
Akhirnya proses pengubahan hantaran. Inilah hasil yang terakhir. Sudah sedia untuk diberi kepada pihak lelaki. zura ucapkan selamat bertunang untuk adik ipar Hanim. Harap suka dengan hasil tangan zura ini.

Pandangan dari atas
Pandangan dari sisi

Wednesday, April 22, 2009
HOSPIS Malaysia
Jangan lupa pergi ke Charity Bazaar HOSPIS pada 26 April 2009 kepada semua yang berminat untuk dapatkan cookies Zura. Zura akan upload cookies yang akan dijual nanti. Zura juga akan buat edible photo cupcakes untuk dijual nanti tapi hari Sabtu baru nak buat. Edible photo di sumbangkan oleh Kak Pau dari Citra Klasik Bakery. Untuk cupcakes photonya akan diupload kemudian yer. Kak Pau terima kasih.
cookies without packaging
Tuesday, April 7, 2009
Tempahan dari Pn Zakiah Puchong
Subscribe to:
Posts (Atom)