Tuesday, May 14, 2013

Cara jahit awning keras

 1. Mula-mula, gunting kain ikut bentuk D.

 2. Gosok awning bahagian depan.

 3. Letakkan pelekat keras. Bahagian bergam di bawah. Pastikan pengeras berada di tengah2. Sebab itulah kita kena gosok  untuk kita pastikan pengeras terletak betul2 di bahagian tengah.

 4. Gosok sekali lagi pelekat keras itu supaya bahagian bergam melekat di kain.

 5. Jahit bahagian atas pelekat.

 6. Jahit bahagian kiri pelekat.  Ada 2 jahitan kiri dan kanan.

 7. Tutup dengan kain bahagian pelekat tadi dan gosok sekali lagi supaya bahagian depan betul2 tajam.

8. Akhirnya jahit jelujur dengan jarum bahagian melengkung tu. Pastikan kain tidak gelembung.  Selepas itu barulah dicantum kain dengan bahagian badan. Sepatutnya jahit tepi bersama dengan kain bahagian badan. Tapi disini saya sudah jahit tepi siap2 kerana saya tolong buat awning untuk kawan. Beliau nak cantum sendiri dengan kain bahagian badan. Sudah siap......, anybody can try. So easy :)

2 comments:

Sheila Shafeareen said...

Assalamualaikum hee tq share ye ada yg patah2 boleh le buka balik dan tambah yg baru mcm ni...

"Zura Fancy Cookies" said...

Boleh.... boleh juga buat awning tudung ikut kain baju kurung. Boleh guna yang lebih2. cara jahit tudung pun akak dah ajar (cara jahit tudung tanpa awning keras). Boleh cuba sendiri.