Wednesday, June 27, 2012

Tempahan huruf dan Tips untuk Jahit tudung


Cerita cookies
Dah lama juga saya tak buat cookies sebab tempahan dah semakin berkurang.  Bila ada yang nak tempah, saya pulak yang tak boleh.  Ini tempahan untuk huruf 25 dari dot..dot...saya sebenarnya dah lupa nama dua :) .  Dia tinggal di area PJ. Semalam saya kebetulan ada meeting pulak di PJ, jadi kami jumpa kat Amcorp.

Cerita Cheese Powder
Semalam meeting habis lambat, pukul 6:45 baru ambik Ain kat taska dari PJ, apa lagi makan luar.  Janji dengan adik untuk hantar Cheese powder 15 bungkus, tempahan dari kawan office dia dan alang-alang saya lebihkan lagi 5 paket supaya senang kalau kawannya nak tak perlu saya pergi hantar lagi.  Menurut adik saya, ada kawan dia gaulkan cheese powder dalam nasi goreng dan katanya rasa memang sedap.  Saya pun belum cuba lagi. 

Cerita Tudung
Ini pulak nak cerita pasal saya ajar kawan jahit tudung dan yang bestnya kawan saya itu siap buat kelas jahit tudung dan menjual kits tudung lagi.  Memang otak berniaga.  Bilalah agaknya saya dapat beli mesin jahit tepi.  Itu yang terbengkalai projek jahit tudung sebab tak ada mesin jahit tepi. Sebenarnya kalau nak jahit tudung, peralatan mesti lengkap.  Jadi saya nasihat kepada sesiapa yang nak belajar jahit tudung, yang penting mesti ada mesin jahit biasa, mesin jahit tepi dan jarum emas.  Dah ada semua baru boleh cari kain.  Dah ada semua baru boleh jahit tudung.  Kalau setakat belajar jahit tudung atau teringin jahit tudung tapi kelengkapan tak lengkap, fikirlah 2x.  Kalau nak jahit tudung mesin jahit tepi mesti ada sebabnya...... nanti saya buat tutorial jahit tudung, anda mesti akan tahu sebabnya. Walaubagaimanapun, kalau tak ada mesin jahit tepi, masih boleh jahit tudung iaitu dengan menghantar jahit tepi kat kedai tapi biasalah, tak akan siap dan tu jugak.  Itu yang menjatuhkan semangat menjahit tudung.

Cerita Kerja
Dalam 2 minggu ini datang kerja amat membosankan.  Apa tidaknya, hari2 datang kerja kena hadir meeting. Tak sempat nak buat kerja teknikal. Esok pulak, Jumaat kena outsation ke Terengganu.  Itupun selepas berbincang, barulah saya dibenarkan balik awal sikit, Ahad dah balik KL.  Kalut jugalah sebab semalam baru minta admin urus tiket flight dari Tgg ke KLIA.  Alhamdulillah pagi ini dah settle.  Kita sebagai wanita ni banyak benda kena fikir.  Sabtu ni kena ambik buku rekod anak pulak. Nasib baik husband turun KL untuk urus semua.

Cerita Air
Dahlah seminggu kawasan Balakong tak ada air.  Selepas 3 hari baru air tangki rumah saya habis.  Nasib baik ada adik tinggal kat area Cheras.  So, balik kerja bawa baldi terus bawa anak2 mandi dan ambik air di rumah adik.  Alhamdulillah hari ini dah ada air walau sedikit ajer yang keluar. Kalau tidak, 2 hari saya mandi kat office.  Pagi2 datang kerja pergi mandi sebab tak ada air. Petang pulak, ambik Ain kat taska dan patah balik office semula untuk latihan volley ball dan terus mandi kat office ajer kalau dah lambat.  Minta2 office halalkan saya guna air :(.

No comments: