Sunday, November 7, 2010

Tempahan dari Siti, Serdang


Bentuk love di riben sama dengan huruf TQ

Ini tempahan yang paling banyak aku terima selama berkecimpung dalam dunia cookies ni. Siti dari Alor Setar, Kedah yang bekerja di Serdang Selangor menempah 650 set huruf "TQ", 650 keping bentuk love dan 100 set "S +btk love kecil + S". Beliau tempah untuk dijadikan gift pada hari perkahwinannya. Hari Jumaat lepas, hari Deepavali beliau datang ambik. Terima kasih Siti kerana menempah cookies akak.


huruf TQ ada 4 warna yang dipilih iaitu warna pink dot biru, biru dot pink, pink dot putih dan putih dot pink.





Bentuk love yang pelbagai corak dan warna supaya cookies tu nampak lebih ceria. Perasa Vanila.



Huruf S +love+ S ini 100 set untuk di beri kepada jemputan yang istimewa seperti kawan2. Siti order semua cookies huruf perasa coklat oat dan bentuk love besar perasa vanila. Temanya silver. Itulah jenuh juga cari riben warna silver dan harganya pun hampir 3 x ganda lebih mahal dari riben biasa.

No comments: