EDIBLE IMAGE
Monday, October 25, 2010
EDIBLE IMAGE ADA DIJUAL
Monday, October 18, 2010
Tempahan cupcakes dari Dr Sue

Dr Sue tempah cup cakes lagi untuk jemputan kawan2 anaknya. Beliau nak gambar princess. Sejak kebelakangan ini ramai pulak yang tempah cupcakes topping coklat jadi saya pun buatkan untuk Dr. Sue rasa cup cakes topping coklat pulak. Minggu ni idea dan sifat rajin pun berkurang jadi saya pun apa lagi, beli ajer edible photo gambar princess. Cepat ajer siap deko. Walaupun harga mahal untuk beli edible photo tapi memandangkan kemalasan datang......rasanya berbaloi juga. he...he...he...
Minggu berikutnya Dr. Sue tempah lagi 50 biji untuk jamuan kawan2nya. Nanti ler saya upload gambar. Buat Dr. Sue, terima kasih kerana setia menempah dari saya.
Tempahan dari Diela

Gambar ini diambil guna tel saya. memang tak cantik. Saya beli tel CSL, Blueberry (made in China). Seminggu guna dah rosak. Memang menyesal. Lebih baik saya beli jenama Nokia, Samsung atau Sony yang 2nd. Rasanya lebih baik lagi.
Ini pula tempahan dari Diela, Damansara. Beliau tempah untuk anak buahnya. Warna biru dan pink 40 bungkus. 1 oktober, husband Diela datang ambik kat rumah. Alang2 husbandnya meeting di Putrajaya, jadi singgah ler ambik dirumah saya. Sebenarnya kami janji nak jumpa kat komuter Serdang tapi petang Jumaat tu saya pulak ada meeting kat PJ, nasib baik jalan tak sesak jadi sempatlah jumpa suami Diela ambik cookies kat rumah.
Tempahan dari Anizah, Tanjung Malim

Sebenarnya lama saya dah tak update tempahan cookies. Sebenarnya sibuk dan malas juga sebab sesetengah gambar saya ambik guna tek husband dan sesetengah gambar saya ambik guna tel sendiri. Rasanya sejak telefon hilang tempoh hari yang terakhir saya upload gambar. Ini baru datang semangat nak upload gambar :).
Ini tempahan dari Anizah di Perak. Saya pos melalui pos laju pada 12 September 2010. Alhamdulillah satu pun tak pecah. Pada hari yang sama juga saya pos kepada Aiza dari Gombak yang menempah cookies A-Z tapi memang kesian. Separuh cookies pecah dan bekas plastik yang keras yang saya letak cookies tu pun boleh pecah. So, ini bermakna cara pos laju tiap2 kawasan tu handle barang yang menyebabkan barang kita hantar rosak.
Subscribe to:
Posts (Atom)