Sunday, August 16, 2009

Tempahan dari Cuda kali ke 2

Ini pulak tempahan dari Cuda untuk kali ke 2. Tapi kali ini cuda dan suami tempah cookies dan cupcakes 50 biji. Suami Cuda beritahu yang cookies dia tempah dulu, dia dan cuda yang makan. Tempah untuk pengantin tapi pengantin tak dapat makan sebab separuh dah beri kepihak pengantin sana. Cuda tempah cupcakes gambar logo Ben10. Tak adalah cantik sangat zura deko tapi yang penting, harap2 rasanya sedap dan Cuda & family suka. Selepas siap deko, zura suruh anak lelaki yang 11 tahun tu komen. Anak lelaki zura komen yang logo tu sepatutnya sebelah tepi sekali warna hijau jugak bukannya putih. Tapi sebab dah siap deko semua. tak apalah.... asalkan nampak bentuknya. Hepi beday "AQLAN".

Tempahan dari Taska

Sekarang permintaan semakin tinggi dari Taska Kreatif. Sejak pengetua taska tersebut menempah, sekarang ramai pulak parents lain yang menempah untuk anak mereka. Tapi yang ini special sikit. Tempahan untuk atuk dan nenek utk sambut anniversary....zura pun tak pasti yang keberapa.

Wednesday, August 5, 2009

Tempahan dari Aida

Ini pulak tempahan dari Aida. Malam Isnin dia hantar mesej nak tempah cookies dan nak malam Rabu. Nasib baik sikit, dapat ler zura buatkan untuknya. Tema merah putih, huruf A dan F. Semalam hampir pukul 3 pagi baru siap mendeko.

Tuesday, August 4, 2009

My birthday

Last Sunday was my birthday. I'm getting old already. Sebenarnya zura nak tunjuk kek yang 2 orang adik perempuan zura belikan untuk buat surprise. 2 orang anak zura yang sibuk meniup lilin. Adik suruh zura tiup lilin. Ah... malu dah tua2 nak tiup lilin pulak. Pagi hantar kek ke Nilai, tghari dapat pulak kek.

Tempahan dari Ita Kota Seriemas Nilai

Pn Ita dari Nilai minta saya buatkan cookies dan joint cupcakes untuk 2 orang birthday anaknya, Haikal 9 thn dan Izzul 1 thn pada Ahad lepas 2 hb Ogos 2009. Sebenarnya saya memang tak sempat nak buat deko yang canggih-canggih dan yang memerlukan masa. Tetapi memandangkan teringat kat budak-budak, itulah zura buat juga cookies orang. Pn Ita menempah 100 kpg cookies dan 120 biji cupcakes. Di sebabkan pertama kali kesana, nasib baik husband nak tolong hantarkan. Semasa balik ke KL sempat lagi singgah ke Nilai Square beli 2 pasang kain. Itu pun tak sempat memilih sebab husband ada hal. Lain kali Zura mesti pergi lagi. Nanti nak ajak adik pulak pergi shopping, lagi best.



Ada 3 jenis cookies Zura buat, cookies orang perasa coklat, cookies orang plain butter dan hello kitty.



Atas permintaan Pn Ita, zura buatkan sponge bob untuk haikal 9 tahun dan gambar dibo untuk adiknya 1 tahun. Zura jugak buatkan cupcakes bentuk bunga atasnya. Pn Ita nak yang simple deko untuk tetamu dewasa. Tapi zura rasa yang bentuk bunga ini yang paling cantik dan zura suka. nampak macam bunga ros kecil. kalau warna merah atau pink mesti lagi nampak real dan cantik.



Semalam zura dapat email dari Pn Ita,

Zura, Thanks for the cakes etc. Mmg lain dari yang lain. Kwn2 taman saya semua suka fesyen terbaru nie..lps2 nie byklah order erk. Klu ada received mana2 kol dari kota seriemas jgn lupa itulah kawan2 saya yang berminat.
he he
apa2 pun mmg x membazir.senang kerja lain kali boleh order lagi,

Thanks
ita

Alhamdullilah sebab Pn Ita suka dengan hasil kerja zura.

tempahan kali ke 2 dari Wati

Ini spell my name yang ditempahan oleh Wati untuk kali ke 2 untuk akikah anaknya. Sebenarnya, yang pertama dulu saya dah buat warna-warna terang dan kali ini saya buat warna soft pulak.