Tuesday, August 4, 2009

Tempahan dari Ita Kota Seriemas Nilai

Pn Ita dari Nilai minta saya buatkan cookies dan joint cupcakes untuk 2 orang birthday anaknya, Haikal 9 thn dan Izzul 1 thn pada Ahad lepas 2 hb Ogos 2009. Sebenarnya saya memang tak sempat nak buat deko yang canggih-canggih dan yang memerlukan masa. Tetapi memandangkan teringat kat budak-budak, itulah zura buat juga cookies orang. Pn Ita menempah 100 kpg cookies dan 120 biji cupcakes. Di sebabkan pertama kali kesana, nasib baik husband nak tolong hantarkan. Semasa balik ke KL sempat lagi singgah ke Nilai Square beli 2 pasang kain. Itu pun tak sempat memilih sebab husband ada hal. Lain kali Zura mesti pergi lagi. Nanti nak ajak adik pulak pergi shopping, lagi best.



Ada 3 jenis cookies Zura buat, cookies orang perasa coklat, cookies orang plain butter dan hello kitty.



Atas permintaan Pn Ita, zura buatkan sponge bob untuk haikal 9 tahun dan gambar dibo untuk adiknya 1 tahun. Zura jugak buatkan cupcakes bentuk bunga atasnya. Pn Ita nak yang simple deko untuk tetamu dewasa. Tapi zura rasa yang bentuk bunga ini yang paling cantik dan zura suka. nampak macam bunga ros kecil. kalau warna merah atau pink mesti lagi nampak real dan cantik.



Semalam zura dapat email dari Pn Ita,

Zura, Thanks for the cakes etc. Mmg lain dari yang lain. Kwn2 taman saya semua suka fesyen terbaru nie..lps2 nie byklah order erk. Klu ada received mana2 kol dari kota seriemas jgn lupa itulah kawan2 saya yang berminat.
he he
apa2 pun mmg x membazir.senang kerja lain kali boleh order lagi,

Thanks
ita

Alhamdullilah sebab Pn Ita suka dengan hasil kerja zura.

No comments: