Sunday, August 16, 2009

Tempahan dari Cuda kali ke 2

Ini pulak tempahan dari Cuda untuk kali ke 2. Tapi kali ini cuda dan suami tempah cookies dan cupcakes 50 biji. Suami Cuda beritahu yang cookies dia tempah dulu, dia dan cuda yang makan. Tempah untuk pengantin tapi pengantin tak dapat makan sebab separuh dah beri kepihak pengantin sana. Cuda tempah cupcakes gambar logo Ben10. Tak adalah cantik sangat zura deko tapi yang penting, harap2 rasanya sedap dan Cuda & family suka. Selepas siap deko, zura suruh anak lelaki yang 11 tahun tu komen. Anak lelaki zura komen yang logo tu sepatutnya sebelah tepi sekali warna hijau jugak bukannya putih. Tapi sebab dah siap deko semua. tak apalah.... asalkan nampak bentuknya. Hepi beday "AQLAN".

No comments: