Tuesday, July 7, 2009

Tempahan Hantaran dari Wati

Tengahari ini Wati dan tunangnya, datang ambik hantaran cookies yang ditempahnya. Wati tempah 2 set hantaran cookies iaitu edible photo tema hijau dan satu lagi hantaran cookies biasa. Menurutnya, yang edible tu nak di beri kepada pihak lelaki dan satu lagi untuk jemputan kehormat. Memandangkan Wati tempah 2 set, jadi untuk hantaran cookies biasa tu zura lebihkan biskutnya.......special untuk Wati. Lebih kurang satu setengah adunan digunakan dan hampir 40 keping cookies termasuk daun.



Wati yang cun melencun



Tunangnya yang handsome



Daun



Cookies yang telah di gubah.

Sebenarnya, dalam membuat hantaran cookies ni, nak mencari bakul tu yang mencabar sikit sebab susah nak mencari bakul yang tak terlalu besar dan kecil, sedang-sedang ajer. Biskut tu berat jadi kalau bakul kecil atau nipis biskut tu tak stabil. Kalau besar nampak ler pulak lopong macam bakul yang lebih dari biskut. Setakat ini tak jumpa lagi tempat yang ada jual bakul seperti yang Zura nak.



Ada 3 jenis bunga yang Zura hasilkan. Sebenarnya semua jenis bunga tu dapat idea secara spontan. Cantik atau tidak, subjektif ikut pandangan masing-masing. Sebenarnya, Zura nak hasilkan merah tua tapi pewarna merah tu tak jadi seperti yang dikehendaki walaupun sudah masukkan banyak pewarna merah. Nampaknya kenalah cari pewarna merah lain pulak.


Inilah hasil akhir selepas di gubah. baru nampak cantik selepas dimasukkan semua bunga-bunga kukis tu. Tapi, dalam gambar tak nampak menyerlah sangat.

No comments: