Thursday, July 9, 2009

Tempahan dari Taska Kreatif

Minggu ini memang minggu yang sibuk sebab ada banyak tempahan cookies. Alhamdullillah, syukur kerana tuhan murahkan rezeki buat Zura dalam bulan ini dan dapat jugak Zura siapkan tempahan on time. Pagi tadi dah hantar Spell my name cookies untuk adik "Adam", "Yasmin" dan "Qasrina", 50 bungkus setiap satu. Setelah beberapa hari, semalam baru siap deko semua cookies itu, dalam 850 huruf. Jenuh ler jugak mendeko dan tangan pun dah naik lenguh. Tapi bila time hantar, nampak muka pelanggan berseri-seri menerima cookies yang Zura deko, tenang dan gembira rasa hati. Kepuasan itu hanya Zura yang dapat rasakan. Ooo.... kali ini banyak ler pulak membebel. Ini Zura tunjukkan cookies yang telah dideko. Untuk membezakan siapa punya, Zura letakkan riben yang berbeza warna biru, pink dan hijau.

2 comments:

fazilzura said...

wah besh nye... bape rm kalau nak wat tulisan HAPPY ANNIVERSARY AZURA & FAZIL

"Fancy Cookies" said...

Eh panjang tu. Dalam satu bungkus maksima 7 huruf saja.