Sunday, June 28, 2009

Tempahan dari Zaza

Sempena bulan bapa "Father's Day" ramai ibu-ibu yang membuat surprise untuk husband. Ini tempahan dari Pn. Zaza, untuk suaminya. Zura janji nak hantar kepadanya Khamis ini. Alang-alang dah download gambar, Zura upload terus cookies yang di tempah oleh Zaza. Beliau nak riben biru. Semalam pergi Macy cari riben biru dan terus cari riben dan kain untuk projek sulaman riben Zura. InsyaAllah dalam masa terdekat boleh mula buat. Minggu ini tak sempat sebab ada banyak tempahan. Watie tempah 2 hantaran cookies dan Cikgu Taska dekat rumah tempah untuk 3 nama "spell my name cookies", 50 bungkus setiap satu untuk dimasukkan kedalam goody bag. Zura pun dah janji nak presentkan cupcakes untuk ketiga-tiga kanak-kanak tersebut. Tengah fikir nak deko apa untuk cupcakes nanti.

No comments: