Thursday, June 11, 2009

Hobi Baru

Dah hampir 2 minggu Zura tak menulis kat blog ni. Sebenarnya nak tunggu upload gambar cookies yang ditempah oleh Cuda (nama panggilan) dari N9 tapi sampai sekarang belum lagi transfer gambarnya. Nanti ler Zura akan tunjukkan gambar tempahan dari Cuda untuk kahwin adiknya kat Kelantan. Tema warna pink, purple dan merah.

Sebenarnya nak cerita yang Zura ada 2 projek baru yang nak di buat dalam tahun ini. Tinggal lagi 6 bulan. Cuba teka apa ia......? Cuti sekolah ini, anak sulung Zura, 11 thn (Aidil) baru bersunat. So, tak boleh ler kemana-mana. Tempahan untuk cookies pun banyak untuk hujung bulan ini dan bulan Julai 09. Zura tak adalah buat awal2, biasanya dalam minggu yang sama customer nak ambik baru buat. Itulah yang dinamakan Homemade.

Weekend minggu lepas memang hari yang memboringkan. Tak tahu nak buat apa. Nak berjalan pun tak boleh. Siapa nak jaga Aidil pulak. Itulah dapat idea nak cari hobi baru, nak mencantikkan rumah. Dah dapat teka ker? Baiklah Zura beritahu, Zura nak buat decoupage dan sulaman riben. Sebenarnya boleh beli yang dah siap, tak berbaloi dengan buat sendiri tapi rasanya kalau buat sendiri lagi puas hati. Yang mana satu nak buat dulu yer? Decoupage atau sulaman riben? Zura memang suka semua berkenaan Craft & Design. Kedai barangan Decoupage pun dekat dgn rumah ajer, Balakong. Semalam dah jumpa kawan yang ada beli buku sulaman Pn. Ann. Rupa-rupanya dia terbeli 2, jadi zura terus beli dari dia satu. Jarum pun share dgn dia. Dalam satu pek ada sampai 4 btg. Zura beli ajer satu dari dia. Saja, hobi suka-suka. At least dapat ler jugak mencantikkan rumah. Bahan2 asas dah ada, cuma nak beli kain untuk buat kusyen ajer. Bila yer? Nanti projek pertama Zura siap, Zura akan tunjukkan pada kawan2 semua yer.

O.K ler sambung minggu depan. Hari ini nak pergi beli zip dan butang baju sebab nak siapkan jahit baju kurung riau untuk pergi kenduri esok.

No comments: