Sunday, April 22, 2012

Tempahan dari Zam, Keramat



Ini tempahan dari Zam, Jalan Bukit Keramat, sempena birthday anaknya ZIYA. Sabtu lepas saya pergi menghantar. beliau tempah warna soft dan pelbagai warna riben. Sebenarnya dalam seminggu dua ini saya banyak buat tempahan cookies untuk consignment dan ada juga yang tempah tapi tak nak cookiesnya saya masukkan dalam blog. Walaubagaimanapun, saya mengalu-alukan kawan2 untuk datang belajar cara mendeko cookies sebabnya boleh buat sendiri dengan berbagai bentuk untuk birthday anak atau untuk kenduri kahwin keluarga. 

Friday, March 30, 2012

Kelas deko - 31 MArch 2012

Royal Icing

Fondant
 Alhamdulillah, saya baru ajer habis mengajar kelas deko royal icing dan fondant. Kali ini yang datang deko adalah kak Zaharah dari Sg Ramal, Bangi. Kelas dari 10:30 a.m dan beliau balik pukul 2 sebab husbandnya dah datang ambik.  Baru sempat 4 bentuk ajer untuk deko fondant.  Selebihnya saya beri pada Kak Zaharah balik deko kat rumah. Harap2 akak berjaya buat cookies untuk majlis perkahwinan anak akak nanti. Kak Zaharah seorang yang peramah. Best mengajar dia, rasa sekejap ajer 3 jam setengah. itu pun masih ada tak sempat deko. Ok kak Zaharah, selamat mencuba buat kat rumah yer :)

Tempahan dari Aryana





Ini tempahan dari Aryana banting. Beliau menempah theme baby shower sebanyak 100 keping. saya buatkan bentuk botol susu, stroller, baby bib dan teddy bear. Tema warna biru dan peach.

Wednesday, March 21, 2012

Kelas Bulan April

Saya akan buka kelas mendeko kukis ke rumah anda pada bulan April 2012 di kawasan Putrajaya, BTHO, Alam Damai dan Bangi. Berminat boleh email saya untuk tetapkan tarikh dan masa kelas iaitu hari Sabtu atau Ahad.

Memandangkan bulan April ini saya sedikit free, kepada sesiapa yang berminat untuk belajar dari membuat cookies sehingga mendeko juga boleh setkan tarikh dengan saya. Jangkamasa selama satu hari dan bayaran sebanyak RM250.00.  Anda akan diajar dari menguli tepung, buat acuan sendiri seperti angry bird atau elmo, cookies huruf, dll dan akhirnya membakar kukis.  Selepas itu anda akan diajar cara membuat royal ising, mewarna dan mendeko. Yang pasti anda akan gembira dengan hasil kerja anda sendiri. Satu kelas terhad 2 orang sahaja.

Tempahan Cartoon Sesame Street






Ini pula tempahan dari Intan. Beliau menempah cookies huruf IMAN dan cartoon cookies, family of sesame street, ELMO, BIG BIRD, MONSTER COOKIE and OSCAR. Esok Intan akan datang ambik. Harap beliau suka.

Hasil deko kelas di Kelantan


Inilah hasil deko dari adik Alya.  Memandangkan Jumaat malam 9hb March baru bertolak ke Kelantan, jadi esoknya Sabtu petang selepas zohor baru saya pegi ke Rumah Aida di Kubang Kerian untuk ajar deko kukis. Semoga Aida dan anak2 berjaya deko untuk birhday anak2 nanti.

Monday, March 19, 2012

Tempahan Dari Farah Putrajaya



Ini tempahan dari Farah. Beliau nak ambik 23hb March, Jumaat. Tapi hari Sabtu 17hb Farah sms dia kena outstation dan nak ambik Ahad 18hb. Nasib baik saya dah siap buat cookies cuma nak deko sahaja. Ahad tghari saya hantar cookies dan janji depan Mydin Putrajaya.